Khamis, 19 Februari 2026

Salam Ramadan 1447H!

 Salam semua,

Ramadan Kareem, Allahuakram!
Selamat berpuasa semua, semoga setiap amal ibadah kita pada tahun ini diterima Allah s.w.t, amin.

This year, Chinese New Year jatuh pada Selasa dan Rabu, kemudian khamis berpuasa, so, longggg weekend holiday! Best! I ambil cuti pada hari Isnin untuk settlekan preparation berpuasa.


Sebelum raya, bawa gegirls pi spa dan potong rambut sesiap. Awal tak kalut. 


Sawang dah clearkan, peti ais dah bersihkan, langsir pun semua siap basuh. Nak menunggu husband pasang, lamberrrttt nau, kita ambil je la tangga pasang sendiri. Isteri-isteri ni, gitulah. Husband hilang, je auto semua gagah perkasa.

Isnin pagi dah settle semua termasuk top up groceries, kita gerak balik Melaka. Walaupun Ibu Abah dah takda, tetap berbahagi juga giliran sambut puasa dan raya sebab kitonyo adik-beradik semua hidup lagi. 

Keluarm awal pagi tu sebab aim nak singgah Warung Bam Bam di Bukit Chedang, Seremban. Lama tak datang sini. Puas hati dapat makan Nasi Lemak Bam Bam (Rendang ayam campur sambal sotong kering). Kalau ada kangkung tu, mesti lagi terangkat makan.





Malamnya, solat maghrib berjemaah, baca yasin, then kami sambut birthday Adik ketiga. Buat Stemboat je dan beli kek.


Gegirl Mamilong & Kakak Rayeesa 


Yang ini, takda dalam agenda, tiba-tiba adik cakap, jom kita cat pagar! Sauk je la baju apa yang ada. Sambil mengecat, jiran dan saudara dok bertegur sapa, siap jemput datang beraya. Gitulah kan kampung, ramah mesra acik-acik semua.


Ajak adik arwah Ibu join juga.


Nampak sikit je yang nak kena cat dan rasa boleh je settle satu hari tapi tak pun. Dengan cuacanya kejap panas, kejap hujan, 3 hari juga baru selesai cat.


Bising si kakak sebab warna tak estetik. Haha! Ni kampung anak oi. Warna kena bright, baru orang  nampak! =p


Makcik pun ada jemput datang rumah dia ajak lunch bila dia tengok kami semua busy mengecat. Alhamdulillah, rezeki dapat makan masak omak-omak.


Insha Allah, raya nanti kami berkumpul lagi abah ibu. Jangan risau kan kami, kami semua baik-baik saja =)




Khamis, 12 Februari 2026

Tahu-tahu sampai Tawau - Day 1!

Salam, 

Bila Nur cakap jom pergi Tawau visit baby Melen, terus semua on je, haha! Suruh Melen je booking tiket, begitu begini, terus lelap mata je bayar RM500 lebih harga tiket.

Tak pernah terfikir akan sampai ke Tawau, Sabah!


Cantik cuaca. Ikut gambar awan yang di snap, lalu Banting, Triang, Muadzam Shah, Laut Cina Selatan, Tenom, Ranau dan sampai la ke Tawau.


Time lunch ni tengah lalu  di Laut Cina Selatan.


My travel partner ke Tawau, Kak Muna! Nur dah gerak dulu.


Sejuk hati tengok Pramugari Amal.


Moh la dapatkan slip lawatan  sebagai bukti pendaftaran kehadiran di Sabah. Walaupun rakyat Malaysia tetap kena buat prosedur ni  bagi memantau tempoh lawatan di Sabah.


Perjalanan ke Tawau mengambil masa 2 jam 30 minit. Kami sampai dalam 6.30 petang, lalu pemeriksaan imigresen, dalam pukul 7 jumpa Melen, gelap dah kat luar.

Terus Melen dan Mak dia bawa pi Dinner kat Kopi Ping.


Menu I dan kak muna. Nak try kopi tu, tapi sebab dah malam, takut tak boleh tidur nanti.


Sedut la sedas dua kopi kak muna. Sedap! Kopi susu lemak berkrim.


Melen, di hari ke -43 berpantang. Haha, pantang moden, dah boleh keluar dah jemput I dan Kak Muna di airport.

Happy for you Melen. 4 tahun menunggu, akhirnya Allah bagi rezeki baby boy. Insha Allah, Elhan Nadeen akan membesar menjadi anak soleh Mama dah Abah.


Ni pula anak buah Melen, si Naurah yang comel. Kena tinggal di rumah neneknya sebab Ummi dan Abinya berpindah rumah.