Sabtu, 28 Ogos 2010

Vietnam: foods

antara gambar-gambar makanan yang sempat di snap time lawatan ke vietnam tuari,


rice paper


elephant eye fish *ikan ni pasti ado stiap kali time makan. erghh, dan2 kembang tekak


isi ikan di atas tadi dibungkus menggunakan rice paper bersama mihun, nenas dan salad.


setelah dibungkus, nilar hasilnya. huhu. dimakan dengan cara dicicah dengan sos yang rasanya masam2 masin. *tekak ai sgt xboleh terima makanan nih! mcm ulat beluncas tak?? =p



udang dicicah dengan asam limau yg dicampur asam boi


ubi kayu disajikan ketika kami melawat chu chi tunnel. ubi kayu makan bersama kacang tanah yg ditumbuk bersama garam dan gula. *makanan perang


buahan wajib di vietnam, tembikai & nenas!


ikan masak lomak cili padi. *rasa hout!


iklan: ben thanh crewz


satu-satunya makan yg ai suka kat vietnam. =) cherry. sodap tapi mahal. singgit tok sebiji kecik tu.

iklan lagi: lubang tok masuk ke terowong yg digunakan oleh vietkong ketika perang vietnam menentang amerika. *xcelus ai masuk sbb salah teknik. masuk montot dulu, mana nak muat =p
indian food, kari, dal & etc. tetap xboleh terima rasanya. cuba gak telan, tapi keluar balik.

sambal udang. ni lauk 1st day kami sampai. sedap & boleh tahan la.

ikan mulut besar yang digoreng bersama cili padi.

tomyam vietnam, tapi xsesedap tomyam siam. haha.
notalipscumel:
selain jarak perjalanan yang jauh untuk ke tempat lawatan dengan menaiki bas henjut2 dan jalan berliku2, makanan juga adalah faktor yang buat ai muntah2. so, ai tak pegnen ye uols seperti yang digembar-gemburkan. =p

Khamis, 26 Ogos 2010

Dosa gugur apabila suami isteri bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:
"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya. Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami."

Selasa, 24 Ogos 2010

Sebulan yang dah berlalu.

wikdays,
bangun sahur, tdo jap, bangun mandi + solat, g kerja, 4.30 gegas beli barang, masak, solat asar, hidang tok berbuka, solat maghrib, basuh baju/lipat baju, iron baju, on9 kalo rajin, solat isyak, tdo. bsoknya, bangun sahur, tdo jap then ulang rutin yang hampir sama setiap hari.

wiken,
sabtu~ bangun sahur, solat & tdo jap, operasi kemas rumah, selak2 nota kuliah, g kelas, duduk ontok2 kat kelas, berbuka di unibesti, balik rumah, tdo.

ahad~ bangun sahur, solat & tdo jap, kalot2 iron baju tok gi clas, siap2 g kelas pagi smpai la petang. then gegas2 balik rumah, masak, berbuka, maghrib, tgok tibi, isyak, terlelap, terjage iron baju, sambung tdo balik.

motip??dah sebulan ai jadi isteri orang oke, dengan adonyo tanggungjawab tergalas di bahu. ai cuba galas ianya sebaik mungkin.

to my hubby,
hepi enibeseri sebulan. ai minta ampun da maaf andai sebulan ini, ai masih belum jadik isteri yang sempurna lagi. ai masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. papepun, ai akan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari. kita cuba ye?

to abah,
ampun sangat2. sehingga 13 ramadhan ini, ai memang xpenah sekali pun lagi gi terawih. ampunkan AJ juga sebab kaberline ngate ai pegi kadang2. anakmu ini selalu pengsan dekat2 nak isyak, then tejage semula lepas pkul sembilan. sgt letih! papepun, ai akan cuba juga pakse diri tok gi terawih. takan ku biarkan ramadhan tahun ini kosong tanpa tarawih. *promise

to myself,
caiyok2 dan takan berhenti mencuba. =)
akan cuba pakse diri tok buat kerja tertangguh itu & akan cuba pakse diri sampai muntah tok setelkan esaimen.
dan juga, ai perlu cari bitamin tok menambah tenaga. siyes, sgt tak larat menjadi2, dan ia menjadikan ai malas. since ai tak pernah makan bitamin, akan cuba google tok cari bitamin yg sesuai.

notalipscumel:

1. cuba cari masa ai study kat mana? =p
2. myheart tak sihat & EL harini di rumah dan ai pula kat opis keje. bole?

Khamis, 19 Ogos 2010

9 Ramadhan

sudah 9 Ramadhan, bermakna sudah 9 hari umat Islam berpuasa.
dan selama 9 hari ini, Alhamdulillah, masih dapat berpuasa penuh bersama si dea. =)
kenikmatan berpuasa bertambah bila time berbuka
dengan pelbagai hidangan tersedia.


9 Ramadhan ~ juadah berbuka dari PARAM. =p *jari-jemari si dea berinai 3 yg makin pudar

8 Ramadhan ~ beli di PARAM je. *mode malas masak dah tiba


7 Ramadhan ~ berbuka juadah dengan hidangan yang dimasak sendiri. lihat! ada tempe. 3 hari mencari, hari ketujuh berpuasa baru dapat merasa. masak sendiri tempe tu oke!


6 Ramadhan ~ tukar angin. berbuka di Pizza Hut Jusco Seremban 2. Bez!

5 Ramadhan ~ berbuka bersama keluarga mentua. *tiada gambar


4 Ramadhan ~ berbuka di UPM.

3 & 2 Ramadhan ~ berbuka di rumah. AJ request daging masak merah. laju2 msg kokin mintak resipi. =p 1st time masak sendiri tok AJ di rumah sendiri. haha. dupdapdupdap taw! takot rasa tah pape. tp syukur, AJ makan & ckp sedap. =) *cuak punye pasal terus xde gambo

1 Ramadhan ~ berbuka di rumah mentua *tiada gambo


menu hari pertama bersahur.

notalipscumel:
10 Ramadhan akan berbuka bersama keluarga di melaka. yey! perlu beli kek untuk meraikan besday ibu. huhu. kita sambut awal ye ibu, sebab ahad ai ado class. xdpt nak celebrate sesame.

Selasa, 17 Ogos 2010

Haish, jangan la macam-macam

tak tentu rasa sekarang ni.
haish!
mungkin kah peralihan hormon?
atau disebabkan ai nak demam?
atau segalah penatlelah beberapa minggu lepas baru terasa sekarang ni?
takpun,
penat dengan kehidupan baru ni? almaklumlah, masih cuba untuk membiasakan diri.

melihat kepada bintik2 merah di muka, terus ai ckp kat AJ, mebi nak redflag kot.
dan AJ menjawab, tah berapa kali nak redflag la agaknye awak ni.

haha.

yang pasti,
mood malas merajai diri. dan, asek mau tdo & rasa nak muntah sajo la.

adoai,
jangan la macam-macam di bulan ramadhan ini!

notalipscumel:
balik kang nak beli air 100plus. elok minum tok elak demam + tok tambah tenaga.

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam ramadhan 1431H

selamat menjalani ibadah puasa untuk semua.


psst: 1st time berpuasa dengan adanya seorang lelaki asing di rumah =)

Selasa, 10 Ogos 2010

Vietnam: apa kata survey??????


pix: muka xbole terima makanan kat sana

v i e t n a m

syurga untuk mereka yang gila soping. suma ada. kain ela, baju, peralatan rumah, peralatan sukan, bagpack, sebut je. suma ada depan mata & boleh dapat dengan harga yang berpatutan. katak yang disiang secara real depan mata pun ado juga. =p
uols hanya perlu sediakan duit, pandai bargain, dptlah barang yang dihajati. murah-murah. dorang siap tarik2 ko lagi tok beli barang dorang.

tagline soping di sana: abang, kakak, murah-murah! *sila sebut dlm nada selembut mungkin.

tok lelaki, sila berjaga-jaga sebab takot lak di offer ayat ini: u want to folo me?
haha. si AJ dpt offer ni & siap gegel skejap sbb terkojot. ark ark ark.

tapi,

bab makanan, ai surrender awal2. ai memang kenot gi dgn masakan dorang even halal food masak stail masakan mesia. sbb makanan la ai loya manjang je kat sana. euwwww. loya sebab makanan ye, bukan loya sebab ngandong. redflag uols, nak ngandong hapenye.

sekian, nnt2 tulis lagi. kesan loya masih terasa.

Isnin, 9 Ogos 2010

Big thanks =)


syukur, alhamdulillah. kedua-dua majlis telah selesai. *hembus nafas lega. terima kasih tuhan. =,) untuk setiap bahagia yang dikurniakan. *hati sayu.
terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua yang telah bersusah-payah mengerah tenaga tok majlis besar ai.

kepada ibu abah, mak abah, mak, adikbradiks, makcik & pakcik sedara, sepupu sepapat serta orang-orang kampung, terima kasih! hanya tuhan saja yang dapat membalas budi baik kamu semua.

kepada seponsor,
tqsm membantu meringankan beban ai. laf uols.

kepada orang itu, tqsm kerna telah mengcreate kad & menyumbang tenaga dan idea bagi majlis besar ai.

kepada rakan-rakan yang sudi hadir, terima kasih uols. kehadiran korang semua telah memeriahkan majlis dan buat ai senyum hingga ke telinga. kehadiran korang menyerikan lagi majelis.

kepada readzul,
sangat hepi dengan hasil kerja uols. terima kasih juta-jutaan kerana merealisasikan impian ai tok jadi princess & hilangkan troma mekap ai. =p sangat suka pelamin simple nikah ai & pelamin sanding. ramai yg puji baju sanding ai sgt gojes & cantik. =) puas hati juta-juta kali.

kepada jabbe,
korang mmg bez & hapening. hanya msg2 thru email, ckp2 sket thru fon, then bila jumpa cam da lamo kenal. senang bekerjagambo dgn uols. =) psstt2, xsabo nak tgok video. =p

kepada deancouture:
tq menjadikan majlis ai nampak klasik & tradisional. =) sgt suka baju hitam bunga emas itu. tang mekap ai tak boleh nak cakap pape, sbb itu atas permintaan mil & fil yang maukan mekap terang-terang & tanak lipstick pucat. so, ai ikotkan aja. yang penting ai hepi dan rasa cam puteri dlu-dlu ketika sanding.

kepada faruqstudio,
tq sudik melayan karenah akak ko ni. tak sabo nak nengok hasil gambonya nanti. siapkan cepat ea gambonye.

kepada pemberi hadiah,
terima kasih daun keladi, atas hadiah2 sumbangan seikhlas hati.

dan akhir sekali,

kepada semua,
ai bagi pihak keluarga mohon berjuta-juta ampun dan maaf di atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung. family ai hanya merancang untuk memberi yang terbaik tapi Tuhan yang menentukan. kalo ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, kalo ada silap dan salah, janganlah simpan dalam hati ye.

notalipscumels:

di ketika ini, ai asek la mengulang tengok gambo sepanjang majlis. sangat gumbira melihat memori time hari besar. rasa nak sanding lagi pun ade. haishhh... =p

Khamis, 5 Ogos 2010

Cik pink @ vietnam uolss!

huishh,
after 2jam dok dlm flight, dicampur dengan pening2 kaplo, telinga toing2 serta menikmati nasi bukhari air asia yg tak bez tu, maka, cik ain pun slamat la mendarat di saigon a.k.a vietnam city. =) syukur selamat sampai. sampai2 je terus dibawa melawat ke beberapa tempat. berpeluh2 ketiak melawat tmpt2 sejarah kat vietnam ni. cuaca sgt panas. jgn balik mesia nnt rentung sudah. mau kawan2 xdpt cam ai nnt. haha.

now,
kat dalam bilik hotel bersama AJ. ark ark ark. weols nginap kat hotel lavender ye. semua benda kat hotel ni purple. =p nsb baik hotel ado wifi, leh tenet2. tapi boleh blogging je la. fesbuking xleh.

papepun,
tungguuuuuu, gambor2 menarik dari vietnam ye uolss. opps, sebot pasal gamba, xsempat lagi nak select gambo2 encik jabbe. ampun pak, balik nnt ai select la ye.

till then. nnt2 ai blogging lagi. lupekan jap sumenye tentang malaysia. tata for now uols.

with love,
~ cik ain from ho chi minh city, vietnam. mmuah.

notalipscumel:
sesape yg anto msg tu, mahap zahir batin ye. ai xdpt nak rply. ai kedekut kredit. dua hengget ko kredit ai abes tok balas satu msg je. s