03 Mei 2011

Kelahiran Iman Raneeya

25 April 2011

Hari gaji! Petang tu, pergi beli barang sikit di Tesco sambil mulut request ciken chop dari AJ. AJ bising sebab aseklah nak makan fast food tapi diikutkan juga. Merasa lah makan cikencop dan smoothies (smoothies ke hape tah, tak igt nama) baru KFC tu. Sodap!

26 April 2011

Pergi kerja macam biasa. Dalam kepala otak asek teringat tentang appoinment dengan Dr. pakar besok sambil fikir cemane cara terbaik nak pi klinik tanpa AJ perlu masuk lambat kerja. Dalam hati dah plan, minta AJ anta ke klinik, balik nanti balik sendiri dengan bas je lah. *ada hati tu nak naik bas =p So, apply cuti tok besok sebab rasa appointment tu akan habis lambat.

Pada masa yang sama borak dengan kawan-kawan semua dan beritahu yang ai akan start bercuti seminggu awal minggu depan. Borang pun dah diisi, tunggu surat dari klinik tok bersalin then, baru minta pengesahan ketua jabatan.

Petang pula, minta izin dari AJ nak pi makan pizza dengan Emi sebab dia ada game bola. Dia bising lagi sebab asek nak makan fast food. So, merajuk bawa diri gie pasar malam, beli tulang dan buat sup. Malam tu dinner sup tulang dengan mee kuning. Mabeless!

Malam, dalam pukul 10.30, AJ nak tido awal sebab 2.30 pagi nanti dia nak bangun tengok game MU. Terkulat-kulat sensorang dan bosan tengok tv, so masuk tido awal juga bersama AJ. Walopun tido awal, tapi sempat lagi tgok drama Asmara 2 (drama pebret). =p

27 April 2011

12.05am
Terjaga. Perut sakit rasa nak buang air besar. Bangun dan pergi tandas. Penat teran-teran, tapi xde pun keluar hasilnya. So, sambung tido balik. Tapi kali ni tak masuk tido kat dalam bilik. Tido kat sofa je sebab AJ dah siap-siap tido depan TV nak tunggu game bola.

12.30am
Cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Perut sakit lagi. So, ulang proses yang sama macam tadi, tapi masih xde hasil. Tapi kali ini sakitnya bertambah dan tarik ke pinggang. Dalam hati terdetik, dah nak bersalin ke? Takkan secepat ni kot. Kang AJ xdapat tengok bola lak.

Bila sakit dah xde, baring balik kat sofa dan terlelap.

1.00 am
Kesakitan yang menyucuk di perut dan pinggang. Jerit panggil AJ. Dalam mamai-mamai, AJ usap-usap tangan sambil cakap, sikit je tu, tahan ea.

1.20 am
Ambil hp dan cuba kira kekerapan sakit. Sebab bace dari pengalaman blogers, cara sakit yang ai hadap tu, macam dah nak bersalin je. Tapi xde pulak keluar air ke apa. So, mula kira. AJ dah baring kat sebelah ai je. Dia tetap tido ok walopun ai dah tak tentu arah sakit.

Bila dikira, sakit datang dalam 15 minit sekali, then jadi 10 minit sekali.
Kejut AJ, cakap kat dia, kalau kejap lagi sakit ai jadi 3 minit sekali, kita gie hospital ea. Dia jawab pendek je: hmm.

2.30 am
Bangun gie toilet. Nak check, kot-kot ada darah yang keluar.
Terus beristighfar bila lepas dicheck ada dua tiga titik darah yang dah keluar. Dan2, teringat pengalaman nurul jamian. Maknanya, masa ai nak bersalin dah tiba la ni. So, cuba tenangkan diri, jalan perlahan-lahan dan kejutkan AJ. Lepas kejutkan AJ, kejutkan Emi pulak, bagi tau dia nak ke hospital. Sambil tukar baju sempat lagi terfikir, kalau bersalin malam ni, nnt sempat la sihat dan pergi wedding kak najwa & anum. =p

2.45 am
Gerak ke hospital. Jiran sebelah yang terjaga bila dengar enjin kereta di waktu pagi buta tegur dah wish semoga selamat semuanya. AJ dah mula kalut sampai jalan nak ke hospital pun dia tak ingat dah tapi ai cuba tenangkan dia sambil cakap, baru darah je keluar, bukan air ketuban. So, janganlah kalut.

3.05 am
Sampai ke hospital Seremban (hospital terdekat). Ambil masa setengah jam untuk daftar. Mula-mula nurse interview, lepas tu Doktor pulak. Hadoi, tanya soalan yang sama je sedangkan sakit kontraksi dah makin kerap.

3.30 am
Doktor bagi tau nak seluk. Ai dah cemas. Nak nanges pun ada sebab takut rasa sakit. So, ai baring dan Dr. seluk untuk pertama kali. Sakit! Tapi tak sesakit sakit contraction. Dr. bagitau bukaan dah buka 5cm. So, boleh proceed ke bilik bersalin. Ha? Ai terkejut. Takan secepat ni? Dr. serahkan pada nurse. Nurse tak puas hati, dia bagi tau nak seluk sekali lagi. Ai redha je la nak buat ape pun, sebab sakit contraction dan menjadi-jadi sekarang ni. Result tetap sama dengan bukaan 5 cm.

Nurse minta ai tukar baju ke uniform pink dan minta ai duduk di kerusi roda.
Then ai tanya: Nak masuk ward ke masuk bilik bersalin?
Nurse jawab: Masuk labour room.
Ai tanya: Bilik tempat keluar baby tu? *dan2 jadi bengong sebab ai cemas
Nurse jawab: iyelah!
Ai: oo, kalau macam tu, saya nak jumpa suami saya sekejap boleh?
Nurse: ok.

So, ai g jumpa AJ dan salam dia. Tak sempat nak cakap apa-apa sebab ai dah jadi bengong dan speechless time tu.


Tapi kalau AJ bace, time salam haritu ai nak cakap ni sebenarnya:
B, ain nak minta maaf, halalkan makan minum ain, dan doakan ain mudah bersalin ye. =)

3.40 am
Masuk labour room. Pelik je tengok labour room tu sebab ai ingat sorang satu bilik, tapi selambak je semua dalam sebuah bilik. Tunggu katil siap, ai duduk la tunggu di kerosi roda sambil dengar macam-macam jenis bunyi orang mengerang. Perasaan takut makin menjadi-jadi diselang-seli dengan sakit contraction.

4.00 am
Katil siap dan ai disuruh naik ke katil. Melihatkan keadaan ai yang main langkah je nak naik katil, sorang nurse menegur.

nurse: eh dik, orang baru nak bagi tangga tok naik katil ko dah langkah mcm tu je. lasak ko ni dik. iyo sah, sonang ko branak ni kang.
ai jawab: sakit nurse. tak sabar nak baring ni.

Sambil melayan sakit contraction, kejap-kejap ai jeling jam. Sakit contraction jadi makin tak tertahan time ni. Dalam bilik aircond tu, ai dah berpeluh-peluh menahan. Peluh time tu macam baru lepas trening bola tampar je banyaknya. Rasa sakit contraction tu tak tergambar dek perkataan. Sambil badan gigil-gigil menahan, sambil ai berpaut pada besi tempat gantung air. Doa yang ai hafal time ni pun dah jadi tunggang-langgang dek kerana menahan kesakitan.

4.30 am
Nurse datang untuk pasang mesin tok kesan jantung baby. Time ni ai kena marah dengan nurse bila mesin xdapat nak detect disebabkan keadaan ai yang dah tak reti dok diam. Macam-macam posisi dah time ni sebab sakit yang teramat-amat.

Ketika ini juga ai hampir nak terlelap tapi dikejutkan dengan suara seorang perempuan India yang menjerit meraung tak tentu arah. *habit suka tidur tetap tak hilang walopun tengah melawan contraction. =p
Satu bilik bergema dengan suara dia je. Doktor pun jadi marah dengan keadaan perempuan tu, bila dia lebih pada menjerit daripada push. Ai pula dah jadi kecut perut dah.

Kakak kat sebelah katil ai pulak panggil nurse dan suruh panggil suami dia masuk. Tapi nurse jawab, malam ni doktor tak bagi suami masuk teman isteri sebab ramai yang Q tunggu turn nak bersalin. Huhu, maknanya ai kena bersalin tanpa suami lah ni. =(

5.00 am
Sakit yang melampau macam nak berak. Ai jerit panggil doktor: Saya tak tahan, saya nak berak ni! Doktor datang dan seluk. Sambil senyum doktor cakap baru buka 8cm, tunggu bukaan sampai 10cm baru boleh kasi ai berak. =p *haha. kelakar pulak bila ingat balik. Patutnya ai cakap nak teran, bukan nak berak.

5.15 am
Ai jerit lagi panggil doktor kata nak berak. Sorang nurse India datang, dan tunjuk graf jantung baby kat doktor. Doktor seluk lagi dan cakap ok semua dah boleh get ready. Doktor explain cara push dan cemane nak angkat kaki. So, bila ai dah rasa nak berak, bagi tau dia.

Kemudian doktor bagi tau nak pecahkan air ketuban. Time air ketuban tu dipecahkan, terasa lega sangat macam lepas menahan kencing yang tak lepas.

Seterusnya, doktor suruh ai push bila terasa seperti nak berak. Push kali pertama gagal sebab ai tak pandai curi nafas. Macam tu juga yang jadi bila push kali kedua. Push kali ketiga, ai tiba-tiba menjerit sebab kedua-dua kaki ai cramp. Doktor bagi rehat sekejap.

Time ni ai rasa dah tak larat sangat-sangat. Tenaga banyak dah diguna time push yang sebelumnya dan time menahan cramp kaki.

Lepas rehat sekejap, doktor suruh push balik sebab doktor takut baby lemas. Tapi dengan braninya time tu ai cakap kat doktor, ai tak boleh. Ai nak guna vacum. Series, ai rasa dah tak mampu nak teran.

Doktor tinggi suara kat ai time tu sambil cakap, Theres no word cannot in labour room. Try push! You can do it. *Ha, hamek ko, kena sedas!

Nurse India tu pula cuba pujuk sambil cakap, kesian kat baby dik. Awak boleh. Awak pandai push. Sikit je lagi dik. Sikit je lagi dah boleh jumpa baby dah. Tak kesian ke kat baby. Kalau lambat nanti baby boleh lemas.

5.35 am
Rasa nak nanges sangat time ni bila dengar kata-kata nurse tu. So ai nekad, kali ni ai kena buat betul2 demi baby and AJ. Dengan sisa tenaga yang ada, ai cakap kat doktor, ai nak teran dan ai pun teran sepenuh hati. Mengigil-gigil badan, peluh menitik2, buku lali ai genggam sekuat hati sambil kepala terangkat menahan badan. Bila ai dengar nurse cakap, kepala baby dah keluar, ai curi nafas dan teran sekali lagi dan baby pun keluar sepenuhnya. Terdengarlah tangisan baby yang baru keluar dari perut mummynya. Hilang segala penat lelah bila mendengar tangisan si kecil itu.

Doktor ambil baby dan tunjuk kepada ai dan letak baby di dada. Ai senyum je tengok baby yang dah buka mata bila diletakkan kat dada. Time ni ai rasa tak sabar sangat nak tunjuk baby katAJ. Doktor cakap baby ai adalah baby yang paling kecik lahir pagi ni dengan berat 2.5kg. Dalam 5 minit baby diletakkan atas dada, nurse datang ambil baby untuk dibersihkan. Nurse senyum kat ai sambil cakap, baby ai comel.

Nurse kemudian menjalankan tugasnya untuk menjahit. Time ni ai dah tak fikir apa dah melainkan tak sabar nak jumpa AJ je. Rasa sakit jahit pun ai buat tak heran je. =p

notalipscumel:
1. Sedikit perkongsian pengalaman yang ai ingat ketika proses bersalin.

2. Nurse kat situ puji ai sebab ai diam dan tak nanges pun time proses bersalin. Haha, ai malu la nurse nak nanges2 sebab xde orang yang ai kenal pun dalam labour room. Tapi kalau AJ dibenarkan masuk time tu, confirm ai akan menangis takdo hentinya. =p

3. Setuju dengan cakap nurse, toksah la nak jerit-jerit bagai ketika sakit bersalin. Bukan dapat hilangkan sakit pun. Sakit tu kamu sendiri je yang tau dan tanggung. Kalau jerit-jerit pun, nurse dan doktor bukan boleh hilangkan sakit tu.

4. Bersalin di Hospital Seremban takdelah teruk mana pun bagi ai. =)

32 ulasan:

  1. gud mami pink... xmo nanges2 malu jer kan... tahniah n welcome to the club... ^_^

    BalasPadam
  2. Tahniah Ain...
    gaya bercerita penuh keibuan lembut dan tenang :))

    BalasPadam
  3. Hosp gomen skrg dah ok kan? tak lah seteruk bagai di kata. Raina dulu pun dilahirkan di hosp serdang memang tip top. Tahniah Ain

    BalasPadam
  4. sangatlah tacing time nurse nasihat soh push xmo baby lemas......alhamdulillah semua selamat...

    tahniah kak cik coz berjaya harung semua sendiri tanpa AJ. A Victory for you. I'm proud of you!

    Beby

    BalasPadam
  5. tahniah ain..kejap je ek sakit..
    akak pun kejap je..masa teran tu pun suami xde dlm labour room..tp mak ada sebelah..hehe..
    anyway..happy breastfeeding..

    BalasPadam
  6. good job ain...mang mase akk ssh nk push dulu,bile dengau nurse ckp cian kt bby...trs sekuat tenaga push utk selamatkn dia...Alhamdulillah sume dh slmt kn..iman yg comei...geram tgk...be a good momy k...

    BalasPadam
  7. nurul:
    tq nurul. yeps, hospital gomen xde la teruk sgt seperti yang digembar gemburkan.


    beby:
    nasihat doktor tu la buat aku semangat walaupun tak larat.

    =) tq bie.


    kakzimah:
    tq kak. sekurang-kurangnya akak ada mak teman. ai sorang je. =p


    kak mija:
    tu la. xde pengalaman kan kak, tatau nak push cemane.

    apepun, alhamdulillah, semuanya selamat.

    BalasPadam
  8. tahniah kak chik dapat harung semuanye sorg2.. pasni jdla mummy yg terbaik tuk baby.. setiap org ada pengalaman yg tersendiri ketika melahirkan..



    -echa-

    BalasPadam
  9. echa:
    tq chah. insya-Allah akan cuba membiasakan diri dengan status baru ni dan menjadi ibu yang baik.

    BalasPadam
  10. tetiba syahdu pulak baca n3 ni. itulah pengalaman yg x dpt digambarkan dgn kata2. tahniah sekali lg utk korang berdua.

    BalasPadam
  11. tetiba syahdu pulak baca n3 ni. itulah pengalaman yg x dpt digambarkan dgn kata2. tahniah sekali lg utk korang berdua.

    BalasPadam
  12. tyneedy:
    tq kak. pengalaman yang takkan dilupa sampai bila2.

    BalasPadam
  13. ain, tahniah. setiap orang punya pengalaman yang berbeza..

    Alhamdullillah semua selesai dan selamat

    BalasPadam
  14. tahniah ain...thanks for sharing.. aishh..aku lak makin seram ni menanti hari....

    -zatul

    BalasPadam
  15. zura:
    tq dear. pengalaman yang berbeza dan berharga.

    zatul:
    tq zatul.doa banyak2 dipermudahkan segalanya.

    hadapi dengan tenang ok & gud luck. tak sabar nak tggu baby ko lak. =)

    BalasPadam
  16. congart ain..i yg baca ni pulak yg terasa2..huhu. Ape2 pun selamat da iman raneeya cute and comey tu di lahirkan.

    BalasPadam
  17. alhamdulillah..slamat sumenye..slmt mjadi ibu..thn ni leh sambut ari ibu ngan bb...hihi

    BalasPadam
  18. bestnye beby kua da nanges. ank2 aku kena godek dulu br dgr sore. huhuh...

    sonot kan bile da jadi ibu? rase seluruh dunia nak serah pada anak. =) be a good mom!

    BalasPadam
  19. elin:
    kalo terasa2, maknanya nak ada no 2 dah tu =p

    fida:
    tq fida. cam tak caye je jadi ibu dah.

    umi:
    seronok dan mencabar mental dan fizikal jadi mummy ni.=)

    BalasPadam
  20. tahniah ain ye semoga jadi ibu yang terbaik buat anak-anak-anak-anak....masa ain lahir baby akk pun kt sepital yg samo...denggi..4 anak akk lahir kt htjs...ok jer...bayar pon x sampai 20 hengget..

    BalasPadam
  21. kak hainy:
    la, kebetulannya.
    apepun, tq kak. =)

    BalasPadam
  22. alhamdulillah rezeki u antara yg mudah bersalin kot. mcm xsakit lame. welcome to da club.

    BalasPadam
  23. terharunye time sakit2 tu ko ingat wedding akak :|,
    harap seme2 baik aje =)

    ~ustazah

    BalasPadam
  24. Fad:
    tq fad. =)

    tazah:
    tempat jatuh lagi dikenang, nikan pulak tmpt bermanja-manja, wajiblah ingat =)

    BalasPadam
  25. Fad:
    tq fad =)

    Tazah:
    Tempat jatuh lagi dikenang, nikan pulak tempat bermanja kak, mestilah ai ingat =)

    BalasPadam
  26. Hari ni baru dapat baca cerita ni. Simple, yet ada part yang still boleh buat mata I berair & touching. Only we mothers get to go through this, kan?

    Congrats you dapat go through semuanya dengan baik. Best entry ni! :D

    BalasPadam
  27. hannah:
    =)
    tq dear.
    yep, pengalaman yg sgt indah walopun sakit. =p

    BalasPadam
  28. bila baca entry ini teringat pula kisah saya nak deliver... anak saya lahir berat dia 2.4kg jer.. tak cukup bulan tapi nasib baik ar tak masuk kaca.. sebab berat dia ok... masa saya di labour room saya sorang jer tapi nurse tetap tak bagi husband saya masuk..

    BalasPadam
  29. congrats walaupun lambat dah.. hihi.. tapi kenapa husband tak boleh masuk teman ek??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan malam tu ramai yang bersalin Wawa.
      Lagi pun gomen hospital ni kadang2 dia memang tak bagi suami masuk.

      Padam