Isnin, 30 November 2015

Duta fit.

Saya pelik macam mana akak boleh dipilih jadi duta fit (gelak berdekah). Tengok saiz macam tak kena ja.

Kenapalah dia kan, macam dah takda orang lain? Ramai lagi yang slim melim.

Banyaknya  makan. Macam ni ke duta fit? Kahkahkah.



Kan main tau statement. Sentap hakak dik! Haha. Kurus tak bermakna kau sihat, gemuk pun tak semuanya yang tak kuat dan tak fit. Ye tak dik?


Rabu, 25 November 2015

Ada resipi pancake Krabi?


Siapa ada resipi? 
Meh la share sini. 
Terkenang-kenang sangat ni! 
:p


Selasa, 24 November 2015

Mamee Monster House!

Program last month kot ni, terpaksa rela ganti Pensyarah untuk mengiringi pelajar. Since I ada dua event yang nak kena urus, so tukar dengan kawan dan I pilih yang ini kerana program satu lagi tu melibatkan Trainer luar. Macam tak sesuai je nak urus sebab terpaksa bawa budak dua orang ni. Takda tempat nak tinggal sebab Dedinya juga kerja.

Kononnya, macam rasa hebatlah, boleh handle dua kanak-kanak riang ni sendiri tanpa Dedi.   Berangan dalam mimpi jelah, sebab Ya Allah, dia punya cabaran tu rasa macam jadi tarzan. Bertabah bermandi peluh nak melayan karenah kedua-duanya. Nasiblah ada para pelajar, dah diorang pula yang tolong jagakan anak-anak I.

Welcome to Kilang Mamee. Anda akan disambut oleh dua kanak-kanak riang ini, yang akan berlari ke sana-sini sebab teruja tengok Monster biru tu. Haha.

Kakak siap tanya,

Mamee tu sama dengan Mami ke? Mami, monster ke? (mami tu merujuk kepada I la) *terus rasa menyesal bawa kakak datang tau!

Adik pula, bila kita kata, adik, tu Mamee Monster. (tunjuk Mamee Monster)
Tapi dia jawab, Takkkk! Ni Mamee (tunjuk I)

Haha!

Jumaat, 20 November 2015

Oh Aonang, Krabi!



Siapa tengok drama Tuan Anas Mikail (TAM) angkat tangan?
Haha.

Siapa tengok, kita boleh geng. Sep lima sikit!

I bukanlah peminta tegar Aaron Aziz tu, tapi suka tengok lakonan Zara Zya yang slumber dan best. Sebelum ni tengok dia dengan Ajak Shiro dalam drama Isteriku Bukan Tukang Masak tu pun best. Watak dia dengan Ajak memang menjadi dan buat I dengan husband asyik gelak siap boleh ulang-ulang dialognya.


Buat ape tu bang?
Main teka silangkata yang..
Kalah lagi...

Haha! Padalah si Ajak tu SMS ex-girlfriend dia.

Ok, berbalik pada cerita TAM, malam tadi Zara Zya pi Krabi. Alahaiii, terus rindu ke Krabi datang lagi.




Throwback sweeet memory at Aonang, Krabi!
=)

Khamis, 19 November 2015

Mami, kakak nak baby!

Sila abaikan dinding yang dan bercop dengan playdoh  T___T

On the way nak ke pejabat:

Kakak: Mami, kakak nak baby.
Mami: Kakak kan dah ada baby tu. (tunjuk kepada patung bear yang selalu di baby babykan nya)

Kakak: Itu tipu. Kakak nak baby betul-betul. Kakak nak baby!
Mami: Adik kan dah ada. Tengok ni. Ala bucuk-bucuk baby Reezqy. Ni kan  baby kakak ni.

Kakak: Itu adik, bukan baby. Baby kecil. Comel. Kakak nak babylah Mami.
Mami: Habis adik ni tak comel ke?

Kakak: Tak! *kurang asam punya kakak  Mami, cepatlah kakak nak baby.
Mami: Ishh kakak ni, pi minta kat Dedi lah.

Kakak: Dediiii, kakak nak baby.
Dedi: Krik krik krik krik (malas nak layan sebab nak concentrate kat driving)

Hoi la kakak, jangan minta yang bukan-bukan boleh tak?
Stresss mami pepagi tau!
Haha.

Rabu, 18 November 2015

Lexis, Port Dickson

Lexis di Port Dickson, ada 3 jenis ya. I pun baru tahu sebab bila berbengkel di sana  penceramah serta pensyarah boleh sesat barat disebabkan 3 jenis Lexis yang berbeza ni. Semua Lexis ni under Lexis Hotel Group.

Ada yang dah terlajak jauh ke Lexis Hibiscus. Ada yang dah termasuk ke Grand Lexis. Hadoii ai, as urusetia, kenalah explain direction dan tiba-tiba jadi tahu ada 3 Lexis rupanya.

1. Lexis Port Dickson (ada water chalet, tapi takde private pool dalam chalet)
2. Grand Lexis Port Dickson (bersebelahan Lexis) - ada private pool dalam bilik
3. Lexis Hibiscus (Jauh dari kedua-dua Lexis di atas) - paling terbaru dan paling termahal. Haha!

So, last weekend, kampeni I berbengkel di Lexis Port Dickson. Govermant rate kan, so, takat Lexis tu je lah yang mampu. Maka, meh la kita menjayakan bengkel tesebut.

Adik the cheeky & naughty boy. Tengok muka pun dah tahu kan? Tu yang belakang tu tengah melalak lah tu lepas kena usik dengan si adik.

Haih lah si adik! Nyempat aja kau touch si kakak! Perjalanan selama sejam ke PD tu memang stress dibuatnya sebab nak mengadap tak duduk diam si adik dan raung si kakak.

Selamat tiba di Lexis PD, mendaftar  dan diberikan bilik. Kami diberi pilihan untuk bilik water chalet atau tower. Event bilik tower lagi besar, i tetap pilih water chalet juga sebab nak merasa dok atas air lah kononnya. Lepas tu dapat bilik yang menghadap bilik lain je sebab nak dekat dengan urusetia yang lain. Ada bilik yang mengadap laut, tapi I taknak sebab takutkan tsunami (tetiba) dan buaya (pun tetiba). Haha!

Untuk  yang ada ahli keluarga ramai,   bilik tower premium seaview amat sesuai sebab ada dua katil king dan ruangnya luas.


So, inilah water chalet yang tak mengadap laut. Jadilah, bilik free kot, so memang tak banyak cerita. Kita hadap je lah.
Nampak si Adik, ke hulu hilir di usungnya pelampung tu sebab tak sabar nak masuk air.

Jumaat, 13 November 2015

Makanan yang tinggi kandungan serat.


1. Whole Grains
Kebanyakan dari kita mengambil hanya separuh daripada nutrien yang diperlukan untuk membantu kita mengurangkan kolesterol, mengurangkan risiko sembelit, dan membantu penghadaman. Bijirin merupakan salah satu contoh makanan tinggi dengan serat. Bermula dari waktu sarapan lagi, pengambilan oat atau cereal yang mengandungi 3 g atau lebih serat per serving adalah digalakkan.

2. Buah-buahan Segar
Buahan segar merupakan makanan ringan yang paling sihat. Namun begitu, kandungan seratnya adalah berlainan. Sebagai contoh:
  • Pear Asia 9.9 g
  • Raspberri 4 g (1/2 cawan)
  • Blackberry 3.8 g (1/2 cawan)
  • Pisang 2.4 g
  • Beri Biru 2 g (1/2 cawan)

3. Roti Penuh Bijirin / Crackers
Ambil makanan yang penuh serat di waktu tengahari. Seperti pengambilan sandwich (menggunakan roti tinggi penuh bijirin) atau whole-grain crackers. Bijirin yang diperlukan adalah seperti bran, germa, dan endogerm. Kajian menunjukkan makanan penuh bijirin dan serat lain boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

4. Sayur-sayuran
Antara sayuran yang tinggi serat ialah artichoke hearts, kacang hijau, bayam, jagung, brocolli, dan kentang. Kandungan seratnya hanya 1 hingga 2 gram per 1/2 cawan serving.

5. Buah-buahan Kering
Prunes dapat membantu penghadaman. Buah-buahan yang paling kering adalah tinggi dengan sarat dan boleh membantu mengawal pergerakan usus dan melegakan sembelit. Kismis, kurma, apricots antara prunes yang tinggi serat.

6. Kacang
Kacang adalah makanan yang tinggi serat, penuh dengan protein, dan rendah lemak. Amalkan pemakanan kacang 2 kali seminggu untuk meningkatkan kandungan serat dalam badan. Pastikan kacang dibasuh dengan bersih untuk mengelakkan sembelit.

7. Peas dan Kekacang
Peas dan kekacang lain juga tinggi dengan serat dan protein, serta rendah lemak.

8. Nuts and Seeds
Seeds dan nuts boleh menjadi sumber serat dan protein. 1 auns badam mempunyai 3.5 g serat. Anda boleh menikmati segenggam kacang panggang sebagai snek yang sihat.

9. Makanan tinggi Serat sewaktu Makan Malam
Makanan yang tinggi dengan serat sebenarnya dapat membantu anda mengurangkan berat badan kerana kandungan seratnya akan membuatkan anda berasa lebih cepat kenyang.

10. Flaxseed
Menyediakan lebih kurang 2.8 g serat setiap sudu. Kajian menunjukkan flaxseed dapat membantu mengurangkan kolesterol

Khamis, 12 November 2015

Tips Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan oleh Kevin Zahri

Dalam lebih kurang sebulan setengah lagi akan bertukar tahun masihi. Ikut plan suami isteri, tahun depan kena ready kan mental dan fizikal untuk anak ketiga. Haha, kemain! Tapi tu lah, dari gaya fizikal, memang nampak macam tak bersedia lagi ja nak menghadap anak ketiga. Masih rileks dan santai lagi menghadap segala nikmat dunia. Berat badan pun masih sama tak berubah-rubah, so memang impian untuk menimang anak ketiga macam kena hold dulu  ja :p

Ingat ain, kalau ko tak turunkan berat badan, sila fikir 8 juta kali untuk mengandung lagi. Ikut pengalaman mengandung, berat memang akan capai 100kg bila pregnant. Oleh itu, silalah laksanakan misi anda jika  serius nak capai target perancangan keluarga tu. Almaklumlah kan, I kalau pregnant, berat bukan setakat naik sebelas ke dua belas kilo, tapi sekali pregnant, memang berat naik 30 kilo T___T

Singgah ke blog si Rara, tengok dia tengah berusaha untuk turunkan berat badan dengan cara sihat. Dalam pada masa yang sama juga, rasa terpegun pula baca cerita Iva Izman tengan kisah penurunan berat badannya. Nasiblah terjejak ke blog mereka berdua maka, dapatlah juga sikit-sikit jangkitkan mood nak turunkan berat badan. Haha.

So, hari ini, meh kita kongsi tips mudah dari Kevin Zahri sebagai langkah pertama untuk mencapai target kita.


Metabolisme
  • Berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi
  • Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas
  • Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. 
  • Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
  • Metabolisme bagi setiap individu berbeza. 
  • Metabolisme bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. 
  • Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Tips Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan oleh Kevin Zahri

1. Minum Air Secukupnya.
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2. Kalsium.
Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3. Makan!
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

4. Tidur yang cukup. 
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5. Jangan Stress. 
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanaJangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6. Sinar Mentari.
Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

7. Senaman pemberat.
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

8. C untuk cergas. 
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

9. Pedas! 
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

10. Teh.
Minum Teh Hijau atau Teh Oolong (Teh tradisional Cina). Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.


Silalah berusaha kak hainnn. Bukan mudah ok nak capai bahagia. Kena korbankan makanan berlemak, nescafe ais,  burger tu semua.

Semoga berjayalah hendaknya! *___*