Khamis, 2 November 2023

Hotel Olympic, Kuala Lumpur

Salam semua,

Weekend lepas I check in di Hotel Olympic, Kuala Lumpur sebab Reunion ex-UiTM buat kat sana. Nak buat post ni dulu sebenarnya, tapi lain yang difikir, lain yang ditaip.

Book siap-siap bilik untuk semalam sebab ada nampak influencer share pergi hotel ni. Nampak macam best, so moh la kita cuba. Yang tak bestnya hotel ni, dia takda kolam mandi. Anak-anak I, fokus utama diorang tidur hotel memang nak mandi kolam je. Kenalah cakap kat The Imans awal-awal yang hotel ni takda kolam apatah lagi bathtub. 



Yang menarik perhatian bila melangkah masuk ke hotel yang terletak di Jalan Hang Jebat ni, adalah decoration nya yang colorful, cantik dan meriah di setiap sudut.

Dan yang TERPALING MENARIK adalah deco setiap bilik yang  berbeza-beza dan ada tema. Ini sebenarnya sebab utama I check in. Haha. See, anak bujang I dah chop tempat tidur dia! Terus lupa dah pasal takda kolam.

Dah tidur hotel kena la ambil breakfast. Dapat discount 35% jika bayar time check in. Dapat lah harga dewasa RM19.90, kanak-kanak RM9.90.

Murah dan berbaloi sebab banyak juga pilihan makanan dan sedap kat tekak I.


Kakak makan ni, so I tumpang amil gambar.

Nasi lemak, mee goreng, keuw teow goreng, bebola goreng. Telur rebus tu mmg dia hidang sebiji. Sila la kupas sendiri kalau nak makan.

Enjoy betul I makan sebab I suka bangun tidur terus pi breakfast. Tak payah susah-susah nak kena masak breakfast =p

Tapi Ommak ea sorang je lah yang enjoy. Husband jenis sekali ambil penuh pinggan, kemudian tersandar dan habis makan. Anak-anak pula takat makan cereal, lepas tu tak sabar-sabar nak naik bilik. 

Banyak port menarik untuk bergambar. Kanak-kanak macam si adik suka la. Dia dah berzikir tu jom la naik bilik.

Sabarlah dik, mami tengah enjoy makan oiii!


Junior suite. Ada 1 katil queen dan dua kid's bunkbed. Untuk junior suite, semuanya terletak di tingkat paling atas. 

I dapat whats app dari staff hotel suruh control anak sebab ada yang report bising tapi time dapat notification tu, I dan family ada kat luar. Haha. Terus seram kejappp. Sapa pula yang bising kan? 

Sedapkan hati sendiri, mungkin bunyi bising datang dari bilik lain kot.

Pihak hotel pun patutnya dah deco bilik gitu, tak patut letak di tingkat paling atas. Anak yang normal dan aktif, confirm punya tak duduk diam bila biliknya dah gitu. Kan?