Khamis, 29 April 2010

Kursus Kecemerlangan


walaupun penat, ai sgt seronok berada di sini. =)
ia kena dgn jiwa ai dan ia buat ai teruja.
flying fox, laluan berhalangan, panjat2, semuanya dilakukan di tempat tinggi. konfem kalo jatuh, patah riuk takpun mati. haha.
hanya permulaan sahaja ada sedikit gayat dengan ketinggian, tapi lama-lama, ai mula biasa dan tiada jeritan kedengaran untuk setiap halangan selepas itu. =p

teringat lagi ketika cubaan terbang musang kali pertama, ai sgt takot. ditambah pula dengan ketinggian, terus terkeluar soalan yg bukan2 dari mulut ai.

ai: kalo jatuh cemane?
instructor: tak jatuh. tali ni kuat.
ai: kalo jatuh ni mati tau.
instructor: tak. ia da diuji. berat 100kg pun konfem tak putus.
ai: kalo...
instructor: kak, anak gajah naik pun tak putus la nikan pulak akak. benda ni selamat la. *cam da hangen je.

ark ark ark.

weols mengambil pakej ini:

Big Thrill
This circuit consists of 23 thrilling challenges with various level of difficulty raging from “easy“ to “very difficult“. With some of the platforms reaching the height of 17 meters, feel the adrenaline while crossing the “Crazy Zig-Zag“ and flying on the “Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle. Hold your breath while crossing “The Earthquake“, test your ability to leap at the “Happy Hopper“ and end the adventure with the grand finale, the 100 meters “Wild Revenge“ which will take you to the finishing platform at an exhilarating speed.

Time to complete: 1.5 hours to 2 hours
Minimum height requirement: 1.4 m
Maximum weight: 100 kg

kalo nak cuba, sila pergi ke laman sesawang ini: skytrex

sgt seronok uols. kalo ade masa, nnt nak ajak dakpinkL pergi ke sana lagi. =)

oh, FYI, saya berkursus selama 3 hari.
salah satu slot adalah cabaran yang ai lalui ini. =)

notalipscumel:
1. byk perkara yang nak dibelog kan, tapi ai tado masa.
2. even ada sedih dalam hati, tapi alhamdulillah, byk aktiviti yang membuat ai lupa ia seketika.
3. ada acara istimewa sabtu ini. tak sabar!

Selasa, 27 April 2010

Bikin panas je kan

Dialog.
ai: sabtu ai nak keluar jap tau. u xpayah ikot.
dea: g mana? buat apa? napa xboleh ikot?
ai: nak g cari adiah besday u yang da tangguh2 akibat u asek nak ngekor ai ke mana je ai g la! *tertinggi sore sket =p
dea: k.

so, bagai terlepas kandang, ai pun berjalan la seorang diri dari ke terminal 1 hingga ke jakel somban untuk mencari hadiah dea, beby & baju tok makpak ai. *sgt selesa okey soping sorang diri!

tapi,
otw nak pulang ke rumah, sambil seteress dalam kesesakan lalulintas yang panjang itu, ditambah dengan mood yang hangen2 sebab asek men break & tukar gear, tiba-tiba mata ai tertangkap imej sebuah kereta yang terjulur keluar cuba memotong barisan.
kereta kaler itam2 biru itu amatlah ai kenali. sannnngatttttttttttt kenal.

ai perati nam tujuh kali. ye, tak syak lagi ia memang kereta itu. sgt pasti!

ceis!

kepala ai da mula rasa panas seperti nak meletop, darah sudah mendidih2, badan da gigil2. sangat marah tak boleh dikawal lagi. time ni terasa mau keluar je dari kereta dan pergi mencekik pemandu kereta itam itu. mungoks! ai da kate jangan ikot, jangan ikot la. degil betol, tetap mengekor je.

ai tunggu je kereta itu menghampiri. niat di hati mau menjelingtajamtembus cermin pandang belakang and ajak berenti tepi. ai tunggu ia hampir.

pelan2 ia menuju ke kereta ai & hampir,

dan hampir lagi.

dan ketika ini tetiba ai teringat mau perati no plat kereta,

cube check no plat kereta, sambil mengikot arus kesesakan itu,

sekali ko!,

no plat kete mcm pelik aje. dan deriver juga bukanlah orang yang selalu mengekor ai itu.

oppssss! *sengih dalam hati.

ark ark ark
adoiaiii, nape la kereta sama sebijik cam kete dea! tak pasal2 ai da bersangke burok da. ampun ye u! =p

notalipscumel:
ai harap u suke dengan hadiah pink ai itu dan akan kenang seumur hidup. koyam cakap xpe bagi hadiah camtu sebab ia boleh mengeratkan silaturrahim. so, ai ikot la kate koyam tu. =p


Selasa, 20 April 2010

Prosedur Kahwin Luar Kariah

Kes 1:
SAYA berharap untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan kekasih saya berasal dari Terengganu. Majlis perkahwinan akan diadakan di pihak perempuan di Kemaman, Terengganu. Saya telah diberitahu saya perlu menukar kad pengenalan saya untuk berkahwin di luar daerah. Apakah prosedur yang harus saya ikuti?

Jawapan:
Had umur minimum mestilah dipatuhi iaitu 18 tahun bagi pengantin lelaki dan 16 tahun bagi pengantin perempuan. Pasangan yang akan berkahwin juga diwajibkan untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan. Kursus ini dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta. Sekiranya saudara menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak swasta, sila pastikan bahawa kursus tersebut diiktiraf oleh kerajaan negeri. Saudara haruslah menyimpan sijil yang diberikan di akhir kursus.

Permohonan untuk kebenaran berkahwin haruslah diajukan kepada pihak jabatan agama Islam negeri. Borang permohonan akan diberikan oleh jabatan agama Islam.

Oleh kerana saudara berada di Kuala Lumpur, maka permohonan haruslah diberi kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pasangan saudara pula akan merujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Terengganu.

Oleh kerana saudara berada di luar kariah pihak perempuan, maka permohonan di kariah perempuan haruslah dengan kenyataan pendaftar kariah tempat tinggal lelaki.

Sila bawa dokumen-dokumen berikut semasa melakukan permohonan:

1. Bukti pemastautin
2. Pengesahan status bujang oleh majikan atau ketua kampung.
3. Kad pengenalan dan salinannya.
4. Sijil kursus pra-perkahwinan
5. Surat kebenaran wali (jika berkaitan)

Borang permohonan ini hendaklah disampaikan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh perkahwinan. Adalah dinasihatkan agar saudara memohon dengan lebih awal bagi memastikan kesulitan tidak timbul kerana kesuntukan masa.

Pendaftar akan menyatukan borang-borang ini dan meneliti bagi menentukan segala keperluan telah dipenuhi. Sekiranya pendaftar berpuas hati, maka surat kebenaran berkahwin akan dikeluarkan. Bagi menjawab soalan saudara mengenai penukaran kad pengenalan, adalah dimaklumkan bahawa ia adalah tidak perlu bagi menjalankan perkahwinan diluar kariah tempat tinggal saudara.

Kes 2:
Saya adalah perempuan dan akan berkahwin tidak lama lagi di Melaka tetapi alamat kad pengenalan beralamat di Negeri Sembilan. Apakah borang atau prosedur yang perlu saya lengkapkan?

Jawapan:
Saudari perlu mendapatkan borang pengesahan bermastautin (mengambil kira permastautin ibu bapa dan akan bernikah di Melaka) dari Jabatan Agama Islam Melaka. Sekiranya JAIM menolak permohonan borang tersebut, saudari perlu mendapatkan pengesahan bermastautin dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya membuat permohonan berkahwin di Melaka.

sumber: Utusan Online, Jabatan Agama Islam.

Rabu, 14 April 2010

2 bulan?



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu



genap 2 bulan suda saya di'chop' oleh kamu dgn dua bentuk cincin.
masam+manis+pahit+ombak+badai = sayang kamu juta2.
terima kasih kerana sentiasa melayan semua karenah saya.
t e r i m a k a s i h c e n t a

Selasa, 13 April 2010

Review: Manikam kalbu.


sudah lama tidak membaca novel.
dan,
tiba-tiba disuakan dengan sebuah buku yang bukan dari karya penulis dan penerbit yang diminati.

baca, baca dan baca. =)

komen saya,

ia sangat 'manikam kalbu', cerita yang comel, manis dan ada unsur jenaka yang tersendiri. dan yang penting, unsur keislaman dan sejarah diterapkan bersama jalan cerita yang menarik. setelah membaca, sangat bangga dengan asal usul baju melayu kita dan tertarik dengan rahsia baju melayu.

antara isi yang menarik perhatian saya:

Makna di sebalik baju kurung:

“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”

“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”

“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.”

Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?

“....Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengEsakan Allah yang satu…..” *bukan suka2 okey leher baju melayu itu ditebuk 5 butang!

“Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.”


notalipscumel:
1. tak sabar mau menonton Filem Legenda Budak Setan yang diadaptasikan dari novel yang saya suka baca dahulu!

2. terima kasih fairuz kerana pinjamkan buku ini.

3. nampaknya ramlee awang murshid kene berkongsi kasih dgn faizal tehrani la lepas ni. haha.

Isnin, 12 April 2010

Pantang Larang Bakal Pengantin

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Ahad, 11 April 2010

Kisah kejiranan: adik bradik yang baik hati


langit gelap, angin bertiup kencang, guruh dan petir berendentum-dentum, tapi hujan tak turun lagi. kelihatan, si adik dan akak terlari2 menghampiri pagar jirannya. kemudian, si akak cuba menggapai2 baju yang tersidai di ampaian jirannya. tapi xsampai. terasa kejang tangan. si adik pula mengambil kayu, cuba menarik baju dari ampaian dan masih tak berjaya juga.

adik: ko panjat la pagar kak. mane sampai nak tarik baju dengan tangan ni.
akak: ko la panjat. aku pakai kain ni. kang tersingkap ke terkoyak ke, orang nampak kang! ko pijak pasu tu, pijak tepi tiang tu cepat. hujan nak turun ni. abeh basah baju acik ni kang! * sambil menolak2 adiknya.

adik tak melawan dan ngikot je. bersusah payah panjat pagar.

adik: adoi! *terjerit kecil bila betis terkena besi pagar.
akak: adoi2 lak ko. cepat la tarik baju tu pas kat aku. nak hujan ni. aku takot petir!

si adik dengan pantasnya mengangkat dan menghulur baju acik tu yg BYK kat ampaian. mencungap2 si adik. bekerja keras dua bradik itu untuk menyelamatkan baju jirannya.

ketika hampir selesai, si adik terjerit.

adik: alaaaaaaaaaaaaaa!
akak: nape weh? *cemas
adik: bongok btol! pintu pagar acik ni tak berkunci pun la. beriye je aku panjat pagar. *muka masam
akak: ahh, da la tu. jom masuk cepat. ko masuk ikot pintu pagar. xpayah panjat pagar da ea. hujan nak turun da ni. cepat!*tahan gelak.

ark ark ark. kesian emi! sape tah yang suro panjat pagar? =p

Jumaat, 9 April 2010

Mau tempah baju di mana?

my pink lace for akad nanti.
tak g tempah lagipun sebab masih mencari tailor yang seswai. pesen pun tatau nak wat pesen apa sbb mama mau dari atas ke bawah berlace. ades!
ada sajesyen?


di sponsor oleh mama dan dibeli di jakel.
oh, beli baju pompuan dapat free baju laki + sampin ye. =)



iklan: ni plak manik yang telah dianyam oleh ai untuk bunga telor.
wat sikit je.
sgt berharap boleh buat sendiri, tapi, bila fikirkan masa yang xcukup,
kene redha bg makcik buatkan.
=/

Rabu, 7 April 2010

Cincin, lelaki dan hukumnya

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menambah:
“Halal buat orang-orang perempuan”.

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:
”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya." Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’”(Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’wink dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.

White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-”White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Bagaimana dengan Platinum?

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,”Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.”Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Hukum Memakai Cincin Suasa?

Apa yang saya ketahui hukum makai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”

Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.

Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Wallahua’lam..

sumber: dari orang ini

lagi

Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

sumber: infad, usim

Jumaat, 2 April 2010

Happy birthday HIMS


hepi burfday to hims.
baju oren 31/3, baju pink 2/4.
majlis sambut sesama. saje buat macam tu, sebab mau rapat2kan dan biar dakpinkL ramasmesra dengan famili ai.

to besday boys, *boys ka?? haha.
i laf u both sama rata. *adil
=)
smoga panjang umur, murah rezki dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t hendaknya.
psst: harap maaf. ai ter'ober' dalam gamba.



bakal ahli baru dalam my family (Insya-Allah), sedang potong kek buat2 rajin depan bakal pak mentua =p

FYI, weols, telah larilaju2 balik ke melaka selepas waktu pejabat untuk majlis ini. sebenarnya ai mau buat seprais tok dakpinkL, sekali tak menjadi sebab time beli kek, even ai da suroh xpayah ikot dok dlm keta, dia tetap mengekor ai juga. so, ai kantoi, bila dia tau ada nama dia ditulis atas kek itu.

notalipscumel:
kejujuran dan kepercayaan penting dalam perhubungan. kalo kedua2 itu takda, bek ko tak payah kawen dengan orang itu. fikir2 dan renung2kan lah.

Khamis, 1 April 2010

Coretmoret Hari Besar

3 bulan je lagi majlis besar saya.
=)

persiapan?
ada yang da selesai, ada yang sedang dan ada yang belum buat langsung.
normal la tu. skrg rasa banyak masa lagi. da tinggal sebulan nak dekat nanti baru la gelabah biawak tak cukup tangan nak buat semua. =p

sedikit coret-moret tentang majlis saya.

1. majlis resepsi akan diadakan di Melaka tanah tempat tumpah darah ai. majlis adalah sepenuhnya cara kampung okey. bermula dari 'berkampung' di mana orang kampung akan berkumpul dan berbincang tentang pembahagian tugas sebulan sebelum majlis. kendian, mereka akan masakmemasak untuk jamuan makan pada hari kejadian secara bergotong-royong. so, toksah la berharap untuk majlis keles2 ala2 VIP ye uols. =)

2. kebanyakkan barang keperluan untuk kenduri adalah dari 'hasiltanam' oleh sedara mara. takpasti sama ada 'tanam' itu adat atau perkara kebiasaan yang dilakukan oleh orang kampung. tp ia dilakukan bagi membantu meringankan beban majlis perkahwinan si tuan rumah.
sebagai contoh, ketika majlis perkahwinan anak pakngah saya, ibu saya 'telah menanam' dengan membayarkan perbelanjaan bagi 100 ekor ayam. oleh itu, ketika majlis perkahwinan saya, pakngah akan membalas 'tanam' itu dengan melakukan perkara yang sama juga . kalau diikotkan dari senarai ibu, ramai juga la yang akan membalas 'tanam' pada majlis saya.

3. saya akan dinikahkan selepas asar. dan malamnya akan diarak/dijulang, dibakar2 bunga api di depan perantin dan disandingkan. =) besoknya pula akan diarak dan disandingkan sekali lagi. 2kali ko! adess. redah je lar.

4. oleh kerana ic saya adalah beralamat negeri sembilan, dan mau bernikah di melaka, saya perlu mendapatkan surat kebenaran bernikah di luar negeri sembilan. ades, sangat menyesal sekarang ni sebab guna alamat n9 dalam ic. kan da banyak proses!

5. perkara ai takotkan ketika majlis adalah, mekap tak santek. =p haha. takot akan terkilan dan tak dapat menerima kenyataan selepas hari kejadian.

6. hanimun kat mana? oh, hanimun ai dipospon bagi memberi laluan pada bulan Ramadhan. haha. seminggu selepas majlis ai selesai adalah bulan puasa. FYI, dulu ai ada cadang kat dakpinkL untuk hanimun camping dihutan. tapi ia telah ditolak atas alasan tak sesuai. ceh, tak sesuai lak, bez apa, tak pernah org buat tau hanimun sambil camping.

7. ibu seperti sudah mengalah bila ai asek la ulangcakap mau cari makandam sendiri. mungkin dia sudah penat kot mendengar ayat itu. =p tapi ayat ibu bila jawab: suka ati ko la, dalam nada2 macam tak eklas, buat ai belah bagi. dabel meaning ayat itu. tapi tak mengapa, sebab ai suda ngadudomba kat abah ngatakan mau cari makandam sendiri, mebi ibu akan eklas hati kot ngikot kata ai.

pesan abah: ko langgar je kak. biar je ibu tu. ark ark ark *gulp! xpenahnya nak series la abah ni.

Mekap mekap mak nakk


salima


geecantik


madamhana

setakat ini, ai sangat suka mekap 3 orang ini.
ye, tau. byk lagi tukang mekap yang hebat2, tapi ai mengambil kira faktor kos, alat mekap yg digunakan & jarak, 3 ini sajalah yang disenarai pendekkan.

kecuali madam hana, jadual 2 dari mereka masih kosong pada hari besar ai. so, ai harus cepat sebelum mereka di booking.

hurm,

nak pilih yg mana satu ea?