Khamis, 29 Julai 2010

24 Julai 2010: Im Mrs Azreen officially!


Alhamdulillah, setelah macam-macam perkara yang kita telah lalui, akhirnya, awak dah jadi saya punya. I
nsya-Allah, dengan izinnya, moga ikatan ini kekal selamanya, hingga ke syurga.

On your mark,



get set


Go!
Haha. And after that, I am Mrs. Azreen officially. Yey! Syukur. *senyum lebar-lebar sampai telinga.


Wajah-wajah happy dan sedih masa ibu kena baca penyerahan anak ='(


Menyerahkan duit hantaran, memakaikan mas kahwin dan menyarungkan cincin.


Manis, semanis merah jambu selepas diijabkabulkan!

Rabu, 28 Julai 2010

Tipikal malay haih.

bila tak kawen,
orang akan tanya,
~ bila nak kawen?
~ anak ko tu xde sape ke nak? tak kawen2, orang lain semua da beranak pinak.
~ apa la masalah anak ko tu tak kawen2.

bila tak juga kawen,
orang akan tanya lagi,
~ anak ko tu sakit kot, g bawa berubat, tak kawen2 lagi ni.
~ da terlanjur kot, tu yg tak kawen2 lagi.

dan,
bila da kawen,
buat majlis ikot citarasa sendiri, ikot keinginan sendiri,
orang tetap berkata juga,
ala, kawen nak menunjuk2 tu. *refer majlis ai

haishh,
mulut orang kan,
xboleh nak buat apa.
ikot suka korang la nak kata apa pun.

yang penting,
ai tak nyusahkan korang, tak minta duit korang, tak nyebok hal korang pun.

notalipscumel:
syukur, ai da selamat kawen da pun taw =p

Rabu, 21 Julai 2010

Tika ini dan saat itu.

Kamu,

saat pestime melihat kamu dalam kursus induksi dahulu,
hati berdetik,
ele, sangat poyo mamat itu, bajet cam bagus je ko kan!. *stetmen dengki
dan ada terasa juga,
kamu seperti selalu memerhatikan saya. *prasaan

saat digandingkan berdua menjadi emcee ketika induksi,
gigil saya terlebih-lebih,
bukahlah sebab anxiety disorder yang digembar-gemburkan,
tapi,
sebab debaran jantung yang dabeltriple kencang di saat kamu berdiri di sebelah. =p

saat melihat kamu dari belakang sewaktu selesai solat berjemaah dalam kursus BTN,
hati berdetik secara tiba-tiba,
kan bez kalo mamat baju melayu biru itu jadi suami. haha.
tapi, cepat-cepat hati istighfar semula bila memikirkan saya suda berboyafren di ketika itu.

saat kamu menjauhkan diri dari diri ini,
hati berkata-kata,
dah orang tanak kawan dengan kita, kita tak boleh paksa.

saat mendengar kamu telah menjadi tunangan orang,
hati tiada rasa,
tapi berbisik kepada Tuhan,
Ya Tuhan, kalau dia bukan jodohku, jauhkan dia dariku. jika dia sememangnya untukku, kau kembalikan dia kepadaku.

saat ditinggalkan sang boyafren, dan saat menatap gambar kenangan ketika dalam train,
air mata bercucuran sambil mulut mengucapkan,
sampai mati kamu bukan jodoh saya. tuhan jauhkan dia dari saya. *nak kata sedih tak sedih, tatau nak kata apa.saat rakan-rakan suka bercerita tentang kamu kepada saya,
hati pedih sedih,
bercampur-baur dengan rasa menyampah,
dan mulut berkata, saya tak suka kamu, *egois
takan suka kamu sampai bila-bila.

saat melihat kamu di gelanggang tempat bermain,
pura-pura tidak menyedari kamu,
tapi kalo ada kesempatan akan mencuri-curi pandang,
kemudian,
senyum diam-diam di dalam hati,
walaupun sedar kamu milik orang.

saat kamu menegur di suatu hari setelah bertahun tidak bertegur sapa,
hati hairan bin ajaib,
tapi berpura bagai tiada apa,
menerima kamu sekadar teman biasa.

saat semua cinta meninggalkan,
saat diri sudah hilang rasa untuk semua itu,
saat hilang keyakinan untuk setiap hari mendatang,
kamu datang menyelamatkan, mengurai segala kekusutan.
meminjamkan bahu dan tangan,
mendengar segala rintihan.

saat mulut mengatakan tiada rasa apa antara kita,
dalam hati,
sebenarnya,
ada cinta.

Tuhan mengapa sekarang, tidak dahulu,
satu jawapan yang ada,
Semua yang tuhan jadikan ada sebabnya.
Kun fa ya kun.
Kalau Tuhan nak ia jadi, ia jadi,
Kalau tak, ia takan jadi.
Kerja Tuhan,
tak siapa yang tahu.

Sabtu, 17 Julai 2010

Terima kasih centa.



Terima kasih centa,

1. untuk penantian satu penyiksaan itu.
2. untuk setiap keyakinan yang diberikan bagi memiliki separuh hati ini.
3. untuk setiap kesabaran menangani karenah dan ayat keramat itu.

dan terima kasih juga,

untuk segala bahagia hari ini dan seterusnya nanti.

1 4 3. tiada ragu.

Khamis, 15 Julai 2010

C o n f e s s i o n

ehem, ehem..
ada sesuatu yang ai nak bagi tau.
pengakuan jujur ikhlas dari hati.
ai tau, ai tak patut announce kat sini,
ai tau juga, ai akan malu kalo bagi tau,
tapi,
ai da fikir semasak-masaknya,
yang...
ai kene juga bagi tau,


ermmm,

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

^OO^ ---> menatang idong kembang

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ai kan,


tak sabor nak bersanding la.
=p =p =p *malu + blushing
kahkahkah.

notalipscumel:
1. perasaan itu datang setelah ai g fitting baju perantins uols. aura perantins suda sampai.
*haruslah lupakan sebentar hal-hal yang sarat-marat yang buat sakit pale otak.

2. mau segera pulang ke melaka utk menambahlebih lagi mood itu.

Rabu, 7 Julai 2010

Ya Allah!


Jangan suka-suka, nanti duka


orang tua-tua pesan: jangan suka-suka, nanti duka.

ha, suka2 lagi. kan da dapat setepek! terus jatuh terjelepok.

=/

dikala ini, dua benda je yang ada dalam kepala otak. satu, shopping. dua, pulau perhentian, pantai.

ai perlukan salah satu dari dua itu untuk recover. *ketap bibir tahan air mata dari gugur.

Selasa, 6 Julai 2010

4 tahun suda!

macam baru semalam je ai g lapor diri, then undur2 kete langgar divider kat bangunan atap merah tu,
macam baru semalam je ai dok celah rak kabinet Pendaftar tolong PA dia wat filing on my 2nd day,
macam baru semalam je ai terkelujat rasa nak nanges bila mengetahui sapa gerangan bos ai dan saat pertama bertentang mata,
macam baru semalam je ai kene marah dengan PA Dato' Seri Effendi Norwawi saat pestime mulakan tugas as a PA,
macam baru semalam je ai rasa cam nak balik rumah bila koyam suro gi amek smthing kat bilik kokin yang muka garang tu, =p
haish,
diam tak diam, sudah 4 tahun di sini.
dalam 4 tahun yang macam-macam jadi di sini,
syukur,
saya masih mampu menahan diri diri dari mencari rezki di tempat lain,
dan,
syukur,
kerna khidmat saya masih diperlukan di sini.

6 Julai 2006 - 6 Julai 2010

notalipscumel:
tahun keempat ai di sini, anugerah APC juga berjaya diraih. terima kasih kepada ketua jabatan kerana menghargai hasil kerja ai. =)

Isnin, 5 Julai 2010

18 hari lagi

semalam, majlis berkampung selamat diadakan. tamat dlm pkul 4 lebih. setel la segala perbincangan antara mereka. perbincangan banyak berkisarkan tentang perjalanan majlis, pembahagian kerja waktu majlis dan lain-lain perkara berkenaan majlis. wakil pihak lelaki pun ada, iaitu bakal FIL. =) ketika diskasyen, ai & AJ tak gi dengar pun. while AJ dok kat pangkin luar rumah, ai sebok wat iklan jalan 2 3 kali kat situ. hajat di hati nak g menempel dok skali dgn si AJ tu, tapi bile fikir suara halilintar macik2 ai yang menengah dok kat situ, ai lupakan la hasrat suci murni nak g dok lepak dgn AJ. dapat jalan depan AJ & jeling2 pun jadi lar. =p

haishh, diam tak diam, tinggal 18 hari je majlis besar akan berlangsung. hurmm, harap semuanya akan berjalan lancar la, insya-Allah. siyesly, ai tatau cemane nk describe perasaan ai skrg. oppsss, bukan skrg je, sebenarnya dari 2 bulan yg lepas ai da ada rasa ini. serba tak kena. tok tutup rasa itu, caranya ai makan banyak2. bila makan byk ai kenyang, so takan terkenang segala rasa yang bersarang di dada. =[ Jujurnya, ai mengaku kat sini, yg sememangnya ai STRESS dengan segala persiapan tok majlis besar. Stress dari segi mental, fizikal, financial dan lain-lain lagi. Cuma, ai ni bukan suka menunjuk2, =p so, stress itu ai simpan la dendiam.

oke, lupakan masalah stress ai itu sekejap, meh kita update tentang bunga telor majlis besar ai. ai sgt puas hati dengan design bunga telor. =) tengkiu makcik sbb realisasikan bunga telor orang dulu-dulu itu untuk majlis ai. sgt olskul. senyum meleret bila ai tengok bunga telor itu berulang kali & tak sia2 ai ngamok2 dengan cina jual manik itu sbb hasilnya berbaloi2. dan, FYI, bunga telor ai ado 3 jenis ye. ni semua ibu punye kerja sampai bunga telor ada 3 jenis 2 kaler.

malam sebelum berkampung, feeling2 pengantin suda ai rasa bila ai dipanggil oleh abah di depan pakcik2 & makcik ai. hehe. *blushing. malu je bila semua mata tertumpu kat ko menantikan jawapan untuk setiap pertanyaan sambil nonton game jerman vs argentina. =p

malam tadi pula ai sendu. =,( memikirkan saat abah melepaskan ai ke tangan lelaki asing bakal suami ai itu nanti. 27 tahun ai hidup ni, ada 2 orang lelaki je la yang berkongsi gembira dan sedih dan menjadi kekuatan+pelindung ai iaitu Abah & dikwan. Skrg, kekuatan & pelindung ai akan bertambah menjadi 3.

kesedihan ai juga bertambah bila memikirkan apa yang telah ai tempuh tok capai segalanya sebelulm ini. ye, ai perlu tutup buku itu. tapi, ai manusia biasa, mungkin luka itu dah sembuh, tapi parut tetap ada. sampai mati ai takan lupa.

adoaiai, sedih! stop nulis. jangan ai nanges sedu2 time majlis nanti suda! =p