Khamis, 22 November 2012

Birthday Ummar Mukhtar in advance dan berkelah di Sg. Tekala

Minggu cuti Deepavali, I join FIL pergi berkelah kat Sg. Tekala. Patutnya I kerja Rabu tu, tapi terpaksa E.L sebab Iman Raneeya demam malam tu.

E.L - E.L pun pergi berpiknik uols. Haha. Kan main!

Actually, plan asal nak berkaraoke je sambil sambut birthday Ummar Mukhtar, tapi since ada Iman Raneeya, takkan nak bawa si kenit tu pi karaoke kot. So tukar la plan ke Sg. Tekala.

Birthday boy with his Dad.  Sambut sekali in advance. Birthday diorang sebelah-sebelah harinya.

Ummar & his BFF cousin, Amirul. Now, Ummar terpaksa berebut Amirul dengan Iman Raneeya pulak sebab si kenit tu pun sibuk nak Miyul.

Potluck of the day! Yang dalam botol tu air tau, bukan minyak.

Oleh kerana si anak takde mood nak berendam, maka Daddy pun main lah buaya tu sorang-sorang. Ehem-ehem suami, seluar I seluar mu jugak kan??? Mementang pinggang I dah mengembang.

Dak kenit yang xde mood. Demam lah katakan. Semua orang yang dia jumpa akan dikhaborkan Iman Mam. Alahai anak, baru nak kembang sikit, demam balik. Tah bila lah nak bambam.

Birthday boy.

with FIL

Iman Raneeya memang taknak berendam langsung padahal dia lah ratu air. Puas I nak rendam dia dalam air sejuk tu, nak bagi hilang panas badan,  tapi dikeras-keraskan badannya sambil tahan diri dari cecah air.

Memerhati orang overexcited pam pelampung

Ni lah kojenye time pergi picnic. Layan Upin & Ipin kat handphone.

Selasa, 20 November 2012

Oh durian!

Gamba kredit kepada Google.

Musim durian je I pregnant,
I pregnant je musim durian.

Apasal lah kan?

Haha.

Ingatkan lepas makan durian crepe untuk menggantikan durian sebenar haritu, I dah tak pandang dah lambakan durian di tepi-tepi jalan tu dah. Tapi, hantu durian kan, ko bagilah apa pun yang ala-ala durian, tetap juga akan mencari durian sebenar.

Di tambah pula i tinggal kat  area Mantin yang mana orang-orang Mantin ni kayo dengan segala mak nenek ladang durian kampungnyelah, gerai durian, peraih durian,  port lambakan durian, memang mana kau pergi, bau durian memang akan menggoda-godalah sambil memanggil-manggil,

Ain.... meh makan aku meh Ain oi...

Haha lagi.

Nasib baik dapat suami yang makan durian juga uols tapi walaupun dia makan durian, banyak nau pantang larang dia bila bap-bap durian ni.

Tak boleh makan kat rumah, nanti satu rumah bau.
Tak  boleh beli bawa balik, nanti kereta bau.
Kalau nak makan beli kat sana je, makan kat sana, buang kulit kat sana, tinggal kan bau kat sana.
Hakkkkkk tuiii lah kan?
;p


Durian ni dengan I ibarat laut dan pantai sangatttttt.
Tak boleh dipisahkan.
I boleh makan durian tanpa henti kalau takda orang marah tau.

So,
Semalam, I memang dah tak boleh nak menahan-nahan nafsu kedurianan ni dah.
Makan nasi pun tak lalu, apatah lagi makan mee goreng disebabkan keinginan terhadap durian yang tak terbendung.
Memang dah terasa-rasa  isi durian yang kuning lemak-lemak manis tu je dalam tekak ni.

Oleh kerana itu, i  minta lah izin merayu-rayu dengan suami untuk membeli sebiji durian yang paling kecil je untuk dimakan. Menahan telinga dan bersedia dengan jawapan bernas je lah I demi untuk membeli si buah durian.

Awak tak takut ke makan durian?
This week I dah 16weeks, trimester kedua dah. Insya Allah takda pape kot. Awak doalah takde pape. Doa suami tu kan mustajab untuk isterinya. Kalau awak doa yang baik-baik utk I, takda papelah I.
;)

Awak tak malu ke beli durian sebji je? Yang paling kecik je lak tu? Orang lain beli berplastik-plastik.
Alah, nak malu apanye. Kita beli. Bukan kita minta. Janji i dapat makan. Takkan nak beli seulas pula?

Awak beli sendiri ye?
Iyeeeee.

Tak payah bawa balik tau. Awak beli, makan kat situ je. I tunggu dalam kereta.
Awak gile ke? Dah la beli sebiji, nak suruh I makan kat situ. Sensorang je lak tu. Alah, I bawa balik lah ye. I makan kat luar. Tak bawa masuk rumah, pleaseeeee.

Alah, tak payahlah yang. Ye?
Ishhhh awak ni kan. Nak makan durian sebiji pun susah. Bukannya minta branded handbag ke apa pun. Sebjiji durian je b. Kalau meleleh air liur anak awak nanti bila keluar jangan nak salahkan I pula ye. Awak lap lah nanti air liur yang meleleh tu. *dah start emo dah
Yelah, yelah. Awak belilah. Beli yang bawah RM5 je. Nah duit. Makan kat luar tau.


Haha.
Akhirnya si sami suami mengalah juga dengan kehendak isterinya!
Kena makan kat luar pun, kat luar lah. I tak kisah. Janji I dapat makan durian.

Tapi time nak  beli tu pun, si Bangla yang melayan I pilih durian tu pun banyak cekadak juga. Rasa nak lempang je. Eh, Mat bangla je yang serve I semalam tau sebab Tokei Cina sebok melayan customer yang membeli berguni-guni durian, manakan nak pandang I yang beli sebiji je ni kan.

Ini bagus ni kakak. Isi tebal. Baikkk.
I nak yang palingggg kecik bai. Isi kuning.
Ini lah bagus kakak. Tengok isi dia. Kuning.
Taknak, tu besar sangat tu. I nak makan sorang je ni. Kang tak habis.

*Muka Bangla dah berubah dah*

Orang semua beli  besar-besar punya lah kakak.
Ehhhh, i nak beli yang kecil je lah. I tak boleh makan banyak-banyak.
Ini boleh? *tetap tunjuk durian yang besar. Mau dalam 2 3 kilo kalau timbang tu.
Taknak. Nah, cuba tengok isi ni. *I juga yang akhirnya kena pilih sendiri.

Bangla tu ambil durian yang I pilih, dia tobek sikit, terserlah isi durian yang kuning tu. Then dia terus timbang.


Bangla tu hulur durian sambil jeling kat I, RM4!

Haha.
Marah letteeew I beli durian sebiji dengan harga RM4 je.
;p ;p ;p

Lantak kau lah Bangla.

Apa yang penting, I dapat beli durian yang paling kecil, suami I bagi makan durian dan durian yang I pilih semalam memang sedap lemak-lemak manis sangat walauuupunnn isi dia 4 ulas tebal-tebal je.

Yum yum yum. Sedap lah durian kan. Rasa macam nak beli je lagi harini.
Eh?
;p

Jumaat, 16 November 2012

Instagramer uols!

Orang nak berinstagram, ko pun nak jugakk Dakpink.
Haha.
Layannnnn.



Tenang hati bila melihat dia tidur. =,) Anugerah terindah dari Dia.

Durian Crepe! Keinginan tercapaiii walooooopun makan sekeping nye je punnnn!

Ko mampu? Skill terkini bila main beskal. Seriau makkkkk nakk!

Sudah boleh bermasterchep semula setelah hampir dua bulan 'mc'. Hahaha. Ayam masak kicap campak-campak, sambal tempoyak ikan bilis dan kangkung masak air.

Asam rebus keladi yang mabelesss. Jadilah dapat makan seketul je pun. Lepas pantang nanti, kita belasah cukup-cukup!

Family time: Kari daging, daun turi asam rebus dan cencaru belah belakang.

Tuan tanah, bangkit dan bersinar walaaauuuupun kebesaran makin tak terbendung. Haha.

Jumaat, 9 November 2012

Restoran Terapung, Kuala Sg. Baru, Melaka

Gambar terperam time balik Melaka haritu.
=)
So, mari kita bercerita sekarang.

Bila balik Melaka haritu, I dah cakap dengan Azreen, I nak makan sotong goreng tepung kat restoran terapung. Memang nak makan sangat-sangat siap dah terasa-terasa kat lidah ni ha. Haishh.

So, menujulah kami ke sana bertiga. Bukan tamo ajak family members yang lain, tapi bila I pelawa abah, abah cakap, Ko pergi je lah 3 beranak kak, lepaskan hajat ko tu. Kang, nak ajak ibu, dengan maknya semua, kesian ibu ko kang.

=(

Oleh itu, pergilah kami bertiga ke tempat di tuju.




























Sampai sana terus dinner je lah kami. Tapi Azreen sorang je yang dinner sebab I taknak makan nasi.
So, dia order tomyam, kerapu tiga rasa pedas, telur dadar.

























Nasi lemak bungkus comel pun ada. Nasi ni Iman Raneeya yang makan. Sambal, Daddy yang tolong abeskan.

























Apple juice & Watermelon juice.






































Inilah dia yang diidam-idamkan. Sotong goreng tepung terbaiiiiikk yang i rasa setakat ini.
Memang sedap yang amat. Dua ekor sotong besar tu, memang goreng tok i sorang je lah.
Bagi seketul kat Iman Raneeya, berair-air mata si kenit tu makan. Haha. Pedas!

















Kami makan kat De Muara Ikan Bakar.

Pssst Ikin, lepas ni kalau nak pergi lagi, dah boleh booking dulu dah. Tu ada nombor phone tu.

























View dari Meja kami. Bawah tu laut.

















With Iman Raneeya yang sibuk tengok laut.

























Kat depan restoran ni ada playgroud. So, memang wajib singgah lah kalau mata Iman Raneeya dah nampak.

























The Surau.
Solat sambil terapung, mau?

=)

Isnin, 5 November 2012

Malasnya nak berehat di rumah mak mertua!

I kalau diberi pilihan sama ada nak berehat di office atau rumah mak mertua bila tiba-tiba tak sihat time bekerja, bulat-bulat tanpa ragu I lebih rela tidur di ofis je. Biarlah merengkok macam udang tidur dalam aircond tu, i rela!

Tapi, jumaat lepas, I takda pilihan dah bila Azreen cakap, awak pergi je lah rumah mak. Selesa sikit. Lagipun, kalau apa jadi nanti, sekurang-kurangnya mak tahu nak buat apa. Terus tak banyak cakap menurut je sebab badan dah lembik disebabkan muntah, ditambah pula kepala yang berdegup-degap macam nak pecah.

Then, bila sampai rumah mak, the sinetron bajet hospital pun bermula ;p

Sampai-sampai je rumah mak, terus mak suruh tukar baju kerja ke kain batik dan t'shirt. Macam kat hospital kan, admit je terus kena tukar baju.

Then, mak suruh baring, rehat. Dia kata nak turun masak.

Setengah jam macam tu, dia tinjau sambil tanya. Boleh tidur ke? Selesa ke? Nak mak picit kepala ke?
Belum sempat jawab tak payah pun, mak dah elok landing montot kat sebelah i, tangan pula laju je memicit-micit kepala I. Lega sekejap rasa kepala yang nak meletup tu dan i boleh lak tertidur. ;p

Terjaga dari tidur sebab pintu bilik mak buka.
Kali ni dia naik dengan bawa dulang, sejag kaca air masak beserta gelas. Dia suruh I makan ubat. Halahai mak ni, susah-susah je. Siap letak air dalam jag kaca  raya tu. Kalau I jadi mak, i usung je botol air tu dengan mug. *dasar menantu rajin. haha.

Kemudian dia turun balik.

Tengahari macam tu dia masuk bilik. Tanya nak makan ke tak. Kalau nak dia bawa naik. Haishhh, i geleng je sambil cakap, takpe mak. I turun bawah makan. So, gagahkan juga la diri pergi ke bawah makan. Melampau lah kan kalau sampai nak kena mak bawa makan naik atas.

Lepas makan & Azreen pergi ofis, I naik atas balik sambung baring then terlelap. Sedar-sedar je, nampak mak bawa air milo dan biskut cicah untuk minum petang.
T______________T
Sambil tu dia datang dekat kat I dan picit-picit kepala. Tak sempat nak cakap tak payah ok! Mulut dia pula potpotpet kat I cakap tak payah la nak segan dengan mak, biarlah mak picit kepala. Anak mak sakit semua mak layan macam ni. Ain kan dah macam anak mak juga. Dah dua tahun kahwin pun nak segan-segan lagi, blablabla masuk sekali gosip artis dan macam-macam lagi.
Haishhh la mak!

Bila dah rasa lama sangat mak picit kepala I, i pun minta la mak berhenti dengan alasan kejap lagi Azreen nak balik dah. I nak siap-siap sebab kalau Azreen sampai kang tengok I tak siap lagi, mesti dia bising sebab dia nak balik cepat ambil anak.

See!

Semua perkara kat atas tu adalah sebab  I malas nak berehat kat rumah mak awak Azreen.  Layanan dia 1st class sangat, jadi segan I ok! Malu muka blushing-blushing tak tentu arah dibuatnya ;)