26 Februari 2011

Eksaited mau update blog, tapi tatau nak tulis ape. bole?



=)
Senyum dulu sebelum mula menulis. Mana tau, dengan senyuman bisa mendatangkan idea untuk menulis dengan lebih panjang lagi. kan?

Kelas untuk semester tujuh ditamatkan dengan peperiksaan akhir yang soalan-soalan hazab tak hengat! Nak terberanak rasanya jawab exam. =p
Moga diri ini dan semua rakan sekelas akan luluslah subjek-subjek semester 7 ni. Harapan adalah lulus je sebab batang hidung B apatah lagi A langsung tak nampak bayang.

Dr. Jusang kata, mana ada yang belajar, makin lama makin senang kan? Oleh itu, berusahalah dengan lebih gigih lagi ain ye di semester 8 dan 9. Bukan senang nak jadi senang. Makin malaplah nampaknya untuk mencium-cium si 'Master.'

Pregnancy?
Next wik akan menginjak ke minggu 30 dan debaran untuk bersalin makin terasa kencangnya. Apapun, hanya mampu berdoa semoga semuanya kan baik2 saja. Insya-Allah.

Kesakitan semakin galak di celah kelangkang, peha dan pinggang. Menyucuk-nyucuk, lagi-lagi bila malam. *amek ko, direct je tulis xde tapis2. Lenguh-lenguh badan dan segala macam sakit standard yang dihadap oleh mami2 mengandung juga sedang 'menyerang' ai. Tabahkan hati je lah hadapinya dengan senyuman walaupun kadang-kadang termenangis juga sekali dua. Tapi nanges depan suami je ye. =p

Doktor menjangkakan baby ai adalah gegirl. =) Hepi mendengar berita itu, tapi tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pun. Doktor bukan Tuhan untuk tentukan segalanya. Apa pun jantina akan diterima dengan seadanya. Janji baby sihat dan sempurna sudahlah. Malah, ai sudah menyediakan nama untuk kedua-dua jantina pun. Panggilan baby pun masih digunakan lagi ketika berkomunikasi dengannya.

Baby semakin bertambah-tambah aktif tak kira siang dan malam. Sekarang ni, dah boleh nampak perot ai bergegar kalo baby bergerak. Haha. Kelakar je. Dan, satu perangai baby yang ai sedari, dia tak senang duduk dalam perot, kalau ai tido menghadap suami. =p Ada je tendangan dan gerakan yang dia akan buat, tok suruh ai berkalih ke tempat lain. Noti ye baby! Lagi satu, kalau ai dok diam membaca buku, mesti gerakan dia aktif semacam. Ele baby ni, nak perhatian lah tu tak bagi mami bace buku!

Sewaktu scan semalam, doktor say something yang buat ai risau. Tapi, xpe lah. Semoga semuanya kan baik-baik saja. Tamo fikirkan sangat.

Semoga semuanya kan baik-baik saja. kan? Amin.

psst: ai da mula soping barang baby tau. =p

3 ulasan:

  1. bestnye... sy dah rs semua tu dulu..memang sangat xcited..bestnye baby girl..sy dulu pun doc ckp baby girl xcited giler terus shopping all the pink thing tapi sudahnye ameekk ko amad amil yang kuar...hihiih terima jer seadanya....tp apa y doc ckp bt ain risau tu?

    BalasPadam
  2. kalo gegurl jd menantu haku..
    kalo boy aku soh nuqman buli. hahahaha

    semoga baik2 aje. :D

    BalasPadam
  3. fiza: =)

    umie: wah, dah tempah jadi menantu. =p

    BalasPadam