12 Jun 2012

The drama queen berpuasa.

Operasi mengganti puasa bermula kembali. Ada 6 hari lagi hutang yang perlu dilangsaikan.
So, niat untuk berpuasa pada hari ini diusahakanlah dengan bersungguh-sungguh ;)

4.30 pagi.
Jam hp berbunyi. Berbelas kali di snooze kan sebab malas nak bangun. Sampai lah jam dah 5.15, kelam kabut bangun panas air tok masak maggi & minum horlicks. Selesai je sahur, azan subuh pun berkumandang. Tak sambung tidur, terus iron baju, kejut husband, siapkan barang Iman Raneeya apa yang patut, dan bersiap untuk pergi kerja. Harini pergi kerja tak selesa sebab kena pakai spec. Mata infection akibat makai lens bawa ke tidur time kat rumah mentua. T_____________________________T.

On the way nak hantar Iman Raneeya ke rumah makcik, husband kalut sebab handphone dia tertinggal. I jeling je, malas nak marah sebab kena patah balik rumah. Haishh, orang puasa tak baik marah eaaa.


7.42 pagi.
Sampai ofis, check-check email, check jadual bos pagi ni, keluarkan kerja-kerja yang nak dibuat harini. Sambil tu berbalas-balas email dengan Kokojelyters. Hilang monday blues bila mengaruk dengan dorang. Haha.


9.05 pagi.
Resah sebab bos tak sampai-sampai padahal dia ada meeting pukul 9.oo. Sebaik bos jejak kaki kat pintu ofis je, terus inform meeting pagi ni dan wajib pergi sebab takde wakil. Sebelum bos pergi meeting, dia bagi surprise kat I inform dia nak buat revision class petang ni.
Haha. Kan main best. Classroom, aircond segala mak nenek tak tempah lagi kau! Terus kalut calling2 dan isi borang apa yang patut. Time ni juga dah mula rasa mual dan pening-pening sikit.


11.30 pagi.
Meneruskan rutin kerja yang pelbagai sambil menyelam minum air di blog abang Nara. Haha. Dalam pada tu, kepala dah start sakit sangat-sangat tapi tahankan aja sambil buat-buat kuat.


12.35 tengahari.
Kepala berdenyut-denyut rasa macam nak pecah. Tetap bertahan menunggukan pukul satu. Nak lari ke surau pi tidur. Sms suami bagi tahu kepala sakit macam nak meletop. Dia pun tak nak kalah, reply balik, tekak dia pun sakit macam dihiris-hiris sebab makan rambutan banyak semalam.


1.40 petang.
Terjaga dari tidur, laju2 bangun pi solat Zuhur.


2.30 petang.
Sambil buka surat masuk, sambil menunggu Timbalan Dekan tandatangan borang-borang time dia menjalankan tugas Dekan. Ingatkan lepas tidur dan solat Zuhur, akan rasa segar dan kurang lah sakit kepala, tapi makin menjadi-jadi pulak. Siap berbalam-balam je nampak skrin komputer dan tulisan pada surat. Time ni juga perut tiba-tiba sakit bergulung-gulung. Cuba bertahan tunggu Timbalan Dekan habis sign borang dan tunggu bos keluar pi taklimat.


3.05 petang.
Elok je semua yang ditunggu blah, bangun sambil jalan slow-slow ke Pejabat Am. Tinggal pesan kat ofismate cakap nak baring sat sebab sakit perut bergulung-gulung. Ofismate advice suruh pergi minum milo panas. Tapi tak sampai hati sebab jam dah pukul 3, sayang nak buka puasa.


4.15 petang.
Lepas penat menonggeng-nonggeng, tergolek, terlentang melayan sakit perut bergulung-gulung, bangun dah balik ofis tengok apa yang patut. Clearkan atas meja. Then suami sms, pukul 5 kita pi makan.

Bengong apa dah pukul 5 ajak I pi makan. I reply, suruh dia datang cepat je hantar I pi rumah FIL. Nak sambung baring. Malas nak dok melangut tunggu dia main futsal.


6.30 petang.
Sangat tak selesa baring-baring so, turun kat hall, join MIL layan Nada Cinta sambil tunggu suami ambil nak balik rumah berbuka di rumah sahaja. Tapi MIL tak bagi. Dia suruh buka di kat rumah dia je sebab dia dah siap goreng sayur dan buat air. Haishh, tiba-tiba malu dengan MIL sendiri sebab dah siapkan segala. ;p


7.30 malam
Lepas buka segala, husband ajak balik. Eh, kejap husband, kejap suami? Haha. Lantak, baca ikut paham sendiri je lah ye. Time nak balik tu, tiba-tiba mual, lari-lari kat toilet. Muntah! Keluar semua yang dimakan time berbuka. Husband pula gelak-gelak cakap kat mak dia , Ain mengandung mak.

Mengong punya husband. Perut dah masuk angin, tak boleh nak terima apa dah. Makan semua keluar balik lah. Nak mengandung hapanya.


8.30 malam.
Sampai rumah, baring-baring sambil cuba tidurkan Iman Raneeya. Tapi tak berjaya. Kepala pula makin berdenyut kencang. Perut dah hilang sakit dah. Pass tugas tidur kan Iman Raneeya kat husband dan I terlelap sekejap. Jaga-jaga, tengok husband pun tertidur sama, tapi si Iman Raneeya elok je tak tidur. Sibuk menonggeng-nonggeng dengan kain dia. Kejut husband, suruh dia tidur kan Iman Raneeya sebab I nak pi masak nasi.

Sambil tidurkan Iman Raneeya, husband berbunyi,

Awak belakon kan sakit-sakit semua tu. Drama queen je.

Belakon otak awak!

Habis tu, apasal tak sambung tidur je. Sibuk nak masak pulak. Kalau i nak makan kang, i tahu lah masak maggi.

Hello, perempuan ni kuat ok! Even sakit pun boleh buat kerja lain. Tak macam lelaki, bila sakit terlepek je. Sebab tu lah perempuan ni even tahu beranak tu sakit, tapi dia tetap nak beranak juga. Mereka kuat. Cuba bagi kat lelaki tu beranak, tah macam mana bergegar tah hospital tu dibuatnya. Nampak?

Haishh, malas nak cakap dengan orang amik komunikasi ni. Sepatah orang cakap, berpatah-patah dia jawab. Ark ark ark.


9.30 malam
Selesai masak, suruh suami makan dan I iron baju. The, tukar pampers Iman Raneeya, online sekejap sambil tengok suami yang dah selesai makan tengah godek-godek tv nak mencari siaran bola dia yang takde tu. Haha. Padan muka.


10.30 malam
Buat air teh, amek biskut lemak cap ping pong, sapu susu dan cicah teh. Heaven! Ngap-ngap, lapan keping biskut ditelan. Tak makan nasi uols, makan biskut je malam tu. Selesai makan telan panadol & tidur. Kena tidur cepat sebab besok nak bangun sahur lagi.



Notalipscumel:

Semoga I kuat untuk meneruskan usaha ganti puasa besok dan hari-hari seterusnya. No more drama. Haha.


8 ulasan:

  1. Kak, aku pun puasa. Ada lagi 18 hari.
    Ark, ark! ;p
    Aku lagi drama, sebab nak pam susu. Adehh!

    BalasPadam
  2. kesiannya... boleh pula husband awak kata drama queen.. takper dugaan puasa tu.. teruskan berpuasa yer.. :)

    BalasPadam
  3. hahaha...caiyok2!yakin buuleeh=D

    BalasPadam
  4. aku pon mgu lepas ari pertama pwot mcm nk meletop.
    trgezut kot. puase 1/2 ari je.
    soknye br dapat sambung 3 ari.
    tinggal 5 ari lagi. huhu..
    wish a luck 4 our mission..
    =)

    BalasPadam
  5. Balkis,
    Mai oi. Banyak lagi. Selamat mengganti sambil mengepam ea. ;p


    Riena,
    Tq dear. Dia mengado, tu yg cakap camtu.


    Noora,
    Tq dear =)


    Ummi,
    Lebih kurang i je tu byknya. Weh, pose ganti bukan tak boleh buka ke? Kan?

    BalasPadam
  6. ye r weh..
    slame ni aku xtau pon.
    ko ckp tros aku search info.
    Ya Allah.. slame ni aku mmg xtau.
    waaa.. parah neh. byk dh dose aku

    BalasPadam
  7. Ummi,
    Masih belum terlewat lagi untuk kau bertaubat. =)
    So, belajar dari kesilapan.

    BalasPadam
  8. kalu lelaki beranak mau nyer dorang menjerit smpi bergegar spital.sakit wooooo.

    nway,selamat ganti puase dgn jaya nyer.i pun ade 7 hari lg.wawawawawawa

    BalasPadam