Rabu, 30 Disember 2015

Selamat tinggal 2015!


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?
(Ar Rahman: 55)


Syukran Ya Allah untuk semua bahagia dan ujian yang diberikan.
Semoga tahun seterusnya akan lebih baik dari 2015, Insha Allah.

Selasa, 29 Disember 2015

Nanti baby keluar.

Iman: Kenapa Mami muntah?
Mami: Mami tak sihat la kakak.

Iman: Dedi kata dalam perut Mami ada baby.
Mami: Iya.

Iman: Mami janganlah muntah. Nanti baby terkeluar. Kesian baby.
Mami: *__*


Mami, kakak nak baby!

Isnin, 28 Disember 2015

Khidmat urut dan penjagaan selepas bersalin.




Zaman sekarang ni, pokok pangkal duit. Ada duit, semua boleh. Ada duit, semua jadi je. Haha. Kan main mukadimah!

Begitu juga dengan khidmat urut lepas bersalin sekarang. Agak-agak rasa korang malas nak balik rumah mak sendiri untuk berpantang, nak selesa di rumah sendiri, silalah cuba perkhidmatan urut dan penjagaan selepas bersalin ni. Contact number sila ambil dalam gambar ya. Rajin-rajinkan diri sikit untuk membaca :p

Khidmat yang disediakan, dari mengurut lepas bersalin, mandi emak bayi, mandikan bayi, bertangas, berbengkung, sediakan lauk berpantang, cukur kepala bayi dan semua yang berkaitan dengan rawatan dan penjagaaan semasa bersalin  ada disediakan.

Yang penting, jangan malu untuk call dan dapatkan perkhidmatan, serta, sediakan duit secukupnya ;)


Selasa, 15 Disember 2015

Perancangan Dia yang terbaik.


2015 
Akan melabuhkan tirai beberapa minggu lagi. Perancangan 2015? Of course lah banyak yang belum tertunai. Lagi-lagi yang nak turunkan berat badan tu kan! Haha. Kita hanya mampu merancang, Dia juga yang menentukan.

2015
Semua yang manis dan pahit seimbang je I rasa. Tunggu lah i buat HIGHLIGHT nanti. Itupun kalau rajin. :p

2015 
Awal tahun, dihadapkan dengan berita sedih, kehilangan orang tersayang.
Alhamdulillah, penutup 2015, Dia gantikan dengan sesuatu yang gembira bagi mengisi kekosongan.


Terima kasih Allah, atas nikmat yang tak pernah kurang. 
Terima kasih Allah, atas segala kasih sayang yang tak pernah pudar walaupun amalan ada masa lompong dek hasutan Syaiton! Astaghfirullah.


2016.
Selamat tinggal KPI yang telah dirancang, ada separuh daripadanya terpaksa dipadam terus.
Mana yang rasa boleh, Insha Allah akan diteruskan.

1. KPI sukan, bye! Takde dah USIMFIT. kena tukar USIMFAT. Kahkahkah. Bye SUKUM2016 =(
2. KPI kerjaya, kalau lulus, akan dipertimbangkan. Semoga dipermudahkan jalan. Kalau takda rezeki, kita tukar ke plan B. Semoga USIM16 Ain akan tercapai. 
3. KPI berat badan. Sila rujuk KPI 1.
4. KPI anak di tahun 2017. Lupakan. Dia bagi rezeki awal. Dia lebih mengetahui segalanya.
5. KPI kualiti keluarga. Terpaksa hold cuti-cuti keluarga. Bagi laluan pada hal bersalin dan ahli keluarga baru.
6. KPI kawan-kawan. Kau hado? Haha. Hakak hado. Kena plan aktiviti yang lite-lite je lah ya. :p
7. KPI aktiviti lasak. Hmmm. Jadi pemerhati je lah or foward ke 2017.


Sampai sekarang masih cuba hadam. 
Semoga segalanya akan baik-baik sahaja.

Kita hanya mampu merancang.
Dia juga menentukan.

Ingat Ain, perancangan Dia adalah yang terbaik.

Selamat datang Iman 'R' ketiga.
Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.



Jumaat, 11 Disember 2015

Berkhidmat untuk kampeni tercinta.

As usual, every year kampeni I akan menganjurkan Majlis Konvokesyen untuk meraikan para graduan dan tahun ni juga I terlibat sebagai petugas di sebalik tabir. Alhamdulillah, dapat juga menabur bakti hatta idoklah sebesar mana jasa tu kan, tapi adalah juga. =)

Rehearsal untuk Majlis Santapan.

Khamis, 10 Disember 2015

Surat cinta untuk dia.



Cikaincantik 125/0204/theimans
26 Safar 1437 / 8 Disember 2015



Encik Mohammad Azreen Jamian
BAHAGIAN PENERBITAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MAKLUMAN KEHADIRAN IMAN 'R'  KETIGA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Jumaat, 4 Disember 2015

Rindu ibu abah.


Rindu ibu, rindu abah,
Rindu adik-adik juga,
Wahai hati yang sedang gundah,
Ahad nanti kita berkumpul sekeluarga.

Amanah Allah,
Tidak mudah,
Harus tabah,
Harus Gagah,
Sebab nilai Syurga bukan Murah.
Kredit quote:  Dr AFL.


Khamis, 3 Disember 2015

Teratak Riverview, Ulu Bernam, Tanjung Malim, Perak

Program dua tiga bulan lepas kot ni. Mak mentua I bising bila diberitahu kami nak ke Teratak Riverview, Ulu Bernam, Tanjung Malim, Perak. Lagi bisingnya dia bila dia tahu ada sungai di sana sebabnya kan time tu kecoh tentang isu kencing tikus.

Walaupun rasa risau juga tentang isu itu, Alhamdulillah, Pensyarah berjaya yakinkan I bahawa keadaan di sana bersih dan selamat. =)


Selamat datang ke Teratak Riverview, Ulu Bernam, Perak. Jalan masuk ke sini, elok-elok je bertentang dengan UPSI.  So, memang senang sangat nak cari.