Khamis, 21 Julai 2016

Bebelan Dakpink: Bersalin

Mak Buyung at 36 weeks.


1. Tak besar.
Ramai yang kata, mengandung kali ni, I tak nampak besar. 
Eh, kan main, ayat nak sedapkan hati ke apa tu! 
Haha. 
Besar la weh. 
Sekarang berat dah sama besar time mengandungkan Reezqy. 
Berat sekarang 89, kalau genap 40 minggu baru bersalin, rasanya, mau juga cecah 100 kilo kot. Itupun nasib ada bulan puasa, dapat jugalah control makan. 
Kalau tak, mungkin berat sekarang dah 120kg. 
Kahkahkah. 
Dah tak terbawa badan dah ni tapi layan je lah pi office, memasak, buat kerja rumah semua. 
Ikut tak larat, memang nak terbaring je macam dugong, tapi tak boleh ikut hati, kang diri sendiri yang stress banyak benda tak siap lagi.


2. Takuttt!!
Perasaan takut nak bersalin tu memang tetap ada even anak dah tiga. 
Bersalin ni kan antara hidup dan mati. Kotlah nyawa I tak panjang, hmmm, untung la Azreen jadi duda terlajak laris ;p
Alah, bos I anak kelapan pun gigil lagi masuk labor room teman wife dia bersalin, inikan pula I baru nak masuk tiga kan. 
Takut tetap takut. Lagi-lagi I ni memang penakut. 
Tapi I cakap kat sini je lah takut. 
Malas nak cakap depan Azreen sebab  I pernah cakap dah kat dia,  tapi jawab dia, alahhh, macam tak pernah bersalin lak awak ni. 
Kan mainnn! 
Mementang anak dah tiga kannnnnnnn. 
Kalau dulu kan main berbunga-bunga ayat mujuk bini dia!
Eh, tetiba emo lak. 
Tapi lagi nak bersalin ni memang lagi emosi dengan suami sendiri. 
Saje je cari pasal memanjang, ada je silap yang tak kena depan mata, lepas tu muncung pun panjang berjela.
I is takut lah. 
Sebab tu buat perangai kot. Tapi buat perangai dengan suami sendiri je lah. 


3. Berpantang.
Sampai sekarang tak fikir lagi nak berpantang kat mana. 
Ikut hati nak berpantang kat rumah mak sendiri. Tapi Raneeya sekolah pula.
Boleh je tak bagi Raneeya pi tadika, tapi tadika sekarang ada exam bagai semua, kesian pula dia nanti tertinggal dan tak tahu apa-apa.
Ada juga plan, I bawa Reezqy dan baby balik rumah Ibu kat Melaka, Azreen dan Raneeya dok rumah MIL je kat Nilai sebab Raneeya kena pergi tadika. Alahhh, tapi I tak boleh lah nak berpisah-pisah ni. Time berpantang macam ni kan, suami di sisi tu adalah benda yang sangat penting. T__T
Plan lain, I  berpantang sendiri kat rumah, tapi bila mengenangkan perangai Reezqy yang tak boleh nak control sekarang bila dengan I, terus kena lupakan niat suci murni tu sebab kang ada pula yang terkoyak jahitan nak melayan karenah dia. Haha.


4. Mohon maaf.
Dikesempatan yang ada ni, I nak mohon  maaf pada semua kalau ada yang benci I, ada yang sakit hati dengan penulisan I dan ada yang tak senang dengan apa je yang I buat sama ada dalam blog atau dalam kehidupan seharian. 
I minta maaf banyak-banyak dengan seikhlas hati. 
Kalau tak suka cakap je terang-terang. I boleh terima.
=) 
Takda benda  dan masalah yang tak boleh settle kan?
Tak baik pendam-pendam, cakap-cakap belakang, sebab nanti dapat dosa :p
Hidup ni pun sementara, kalau nak bermasam-masam muka, nak benci-benci orang semua ni, lagi-lagi sesama Islam, lupakan ajalah. 
Baik fikir benda yang lagi berfaedah, ye tak?

Doakan juga segala urusan  bersalin I dipermudahkan ya.
Ampun maaf zahir batin buat semua.
=)

Rabu, 13 Julai 2016

Cerita Raya 2016: #teamrayarumahmertua

Alhamdulillah, dalam tak larat-tak larat, dah selamat dah beraya dan melantak dengan jayanya.
Haha.
Naik berat akak 3 kilo oi!
;)

Meh la kita cerita pasal raya sebelum mood nak bercerita tu hilang.

Tahun ni beraya di belah Azreen. So, Isnin petang lepas settle kemas rumah sendiri, kami gerak ke rumah MIL yang tak berapa nak jauh tu. Jalan elok je smooth takde jem pun. Haha.

Sampai rumah MIL, MIL sedang sibuk pasang langsir, so nolong lah apa-apa yang patut. Takkan nak datang duduk saje je lak kan?

Sebelum sampai rumah MIL sempat gak pi klinik sebab mamat ni, orang nak raya, mulut dia pula berkudis. Tah kenapa tah. So, pi klinik ambil ubat demam sesiap. Nasib ambil ubat sesiap sebab malam tu dia demam panas lak. Macam-macam hal lah orang nak jadi abang ni!

Malam raya, dapatlah budak-budak ni merasa main bunga api. Punyalah lama minta dengan bapaknya, malam raya baru mendapat. Itupun, gigih bapaknya pi cari pelita nak bagi feeling main bunga api kat kampung dengan pelita. Yang si Reezqy, orang sibuk pasang pelita, dia sibuk nak tiup pelita bagi padam. Dah asyik nak kena nyalakan pelita balik je. Ingat ni kek besday ke ape abang oi!


Raya Pertama.

MIL I bukan jenis yang masak beriya untuk raya. Malam raya tu, setakat goreng ayam, masak rendang, rebus ketupat dan sediakan bahan untuk masak kuah lodeh. Pagi raya tu baru buat masak lodeh dan ayam masak merah. Family Azreen pun tak ramai, so, masak pun memang tak banyak mana.

Tahun ni I dah cerdik sikit. Kahkahkah. Bongok punya statement.
I iron baju raya sehari awal. So, pagi raya tu tak kalut dah nak iron baju. Smooth je siapkan 'budak tiga ketul' ni. I pun dapat bersiap dengan aman dan tenteram.

Isnin, 11 Julai 2016

#1 Family photo shoot for Raya isn't easy as u thought!













Banyak nau makan pulut, omputih terus tajuk hari ini. 
Haha.

Beriya  mak paknya  nak mengambil gambar kenangan di Hari Raya,
Memang taklah nak mendapat kerjasama daripada anakanda.
Sot ba ro je lah!

Selamat Hari Raya everyone!
Siapa dah mula kerja hari ini, meh sep lima.
;)

Jumaat, 1 Julai 2016

Salam Aidilfitri 1437H


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

Semoga gembira menyambut Syawal di samping yang tersayang.
Semoga Syawal kali ini juga memberi seribu kebahagiaan kepada semua.

Mohon maaf zahir  batin,
Andai ada terkasar bahasa,
Terlepas laku, terlebih dalam segala perbuatan yang meninggalkan kesan kurang senang.
Salam dihulur, harap dimaafkan.


Maaf zahir dan  batin,
Azreen,
Ain,
Iman Raneeya &
Iman Reezqy.

Report card day Iman Raneeya

Besar dah kak Iman. Siap ada report card lagi.
So, semalam, I wakilkan kat Dedi dia la pi ambil report card di tadika.
Membebel Azreen sebab bila kat tadika, semua yang datang mak-mak, dia seorang je bapak!
Haha. Lantak, I malas nak keluar di time panas buta.

Touching weh, tengok report card anak sendiri.
Dah boleh berdikari siap jawab exam lagi.
Seumur 5 tahun dah ada report card.

Alhamdulillah, keputusan kak Iman ok je semua.
Tak paksa-paksa dia pun suruh score semua subjek.
Cuma pesan kat dia, kakak nak ujian nanti, kakak kena jawab sendiri tak boleh tengok kawan. Kakak kena buat sendiri tau.


Kak  Iman's first result exam. Anak pertama kan, semua mak ko nak boh dalam blog. Tengok tang adik-adik nanti, ada tak diorang punya result pertama exam. Kahkahkah.

Overall ok la walaupun tak semua dapat  markah penuh. Kena usaha lebih kat Math kalau tengok keputusan ujian ni.

Ikut cikgu, Kak Iman excellent dalam hafazan. Hafazan surah dia dah sama level dengan kanak-kanak yang umur 6 tahun. Alhamdulillah.

Yang ini, bila ditanya, kenapa soalan yang pertama salah. Dia jawab, kakak dah kira banyak kali la Mami. 7+2 memang lapan. T___T

Adoi la anak. Mungkin dia nervous kot jawab soalan nombor satu. Tapi mak ko ni touching tengok jawapan yang salah tu. Siap rasa exam lepas ni, nak pergi tolong jawabkan sama je. =p


Alhamdulillah, keputusan ujian Iman Raneeya memuaskan je di mata I. Nak high expectation pun, baru tahun ni hantar kakak tadika. Budak lain masuk tadik umur 4 tahun, kakak, 5 tahun baru Mami hantar. Takpelah kakak ya. Pelan-pelan kayuh. Lama-lama nanti ok.