Bermula daripada rakaman lagu anniversary tempat kerja sehinggalah tertubuhnya pasukan koir. Ya, begitulah kami sekarang. =)
Now beranikan diri pula join pertandingan. Siap ada cikgu vokal ya. Baru la betul sikit arah tuju kumpulan dan cara nyanyian.
Diorang terjebak pula dengan surprise anniversary perkahwinan I. Haha! Thank you korang yang suppoorting.
Beginilah kami. Busy training, busy makan, busy beli baju dan lain-lain lagi demi pertandingan yang akan disertai bulan Ogos nanti.
Apapun, penat ya berkoir ni! Sama penat macam main bola tampar dan lari 5km. Perlukan banyak stamina. Jadi lapar lak tu bila dah habis training sebab banyak guna tenaga.
Ada hari ok, ada hari down sebab tak sampai sepertimana yang Cikgu nak. Enjoy je la dan bertahan untuk dua minggu lagi.
Minggu pertama training, I siap bangun tidur dapat sakit kepala. Haha!
Ke sebab faktor umur, badan tak boleh lambat tidur dan penat? =p
Ya Allah ya Tuhan kami, permudahkanlah, janganlah kau persulitkan dan kurniaankanlah kejayaan kepada kumpulan kami. Amin!




