Khamis, 21 Februari 2013

Iman nak Deddi!

Iman, meh mandi.
Man nak andi Deddi.

Iman, meh Mummy tidurkan.
Man nak bobom Deddi.

Iman meh, Mummy suap makan.
Man nak maman Deddi.

Deddi,
Man nak dokon. (dokong)

Deddi,
Nak washen. (wash  hand)

Deddi,
Man nak atun. (kartun)

Deddi,
Man nak elon. (belon)

Deddi,
Nak hossss (horse). *suruh Deddi jadi kuda.

Deddi,
Ni apa chu?*sambil tunjuk gambar-gambar dalam buku baca buku dengan Daddy.

OK FINE. MUMMY TAK KISAH PUN IMAN NAK DADDY SELALU. MUMMY SUKA SANGAT SETIAP MASA NAMA DADDY YANG DISEBUT-SEBUT LEBIH DARI MUMMY.

=)

BETUL MUMMY IKHLAS TAK JELOUS LANGSUNG IMAN. BETUL TAK TIPU.

BUKAN APA, SENANG HATI MUMMY NAK MENGHADAP BERSALIN NANTI BILA IMAN LEBIH RAPAT DENGAN DADDY. TAK PAYAH RISAU KALAU-KALAU IMAN MENANGIS NAK MUMMY TIME MUMMY DALAM LABOUR ROOM NANTI.

tapi kan,
even Iman selalu nak Daddy,
nak buat semua benda dengan Daddy,
apasal bila tengah-tengah malam atau subuh-subuh  hadam,

MUMMY, IMAN NAK NENEN!

Hadoiai,
Apasal tang nak susu tak minta kat Daddy juga Iman oi. Daddy bukan tak retinye pun bancuh susu. Tak pernah sekali malam atau subuh pun Daddy awak tu dibangunkan untuk buat susu.
T___________________T

Tang yang ni Mummy JELOUS tau!!!.
JELOUS SANGAT-SANGAT.

Haha.


Notalipscumel:

Iman Raneeya memang suka bangun tengah malam atau dalam pukul 3 4 pagi. Lepas dia menyusu, dia tidak akan tidur terus tapi dia nak berbual-bual dulu dengan kita sampai dia terlelap.

Selasa, 19 Februari 2013

Hello 3rd trimester & get ready to pop mode is on bebeh!

Application yang ado kat HP suami. Kan main detail apps tu dari I punya. Siap tulis nama penuh  lagi ok.  Haha. Tah siapa yang pregnant tah!

Trimester tiga sudah menjelma, maka makin kencanglah debaran di hati ini. Kalah debaran kencang time nak angkat nikah dulu weh. Kahkahkah. Time angkat nikah dulu mekap lawo-lawo, so mekap dapatlah juga kaberline debaran tu sikit. Ni nak bersalin tak sempat nak mekap-mekap oi, siap tunggang terbalik doa bila dah sakit terlampau, mahu tak debornye hati ini.

Ye, betul kata awak tu Encik Suami,  dah pernah bersalin pun takut lagi tah apa-apa tah. 

Tapi, bahagian sakit bersalin ni lain-lain sayang oi. Tak semua sama dengan yang pertama. Mana tahu yang kali kedua ni I tak bersalin normal ke, hadap sakit contraction lama ke, mana nak tahu dapat dugaan yang lagi maha hebat? Kerja Tuhan kan, tak siapa yang tahu?

Kalau ikut pregnant yang pertama dulu, time ni I dah mula minum air zam-zam dah sebab time tu ada Makcik bagi bila dia balik dari umrah. Siap campur air masak lagi kalau-kalau air zam-zam dah nak habis. Tapi this time, mungkin I kena tunggu 3 4 minggu lagi kot sebab bulan Mac ni ada sorang lagi makcik  baru nak pergi umrah. Tunggu dia balik nanti lah baru dapat merasa kot air zam-zam pure dari Mekah. Kalau takde juga, terpaksalah pergi mencari air zam-zam di mana-mana kedai berhampiran.

Semalam, pi google to do list for 3rd trimester. Maka, terjumpa lah bendalah ini. So, meh la check mana-mana yang I dah patut buat dan akan buat nanti.

3rd Trimester To-do-list.

Weeks 28-32
[x] Babyproof house
[/] Start fetal kick counts - yeps, dah mula kira dah. =)
[x] Prepare birth plan
[x] Baby shower - dah second baby, tak payah lah nak gegatal berbaby shower dah ;p
[x] Send thank-you notes for gifts (start one week after shower)
[x] Cook and freeze meals for after delivery
[/] Start childbirth class - dah pergi 1st class kat KK Mantin.
[/] Doctor visits (two this month)
[/] Milestone: Others feel baby move?

Tambahan dari I sendiri:
[ ] Basuh baju baby
[ ] Cari & tambah baju baby
[ ] Ubah posisi katil sebab lepas ni tak boleh buat kerja berat dah
[ ] Basuh langsir dan simpan untuk raya nanti
[ ] Tempah speck baru
[ ] Akan ditambah lagi dari masa ke semasa

Weeks 32-36
[ ] Buy any baby items still needed
[ ] Prepare all baby first aid and emergency items
[ ] Print and fill out emergency sheets
[ ] Get a low-maintenance haircut
[ ] Finish painting nursery
[ ] Get car seat inspected
[ ] Pack hospital bag
[ ] Contact local cord blood bank if interested in donating
[ ] Find out what screening tests your hospital routinely gives newborns
[ ] Speak with doctor about any additional tests you'd like run
[ ] Doctor visits (two this month)
[ ] Group B strep test (week 35-37)
[ ] Milestone: Last day of work
[ ] Milestone: Last week to fly safely (week 35)

Weeks 36-delivery
[ ] Doctor visits (weekly until delivery)
[ ] Non-stress test
[ ] Biophysical profile

Sumber.

Jumaat, 15 Februari 2013

Ten.


I ni takde lah layan sangat cerita Korea melainkan heroin dia ada iras-iras I, baru I layan.
Kahkahkah. Bajet muka Korean sanngggggatttt! *TDDMKA

Tapi sejak asyik dikejar oleh orang Astro sebab diorang suruh bertukar ke Beyond, lalu I pun layankan je lah tukar ke Beyond juga sebab nak uptodate macam orang lain kennnnn, lalu terlayanlah siaran HD XX apekebendetah yang suami dok layan lalu terjatuh cinta dengan cerita ini.

Eh orang Astro ni kan, I dah tukar Beyond pun ko telefon juga lagi. Tampa kang! Saje je la tu nak dengar I naik-naik suara.

Berbalik pada topik tadi, cerita ni tentang penyiasatan ala-ala CSI tu tapi version Korea lah. Yang pasti hero dia yang good looking tu telah mencuri hati  untuk terus merisik-risik lagi tentang drama ini.  Nantilah kau ye, I dah tahu siaran sebetulnye nanti, memang I add to feveret terus dah la lepas ni.

Encik suami, sila bagi laluan kat I ok. Terima kasih.
=)

Rabu, 13 Februari 2013

Bebelan Dakpink. #9

1. Gemuk

KA: Gemuknya Ain tu Sem!

B: KA cakap awak gemuk Yang. Haha.
A: Kuang Asam punya KA. Wife dia tu slim sangat ke?
B: Tak pun. Gemuk chubby2 jugak.

A: Dah tu sibuk orang gemuk apasal? Gemuk-gemuk I cutting model tau. Kau hado?
B: Erkkkk, cutting model celah manenye?

A: Awak apa tau. Plus size model cutting macam I ni lah!
B: Apa-apa je lah Yang. Yang penting, gemuk awak lahirkan baby untuk I. Thank you Yang. Bukan semua orang dapat merasa gemuk macam you ni. Bersyukurlah, you gemuk penah rasa, kurus meleding pun penah merasa. Tuhan bagi awak rasa semuanya.

A: Sebab awaklah aku gemuk macam ni!*sentap
 B: Ark ark ark


2. 14 Februari

Hmm, dari hari tu terfikir-fikir macam ada sesuatu je di tarikh 14 Februari. Eh, bukan belentino day tu. Ni lain. Macam ada sesuatu ye yang patut diingat untuk dikenang-kenangkan. Setelah puas-puas fikir dan godek-godek post dalam blog yang lepas-lepas, rupanya, 14 Februari adalah ini.


Haha. Tarikh pertunangan sendiri, 14 Februari 2010.
Ampun to myself sebab banyak nau benda yang difikir, sampai terlupa tarikh tunang sendiri pun lupa dah.

14 Februari ni juga akan minum air gula untuk kali kedua dan cucuk kancing gigi. Harap-harap tekanan darah dan gula ok lah lepas ni. Malas betul nak pergi klinik sokmo.  =)


3. Preparation for 2nd baby?

Dari minggu ke minggu cakap kat diri nak basuh baju Iman Raneeya yang dah tersimpan dalam kotak untuk adik dia. Untuk 2nd baby ni mungkin tak beli banyak baju kot. Barang lain je lah yang beli baru. Baju, guna je baju kakak dia dulu. Banyak yang masih elok. Kalau yang keluar lelaki, nasiblah pakai  baju kakak yang pink-pink tu. Haha. Campur dengan baju yang Kak Ju bagi, dan baju Arif Daniyal dari Ikin nanti, cukup kot baju-baju untuk 2nd baby. Alah, baby cepat besar. Kalau tak muat nanti, baru kita beli yang baru. Kita jimat kat baju, tapi kita belanja lebih tok yang lain ye my 2nd baby.


Tapi tulah, asyik cakap je nak basuh tapi tak buat-buat. Nak menonggeng cari kotak bawah katil pun malas, apatah nak membasuh pulak.

Minggu ni dah 7 bulan, 3rd trimester!
Kalau maleh juga nak  buat this week, alamatnya, memang lepas ni Suami tercinta je lah yang kena tolong buatkan sebab badan dah makin tak larat. Time tu kena tutup mata je lah tengok suami curah sabun semangkuk, sebesen pelembut kain dalam mesin basuh dan air mesin melambak-lambak kat simen. Mata juga kena buat-buat tak nampak kalau ampai kain tu bersimpang siur sidaian kainnya. Haha.

Haishhh Ain, pleaslah jangan sakitkan mata sendiri. Minggu ni sila rajinkan diri buat ye. Baru puas hati.
Mode rajin, sila kemariii!



Jumaat, 8 Februari 2013

I'm counting to turns 2 lah!


Aye shang yayamm 
shuuuu wot kokoi ime
Nya ngun gi ..... unge
............ nanam koyyyam
tik wowolor yayam etas
cik baaaaaaaaa ba tuhhhhh.......
cik nah we eyit eyit

Lagu air pasang dalam versi Iman Raneeya pelat.  Bila dia menyanyi bersungguh-sungguh dia akan cuba sebut semua perkataan sambil lubang hidung kembang-kempis. Haha.

Yang mana ada tempat kosong tu dia akan kumat- kamit mulut je sambil pandang kita minta tolong sambungkan. Mungkin sebab dia tak ingat kot nak sebut macam mana. 

Bila dia dah pandai cakap ni walaupun kadangkala tak clear butirnya, rasa masa berlalu cepat sangat. Lupa terus ragam, demam, susah senang, sakit segala yang dihadap  ketika nak membesarkannya. Terus juga lupa yang dulunya I ni  terkontang-kanting segala belajar  cara nak membela seorang anak. =,)

Sekarang ni, rasa macam nak menitik air mata je bila melihat setiap perkembangan anak dari  hari ke hari yang semakin bertambah. Tu baru pandai nyanyi pelat tu. Kalau terima ijazah ke kahwin ke nanti, mau banjir kot Mummynya. Haha. Mummy kan Ratu Airmata ;p Macam ni lah juga agaknya perasaan ibu I dulu kot melihat setiap perkembangan i di setiap waktu.

Selain daripada nyanyi pelat, sekarang ni Iman Raneeya dah pandai baca satu due tiga dengan nombor sembilan selalu tertinggal. Slang dia baca adalah slang Peghak. Ate manenye dia belajar  tah sebut satu, duwe, tige, ampat, meme, nanam, jujuh, apan, lan, uluh  dalam loghat Peghak tah. One two three lak, ada part-part yang dia suruh kita sebut then dia sambung, kemudiah seven eight nine ten dia baca laju-laju. 

ABC, dia hafal sampai D je, masih memerlukan bantuan kita sebut then dia ikut. Alif ba ta, dia jadi tukang sambung. Contoh, kita sebut alif, dia sebut ba. Kita sebut ta, dia sebut sa. Haha. Pelan-pelan lah Iman. Belajar ni bukan sehari dua. Yang pasti, tiap-tiap pagi on the way nak pergi kerja ikut mummy mesti muka minah kecik ni kelat je sebab kena  baca, 1 2 3, one two three, a b c dan alif ba ta sepanjang jalan. ;p

Baru-baru ni, I ternaik suara kat suami, dia boleh sound, Mummy angannnn ayyah Dedi! Kan main,  back up bapak ko ea. Lepas tu, apa kita cakap dia suka ikut or sebut balik. Contoh kalau dalam kereta, bila traffic light warna hijau, I akan cakap, B, jalan B. Dan dia pun akan sebut, B ayyan B! Haha. Nak jugak panggil B tu ;p  So, untuk selamat, depan dia, I panggil suami Daddy je. 

Hmmm, 
lagi dua bulan plus plus je nak dua tahun dah kamu Iman Raneeya. 
Lagi dua bulan juga Daddy dah nak masuk 30. 
Mummy pun lagi dua bulan plus plus juga nak get ready to pop!. 
Haha.

Oh masa, kamu  bergerak sangat laju!


Khamis, 7 Februari 2013

Berbudi pada susu: Dutch Lady!

I tak tahulah orang lain, tapi I kan baru kan tahu kan, kalau kita berbudi pada Dutch Lady, boleh redeem hadiah uolss. Haha.

Kesian, dah bertahun membeli susu Dutch Lady, baru sekarang mendapat tahu tentang perkara itu. Tu pun nasib baik, blogger ni sharing the info. Kalau tidak, sampai bila-bila lah, keroje I hanya membeli susu, masukkan dalam bekas, then plastik tu I buang gitu jelah. Sampah kan, takkan nak simpan-simpan lak.

Untuk redeem, uols boleh pergi register kat SINI

Then follow lah step-step yang ado kat situ.


I takde lah redeem lagi pun sebab baru tahu kan, so baru sibuk nak kumpul kod bar  tu lah lepas ni. Tapi kat laman sesawang tu ada dinyatakan cara nak redeem. So, pandai-pandai lah follow step yang dia suruh.


Setiap kod  bar berlainan points. So ikut suka uols lah beli pakej yang mana untuk dapat point sebanyak mungkin. Cara nak post dengan selamat pun dia siap beritahu ok bagi membantu peluang anda tidak terlepas untuk meredeem hadiah. Baguih baguih!

Ni antara hadiah anak yang uols boleh redeem. Antaranya je lah. Nak tengok yang lelain, sila pi register, lepas tu tengok lah dengan mata sendiri. Kahkahkah.

Kalau-kalau rasa dengki dengan anak sendiri taknak redeem hadiah untuk anak, makpak pun boleh redeem untuk diri sendiri juga. Ada juga hadiah lain seperti gambar di atas dan voucher menarik untuk dikongsikan. Eh, nak redeem susu Dutch Lady pun boleh juga kalau rasa nak jimat belanja ;p

Ok dah.
Sekian post untuk hari ini.

Psssst, my 3rd trimester is coming uols!
Dupdapdupdap hati ahkakkkkkk dibuatnya.

Selasa, 5 Februari 2013

Bighah!


Me: Tah apa-apa pesen tah rambut diorang ni. *tengok majalah
Him: Camtulah baru cool. Tengok rambut I sekarang. Sikat tepi. Fesyen ok! Ramai buat dah macam ni.

Me: Fesyen lah sangat. For me, botak lagi cool. Botak is sexy tau. Tak payah bazir-bazir beli gel. Tak payah susah-susah nak sikat.  Ni tengok ni, rambut tocang-tocang macam lipan, lagi tah apa-apa.
Him: Haha. Tu dreadlock! I dulu pun penah buat rambut macam ni tau.

Me: Betul ke? You buat kat mana?
Him: Alah, dulu girlfriend yang tolong buat kan.Dia ikat-ikat, simpul-simpul, belai-belai.......

Me: Oi oi oi, kan main BIGHAH ea girlfriend awak tu sampai ke rambut-rambut nak tolong tocang-tocang kan!
Him: Kahkahkahkah. Bighah? You ni Yang. I pun tak pernah guna perkataan-perkataan macam tu tau kat EX EX you. Kahkahkahkah. Marah sangat ni.

Me: EX EX jangan sebut ea. Kang aku lempang kang!
Him: Kahkahkahkah. Eh Yang, bighah tu apa ea?

Me: La, beriya gelak, ingat tau. Nak tahu sangat, pi google. Kot ada lah maknanya.


Hahaha.
Semoga berjaya suami!



Isnin, 4 Februari 2013

Berubah dan berurut. Eh?

Weekeend yang berlalu semalam, tak buat apa-apa, tak pergi ke mana-mana. Niat kat hati konon nak basuh baju baby Iman Raneeya yang lama-lama sementara badan masih larat ni, tapi hmmm, ke laut terus. Lagi senang duduk bersenang-lenang bagi badan rehat dari membuat kerja rumah. Haha.

Ahadnya pula, boleh pula tiga beranak ni bantai tido dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 3.00 petang. Bangun-bangun je perut rasa lapar, terus laju-laju masak untuk isi perut. Dasar mak buyung pemalas!

Ok, berbalik kepada tajuk, motif utama tulis post ni adalah tertarik dengan post yang dishare tajuk berubah tu. Yeps, berubah itu payah sangat kalau takde disiplin. Nak buat benda baik kan, susah, banyak syaiton yang menghasut. Lagi-lagi kalau hati tu dah itam legam. ;p Tapi kalo tang benda jahat, laju je tak payah tunggu-tunggu.

Hari Sabtu pagi hari tu pun, bila pergi berurut, Kakak yang tukang urut tu beriya bercerita tentang program agama dia. Siap pelawa untuk turut sama. Tapi, kita yang JAGHANG pergi program-program gitewww kan, macam-macam alasan lah yang dibagi, untuk tolak pelawaan secara baik.

Insya Allah kak, moga dibukakan lah pintu hati ini ke arah itu. Apapun, saya tertarik dengan kata-kata kakak tu yang diucap secara lembut tapi menusuk:

Orang alim ulama yang beramal tiap haritu tu pun belum tentu  Allah s.wt. diterima solatnya, amalnya, inikan pula kita, yang hanya buat yang wajib, itupun ada kala tertinggal, terbabas,  tidak selengkap mana.

Haishh, terasa kerdil diri ini sungguh!

Berubah.

Berubah itu payah,
Bila niat bukan kerana Allah,
Bila hati masih gundah,
Bila syaitan membisik mudah,

Berubah itu payah,
Bila diri masih tak tabah,
Bila hati mudah berubah,
Bila manusia memandang rendah,

Berubah itu payah,
Bukan semudah berkata madah,
Tapi sejauhmana kaki melangkah,
Sekuat mana mengekalkan istiqamah,

Berubah itu payah,
Bila diri dikawal amarah,
Nafsu membara dengan mudah,
Kelak diri makin parah,

Berubah itu payah,
Bila manusia tak henti menyalah,
Bila teman sudah tak kisah,
Bila teman disisi tiada sudah,

Berubah itu payah,
Namun segalanya tak susah,
Mudah bila kerana Allah,
Mudah bila kena pada kaedah,

Berubahlah walaupun payah,
Walau manusia sudah tak endah,
Walau masa silam selalu menerjah,
Kerana ajal dijangka susah,
Takut bila tak sempat berubah,
Kelak akhirat merana tak sudah,

Berubahlah,
Segalanya pasti indah,
Jika ikhlas kerana Allah,
Segalanya punya hikmah,

Berubahlah,
Jika tidak dirimu parah,
Kelak menyesal tak sudah,
Jangan menyerah bila susah berubah,
Kepada-Nya kita berserah,
Di akhirat moga dikurnia Jannah.

InshaAllah ♥

Sumber.