Selasa, 23 Julai 2024

Mami, Dedi tengok abang je!

Salam semua,

Menjadi ibu bapa ni, kadang kita rasa dah bersikap adil pada semua anak dah, sayang pun bahagi sama rata je, tapi anak tak nampak gitu pula.

Itulah yang kami hadap bila kakak dari awal dah bagi tahu tarikh hari sukannya. Haha. Tiga minggu awal dia dah book kami. Tapi dua minggu sebelum, I dapat panggilan hadir kursus tiba-tiba. Serba salah jadinya. Terus keluar ayat sedih,

"Mami dengan Dedi tu tengok abang je lari. Kalau kakak tak pun. Kalau abang siap ambil cuti."

Alahaiii sedih dengar.

Bukan pilih-pilih nak hadir hadir program anak ni. Timing tu kadang kena, boleh cuti. Kadang program anak tengah waktu puncak berantakan di office, memang tak boleh nak buat apa. Terpaksa la dahulukan mana yang perlu.
   
Demi taknak anak berkecil hati, cuba la juga minta pelepasan dari urusetia kursus. Nasib baik boleh dengan syarat cari pengganti sesiap. Alhamdulillah, selesai masalah Ommak.

So, ayuhhh, kita pi sokong kakak! Hello rumah biru, kami datang!!!
 

Pengalaman pertama kami hadir hari sukan  sekolah menengah. Tak semeriah sekolah rendah. Mula-mula nak masuk pintu sekolah pun, siap teks kawan tanya parents boleh datang ke tak ni since memang takda jemputan pada ibu bapa. Tak berapa nampak muka ibu bapa juga yang datang.

Kawan kata, boleh je, cuma memang takda jemputan rasmi. Dia yang jemput kami masuk siap datang tegur kami.

Tahun ni kakak masuk dua acara dan join perbarisan. Patutlah dia beriya suruh datang tengok dia.


Kakakkk! I jerit bila nampak kakak masuk. Siap ambil video depan-depan lagi. Ha, tahu maluuuu!

Reezqy tanya, macam mana Mami tahu tu kakak? Sebab semua pakai topeng dan kurus nampak sama je semua.

Instinct omak-omak gitu la bang. Tengok sekali dia dah tahu tu anak dia. Abang nampak lutut je dalam reramai budak bola pun, sekali tengok mami tahu tu abang ;)

Selesai perbarisan kakak terus ready untuk acara pertamanya, 100m. Terima kasih cikgu-cikgu rumah biru bantu siapkan anak-anak.

Nervous nunggu dia berlari. Dedi sampai takut nak tengok sebab ada pengalaman pahit sebelum ni tengok kakak berlari. Haha.

Parents tak boleh datang dekat dengan tempat acara berlangsung. Rekod video kakak lari pun nampak dari jauh je.

Alhamdulillah, untuk acara 100m kakak dapat tempat pertama. Untuk acara 4x100m, teamnya dapat tempat kedua. 

Yang bestnya, video relay, I rekod, tapi tak tekan button start. Punya excited sokong anak lari, sampai lupa tekan start recod =p


Join juga acara ibu-bapa. Cikgu kat situ ajak sebab tak cukup orang.  Kami menang tempat kedua. Siap satu team dengan Pengetua lagi.

Reezqy jumpa kawan bola ATN darjah 4. 
Darjah 5 ni, Dedinya stopkan ATN dan suruh fokus ke satu je team bola iaitu Fireball. Lagipun tahun ni UPKK. Kurang-kurangkan lah berbola, supaya ada masa belajar.

Alhamdulillah dah tahniah kakak. Ada improvement untuk larian tahun ni. Siap menang emas lagi. Mami dan Dedi tumpang happy dengan kemenangan kakak.

Moga kakak terus cemerlang dalam apa jua bidang yang kakak suka. Insyah Allah, mami dan dedi akan selalu ada untuk support kakak.

Kami berdua tak pernah pilih-pilih pun nak hadir program anak ni kak. Esok kakak dah kerja, dan ada anak, Insha Allah kakak akan faham situasi kami ni =)

Love you kakak, adik dan abang selalu, sampai syurga!

Wassalam.

Rabu, 3 Julai 2024

Jom menulis balik - kisah si Kakak

Salam semua,

Rasanya kena rajin menulis semula kat blog ni sebabnya, bila tak ingat sesuatu lately, cari balik dalam blog, eh, betul la ada gini, ada jadi gitu. Bagus sebenarnya ada rekod kat sini.

So, malam ni kita repost je balik post yang ada dalam draft ni. Lama dah taip tapi tak tahu apasal tak post. 

___________________________________________________________

Sesi persekolahan 2024/2025 dah bermula awal Mac lepas . Elok je mula sekolah, esoknya pula umat Islam mula berpuasa. 

This year berubah rutin, anak tak cukup tiga dalam kereta sebab seorang dah bertukar sesi. Si kakak terpaksa akur ke sekolah menengah harian bila permohonan ke sekolah menengah agama tidak berjaya. Ommak pun turut sedih sama tapi apakan daya,  Dia lebih mengetahui segalanya. Niat kita nak anak lebih mendalami ilmu agama, apakan daya tiada rezeki kakak.

Masa permohonan MRSM dan SBP buka haritu, tanya dia nak duduk asrama ke tak, dia jawab tak nak. So, takda lah mohon. Tapi lepas try ambil exam di sekolah agama bantuan kerajaan, tengok life senior kat sana, dia jadi teruja pula nak masuk asrama. Next time, form four nanti la kita cuba lagi ya kak.

My sulung. Saksi jatuh bangun Mami dan Dedi, sentiasa ada waktu gembira dan sedih mami dan dedi. Semua moment pertama kakak, mami ni kalau boleh nak rekod. Ni pergi exam kemasukan  ke sekolah agama je pun, tetaplah beriya ommak kau ni ikut.


Membesarkan anak menginjak dewasa ni  banyak cabarannya. Banyak kena sabar. Kadang pujuk hati, gini lah Ibu hadap perangai aku dulu. Haha.


Fasa sekolah menengah dah. Lepas tu masuk universiti, kahwin, Mami dan Dedi pun makin tua huhu.

Pendaftaran Tingakatan 1. Sat je masa berlalu. Rasa macam baru je semalam hantar kakak masuk darjah satu. 

Moga Allah permudahkan setiap langkah kakak dan kawan-kawan menuntut ilmu dan menjadi anak solehah yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.