Isnin, 29 Februari 2016

Khamis, 25 Februari 2016

Seram memikirkan warna baju raya tahun ini.

SUMBER

Kahkahkah.
Kan main. Seram yeeeee?

Mentang-mentang bukan turn kau yang pilih warna baju raya tahun ni,
terus datang rasa seram.

Time hantar baju kerja untuk dijahit haritu, tailor I kata,
Ain, hujung bulan dua ni akak tutup dah tau tempahan baju raya. Nak hantar, cepat ya.

Terus I cakap, tahun ni memang tak tempah kak sebab Insha Allah time raya tu tengah membesar bagai johan sizenya. Haha.

Tahun ni macam terlupa pula raya. Selalu kan main awal tahun dah cari kain. Sampai cakap kat Azreen, eh tahun ni tak tahulah nak pakai warna apa. Terus dia sound,

Ehhh, jangan nak buat-buat tak ingat lak. Dari tahun lepas lagi I dah pilih merah.

Erkkkk!

Hilang ingatan ok sambil timbul rasa seram. Serius tak ingatlah.
Haha.
Tak tergambar dek akal fikiran beraya dengan warna merah.
Ya Allah, ya Tuhanku, tolonglah beri aku kekuatan untuk menempuhnya.

=p


Rabu, 24 Februari 2016

Setahun sudah berlalu, Februari muncul kembali..

Emak,
Setahun dah berlalu emak.
Semoga emak sentiasa tenang di sana.
Doa dari Ain tak pernah putus untuk mak supaya emak sentiasa dirahmatiNya, dijauhi azab siksa api neraka dan tempatkan di kalangan para solihin.


Emak,
Minggu lepas ibu buat kenduri arwah.
Memang dipilihnya tarikh 19 Februari 2016 untuk berkenduri, sempena tarikh emak pergi.
Tak difikirnya yang kami ni bekerja,
Maka, bercutilah kami demi nak bertahlil bersama.
Apalah sangat kan cuti satu hari demi untuk emak.
=)

Selasa, 16 Februari 2016

Anak pergi sekolah happy, makpak pergi kerja pun senang hati.

Alhamdulillah, dah masuk bulan kedua kakak bertadika di tempat baru. Walaupun di hari pertama, macam nak tercabut kain ommaknya ditarik sebab tak nak pergi sekolah baru, tapi seminggu je lah yang dia menangis. 

Masuk minggu kedua, dah dapat rentak dan dan ada kawan yang serasi, dia mula ok. Minggu kedua juga dia asyik tanya, kenapa dia kena balik pukul 5? Kenapa tak balik pukul 1? So, memang hari-harilah kena explain, kalau balik pukul satu, macam mana nak cari duit bawa kakak pergi jalan, beli toys semua.

Disebabkan hari-hari dah dengar alasan yang sama agaknya, terus tak nak dah dia tanya kenapa balik pukul 5.

Kahkahkah.



Hamboii kakak, dengan messy hair nya. Setahu Mami, pepagi kan mainlah Mami gosok tudung sebab hari-hari dia pesan kena pakai tudung, tapi bila stalk gambar kat FB tadika, semua gambar kakak free hair ja. Takpelah kakak, slow-slow lah ya belajar pakai tudung.