Khamis, 27 September 2012

17 bulan.

Pejam celik pejam celik,
Eh,
Dah 17 bulan dah Iman Raneeya?
=)
Kejapan je dia bertambah bulan sampai Mummy dah tak terkira dah.
Kejapan je dia dah meninggi sampai seluar semua dah jadi 3 quarter.
Kejapan je dia dah pandai bercakap mulut hai asik lah berleter saja.
I letak gambar ni last. Tapi apasal tah, dia jadi yang 1st? Almaklomlah, dashboard baru kenn?

Iman Raneeya time dia cari mood nak tidur. Segala posisi akan keluar time ni sampai lah dia terlelap dengan sendiri. Kadang-kadang, kaki dia siap naik ke muka kita, kat perut pun sama.

3 of us! Insya  Allah, kalau ada rezeki, nanti jadi  berempat pulak. ;)

Like Mummy, like daughtry. Eh, daughter!

Anak Daddy. Sikit-sikit dad dy, bangun tidur panggil dad dy, kena marah pun lari kat dad dy. Tengok ikan pun nak dengan dad dy jugak.

Kadang-kadang orang confius Iman Raneeya lelaki ke perempuan. Haha. Dah lah rambut tak panjang-panjang, suara lak besar kan main macam jantan.


Happy 17 months sayang.
Semoga terus membesar dengan sihat, cemerlang, gemilang dan terbilang. Eh?
;p

Isnin, 24 September 2012

Tajuk lagu kat blog?

Cinta mereka sampai syurga. Amin

Eh, sebelum tu, kalau ada sesiapa yang sakit telinga bila  buka blog ni disebabkan lagu yang I letak, hehe, ampunnnn ya bapak-bapak dan ibuk-ibuk. Korang mute kan lah volume pc ye kalau takmo dengar.

Back to the post tittle,
Ramai yang tanya kat I sebelum ni, tajuk apa lagu yang i letak kat blog tu. Tapi tak pernahnya lah I nak hafal tajuk nye sebab I tahu nyanyi tapi tajuk tak  berapa nak ingat. I suruh diaorang  yang nak tahu tu google lirik sendiri je kalau nak tahu. Boleh camtu?
Kahkahkah.

Lagu tu, i dengar time tengok TV3 slot cerekarama, drama Perempuan Neraka dulu. Ala, cerita yang pasal Sherrie Melis guna-gunakan suami dia tu. Kan main sedap makan hasil duit suami tapi layanan kat suami macam kucing kurap je dibuatnya.

Time dengar tu rasa best pula,  terus google lirik, dan dan tu juga tahu lagu ni nyanyian Wali  Band.

Bila dengar lagu ni kan, automatik kan, I akan terbayangkan muka-muka orang kat atas ni.
=)
Mereka yang sentiasa bersama dengan I ketika i gembira, bersedih, menangis, mereka sentiasa ada.
Sebab tu lah i suka lagu ni. Dan lagu ni pun memang I tujukan kat diorang.  Tuhan tolong aku, tolong jaga dia Tuhan aku sayang dia!


 Wali Band – Doaku Untukmu Sayang 

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia



Jumaat, 21 September 2012

Tukar baru, pling!


Antara salah satu faktor orang malas update blog sekarang ni, mungkin sebab layout dashboard blogger yang baru ni kot?
Kan?

Haishh, tungguhlah segalah mual loya kejadah semua ni hilang dulu,
barulah i study mendalah ni.

Rabu, 19 September 2012

Oh masa, dia semakin membesar!


Clear batu disepakknya!


Main tanah


Iman Raneeya!!!!


Shuhhhhhh! *lempar batu


Iten (chicken)


Ushar line


Shuhhhh lagi


IR: Iten mam. (Chicken mam = makan)


Tiktik = Itik

Lokasi: Kampung halaman Mummy.

Isnin, 17 September 2012

Suratan atau kebetulan?

September, 2010

Doctor: Bila tarikh 1st day last period?
Me: 5 Ogos
Doctor: Are you sure?
Me: Ye. Saya sure sangat2 sebab 5 Ogos tu saya pergi Vietnam. Touched down je period, terus tak boleh buat apa dah during honyemoon. *ha, amek kau nak tahu sangat kan! =p
Doctor: Oo, ok. So, your due date will be on 12th May, 2011.
Me: Oo, baby lahir sama date dengan birthday I lah kalau macam tu.
Doctor: Ok lah tu. Boleh celebrate birthday sama-sama. =)

Tapi....
Takpun.
Iman Raneeya lahir awal, 27 April, dia keluar dah.
;p


September, 2012

Doctor: Bila tarikh 1st day last period?
Me: 5 Ogos
Doctor: Are you sure?
Me: Ye. Saya ada catat.
Doctor: Oo, ok. So, dah tahu dah bila tarikh you akan bersalin?
Me: Ikut saya kira-kira sendiri, mungkin early May lah nanti.
Doctor: Ok, jom kita kira untuk tahu tarikh yang betul. Hmmmm, so, your baby akan keluar pada 12 May 2013.
Me: Ooooo. *again!


Apapun, kita tunggu dan lihat je lah ye.
Semoga dengan izinNya, moga ada rezeki kami untuk anak yang kedua.
Semoga dengan izinNya juga, semuanya kan baik-baik sahaja sepanjang 9 bulan yang kedua ini.
Insya-Allah.
=)


Khamis, 13 September 2012

Isnin, 10 September 2012

Reezqy Syawal!



"Apa yang kita nak selalu tak dapat, tapi bila kita taknak, terus mendapat pula"

Ha,
korang selalu tak berada dalam keadaan macam ni.
;p

Dulu, masa bercinta, kalau nak orang itu, mesti tak dapat. Tuhan datangkan yang lain pula.
Tapi I terima dengan pasrah dan redha je la sebab I tahu, Tuhan lebih mengetahui segalanya. Perancangan dia adalah yang terbaik untuk kita.
Kan?

Macam tu juga lah situasi I sekarang ni.

Since Iman Raneeya dah setahun, i & husband dah start mengharap untuk dapat baby kedua dan harapan menggunung untuk dapat baby boy. Kami dah mula berusaha bersungguh-sungguh. Kahkahkah.

Pantang period lambat 2 3 hari, mula lah I gelabah berkejar beli pregnancy test 3 4 keping. Dari harga yang murah sampai harga yang mahal konon nak dapatkan yang accurate. Feeling nak prengnant tu masih macam yang pertama dulu juga. Excited terlebih!

Sampai satu tahap, bila asyik takda je dan result terang dan jelas 1 line, husband i cakap, Udah lah tu yang. Habis duit je beli prengnancy test tu! Buka ada pun. Belum time Tuhan nak bagi lagi tu. Dia nak kita bagi perhatian penuh kat Iman kot. Kalo kira duit tu, dah beratus awal beli dah.

T__________T

Kecewa tu toksah cakap lah kan. Memang down sangat bila tengok result. Lagi bertambah kecewa bila dua 3 orang rakan blogger pregnant. Tu belum masuk dengan soalan-soalan dari orang tua termasuk makpak I menanya bila nak menambah lagi. Lagilah double triple downnya. Tapi I tetap pujuk hati sendiri je lah. Belum rezeki I lagi kot. Positif positif positif walaupun hakikatnyaaaa Tuhan saja yang tahu!


Then, baru-baru ni time raya, I rasa pelik lain macam je. Antara perkara pelik itu:

1. I bukan lah pemakan biskut raya, tapi semua rumah orang yang I pergi beraya, sardin je muka I melantak biskut raya tak hingat. Jadi kan main suka lak biskut raya time tu. Siap kak rumah kak ipar, i suruh dia refill balik bekas yang dah kosong. Kat rumah mak mentua lak, biskut raya beli kat giant pun i boleh layan makan gitu. Haha.

2. Tang pening dan mual tak usah cerita lah. Memang selalu ada je sepanjang raya ni. Bila i mengadu kat husband dia cakap i drama je. Ngok betul kan? Sebab taknak melayan perasaan, I siap salahkan lens yang baru i pakai ni. Focus Point salah bagi power lens la tu, so i pening-pening je selalu. ;p

3. Girdle yang selalu I pakai tak mampu nak sorokkan perut langsung dah. Asek tersembul je kebuncitan. Lepas tu, rasa macam sesak nafas semacam je bila bergirdle. Penat ok nak tahan nafas control perut.

4. Masa nak buat makan-makan kat rumah haritu, bila angkat sofa, penat dia lain macam betul. Siap sakit kat bawah ari-ari. Lepas tu hati terdetik, kalau prengnant ni mampuih!

5. Ada satu hari tu, pergi pasar malam, bila husband tanya, nak air apa, laju je mulut jawab nak air kelapa, padahal sebelum sampai pasar malam, beriya-iya teringin nak minum air tebu. Baby bagi signal suruh tukar leteww.

6. Last week minggu yang busy terkejar-kejar dengan macam-macam benda. Siapa yang friend I kat FB, mesti perasan posting-posting I yang kan main beremosi. Haha. Lepas tu, time malam, suami siap tegur apasal I tidur sampai meleleh air liur macam orang penat kerja kuari je. Kahkahkahkah. Terus I malu dengan suami sendiri dah. ;p


Tapi tu lah, i malas nak layan dah rasa pelik-pelik ni sebab i tak nak kuciwa. Kang beriya, tapi takda, terus down sedih-sedih pula. Dah lah sedih-sedih dan down2 ni tak elok untuk kesuburan tau. So, bila sedar period dah lewat 3 4 hari untuk bulan ni, I buat sambil lewa je lah. Malas dah nak mengharap, nak eksaited bagai semua dah. Biarlah. Kalau ada, ada, kalau takda, usaha lagi.

Bila cerita kat adik, diorang pula yang eksaited terlebih siap nak pi belikan pregnancy test & nak buat kan test kan main. Over kan korang!

So dalam hujan lebat semalam, pergilah I membeli. I amek yang harga RM5 & RM10 je. Senang, kalau xda kang, xde lah kena sound membazir lagi kennnn? *jeling Azreen

Lepas tengok hasil test tu, terus I terkedu dah sambil berdebar-debar hati.
Dua line ok. Terang, jelas dan nyata lagi.
Alhamdulillah. Reezqy 22 Syawal. Confirm pregnant lah tu. Takkan dua line tak pregnant pula kan?
Alat test tu I tinggalkan dalam bilik air dengan harapan nak bagi surprise kat Azreen.

Sekali,
surprise tak menjadi pun sebab elok je Azreen keluar dari toilet dengan muka slumber dek,

Yang, ada dua line lah kat benda ni.
Dua line tu pregnant ke?
Awak betul-betul pregnant ke memain ni?


T_____________T

Sabor je lah kalau nak buat surprise dengan pakcik ni tau. Menyakitkan hati I je balik dengar pertanyaan dia.



Apapun, I rasa I memang confirm pregnant walopun tak pergi confirm kan dekat klinik. Doakan ye I dan baby selamat semuanya sebab since I ada history bleeding masa pregnant yang lepas, I dah seram dah bila mikir kan kalau ia berulang balik. Seram ok nak dok hospital, nak mengadap doktor, lepas tu kena godok dengan mulut itik semua tu. Tapi perut I memang sakit je ni. Sakit yang macam sengugut period tu.

Haishhh.
Moga-moga takdalah berulang ye.
Amin.


Ok lah tu je.
Apapun, mode morning sickness is on baby!
x______x



Notalipscumel:

To kawan-kawan TTC, jangan rasa down atau sedih ye baca posting I ni.
Ingat satu ni je, perancangan Allah s.w.t tu adalah yang terbaik untuk kita sebab Dia Maha Mengetahui segalanya. Selagi berdaya, berusaha hingga jaya. Kalau kita positif, resultnya pun pasti positif. Tahu?


Rabu, 5 September 2012

Rabu Tanpa Kata. #14




Perkara paling rindu nak dibuat bila sudah berkahwin,
gedik bergambar bersama sistas!

Haishh.

Eh,
adik beradik i 4 orang, tapi yang lelaki seorang tu idok le gemor berkelakuan begini.
;p

Isnin, 3 September 2012

Oh Iman Raneeya!


Sambil duduk di luar rumah dan menikmati cuti ganti Hari Merdeka, tunjuk buku kat Iman Raneeya.

Mummy: Ni apa?
Iman: Ayammmmm.
Mummy: Chicken lah Iman.
Iman: Ayammmmmmm.
Mummy: Ok.

Mummy: Ni pula apa Iman?
Iman: Chii cakk
*sambil goyang2 badan tanda geli
Mummy: Ok, clever girl.

Mummy: Ni? *gambar telur
Iman: Mamam
Mummy: T___T

Mummy: Ni? *gambar roti
Iman: Mamam
Mummy: T___T

Mummy: Ni?
Iman: Fiiiiiii ishhhhh
Mummy: Clever! Clap your hand clever girl.
Iman: *sengih bangga sambil tepuk tangan.

Mummy: Ok, next. Ni apa?
Iman: *tenung gambar sambi muka berkerut-kerut.
Mummy: Ni apa Iman Raneeya?
Iman: Shhhhhhh itttt!
Mummy: Erkkkk, shoe lah sayang.


Kahkahkah.
Main belasah je ko sebut ye Iman Raneeya!