Selasa, 25 November 2014

Hargai apa yang kita ada, selagi dipinjam Dia.






Love you so much the Imans!

Eh,
Lebbiu Daddy 2 3 4 5 6 7 8 9 10 :p

Khamis, 20 November 2014

Berkhidmat untuk negara.

Assalamualaikum wahai rakan-rakan maya sekalian.

Dah lah tajuk serius, intro pun nak serius sama.
Kahkahkah.
Layankan jelah ye.

Sebab dah lama rasanya tak update blog, so meh la kita belanja gegambar je untuk tatapan. Kang takde rekod lak nak rujuk untuk aktiviti 2014.

Minggu lepas office I busy dengan majlis konvokesyen pelajar, maka kita yang sang pelaksana ni pun turut sama jugalah busynya. Tahun ni buat pertama kalinya I dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penyediaan Jubah.

Kami para AJK Penyediaan Jubah yang cun melecuns semuanya. Haha. Ni gambar hari kedua ni. Hari pertama kami pakai baju rasmi. Banyak lagi gambar dengan diorang ni sebab semua kaki bergambo kan, tapi I malas nak pi cari. Last day kami bergambar kenangan dengan Ketua Jabatan dan Naib Canselor.

Tahun ni juga, tambahan tugas, Iman Raneeya jadi flower girl lagi. Jadi singa dibuatnya I bila last minit dia bisik kat I, Iman rasa Iman tak nak jumpa Tuanku lah Mummy. Kemainnn. Banyak cantik muka kak Iman! Terus merembes peluh I keluar  sebab lima minit lagi Tuanku nak sampi hoiii. So, pujuk lah dia juga. Siap Kak Ina sogok tunjuk coklat yang dia akan dapat awal-awal pada dia. Phewwwwwww!

Khamis, 6 November 2014

Thank you Nuffnang sayang!


Kemain.
Dah dapat cek, kemain lah nak bersayang-sayang kan.
Syapalehhhh dia punya up kat Nuffnang.
Kahkahkah.

Terima kasih banyak-banyak ye Nuffnang sayang. Jeling-jeling juga kat blog picisan I ni. Dah cash out dua minggu setengah yang lepas,  check hari ni, cepat juga naik tabung I tu balik.

Baru ingat dah taknak menulis lagi dah sebab rasa macam tak berkesempatan dah dan tak tahu apa lagi nak tulis. Tapi, bila sampai je rasa malas tu, cek Nuffnang lak sampai. Bila sampai je rasa malas tu, dapatlah promo dari blog Suesukasusun untuk edit blog. Blog dah pakai baju baru, rasa macam tak sampai hati pula kalau tak update apa-apa.

Hmm,
cemanalah nak buang rasa malas ni ye?

Fuh fuh fuh.
Rasa malas, sila pergi jauh-jauh.
BE Nuffnang sayang, meh selalu jenguk-jenguk sini datang meh.
;)

Rabu, 5 November 2014

Cabaran berniaga.

5 tahun lepas, Ibu pindah Melaka, then dia start meniaga nasi lemak dan kuih-kuih sikit. Konsep ibu berniaga ialah sambil berniaga, sambil sedekah. Sebab itu, sampai sekarang, kuih ibu masih tiga seringgit, nasi lemak daun pisang, seringgit. Tak naik-naik walaupun minyak dah berapa kali PM naikkan :p

Timing pulak, memang Ibu turun ke gerai dia pukul 7, then habis tak habis kuih dan nasi lemak, pukul 9.00 dia tetap balik. Sebab apa? Ada nenek I yang terdampar atas katil perlu diuruskan pula. Perlu dimandikan, perlu ditukarkan diapers, perlu disuap makan.

Itulah rutin Ibu I setiap hari untuk mengisi masa lapang dia selain dari pergi kelas buat kek dan kelas agama.

Tahun keempat Ibu I berniaga, ada satu gerai nasi lemak  baru pula naik. Bertentangan letaknya dengan gerai Ibu I. Ok fine, ibu I kata. Rezeki masing-masing kan Allah dan janji. Takpelah jual produk yang sama, ada rezeki, kita punya. Kalau takde, nanti-nanti adalah nanti tu.