Selasa, 30 Januari 2024

Hello Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Pahang

Salam semua,

Pertengahan Januari haritu, join trip sekolah kakak ke Bukit Merah, Perak. 

Dah alang-alang ke sana, kita lajak la jalan visit Mama, then ajak Mama join ke Perlis. Baliknya kami singgah Cameron semata-mata nak makan scones. So, 5 hari 4 malam kami ke Utara.

Yang tak bestnya majlis kakak ni, dah bayar RM300.00 untuk Majlis Graduasi, parents hanya boleh tengok live je di youtube. Alahaiii. Ni gambar sekeping tah mana kakak dapat tah buat kenangan. 

Tahniah anak Mami tamat dah sesi sekolah rendah! Insha Allah, lepas ni melangkah ke sekolah menengah pula. Apappun pilihan kakak, Insha Allah, mami dan dedi akan sentiasa support.

Hello Cameron Highland!
Haha, lantakkk, gambar bercelaru malas nak betulkan.

Kenangan bergambar kat pokok teh.

Since I yang nak singgah sangat ke CH, husband suruh drive. Takde hal la! Easy breezy je tu. Terus je drive naik Simpang Pulai, turun ikut Tapah.

Time turun tu nervous juga sebab kena apit dengan lori. Hujan pula, tapi kita layan je la drive slowly. Husband sakit kepala siap muntah sebab jalan bengkang-bengkok. Sampai R&R Sg. Buloh nampak husband dah ok, tukar driver sebab dah gelap. I tak confident nak drive malam sebab masalah silau.


Tujuan utama naik CH! Sedapnyaaaa. Makan scone sambil menikmati udara sejuk CH. Kami singgah ke Cameron Valley je sebab itu aja yang terdekat dalam perjalanan balik.

Food @ Cameron Valley. Mushroom soup tu sedap sangat. Siap ajak husband repeat semata nak makan soup dan scones. Nan hadooooonya la dia. Dia tak larat nak layan mabuk.

Singgah Agro Farm. Tengok kat Tiktok, ni tempat paling terkini dan baru. Sebab termasuk dalam jalan perjalanan balik, kita singgah. Bayaran masuk RM25 dewasa, RM10 kanak-kanak.

Tempat ni cantik tapi memerlukan stamina yang tinggi sebab letaknya di lereng bukit. Nak sampai ke setiap section kena mendaki tangga. 

Kami ni dah la baru balik dari Perlis berjalan sakan, memang banyak section pass je la sebab dah tak larat. Yang mabuk tu lagi lah, kalau boleh dia nak duduk tidur je. Kita herett dan paksa dia jalan. Kang tak masuk gambar lak. Tak boleh dia takda ;)


Ni sarapan sebelum gerak balik Nilai. Plan asal nak sarapan di luar. Mama tengok semua liat je nak bangun, terus dia kelentang-kelentung kat dapur. Letih semua berjalan sakan.


While kakak bermalam di Bukit Merah, I stay di rumah Mama, adik arwah Ibu. Merasa la air tangan Mama. Lebih kurang rasa arwah Ibu masak. Terubat rindu kat masakan Ibu.

Suka pavlova tu. Elok mix masam manisnya. Sedap!

Salah satu tujuan utama ke Perlis adalah nak pergi  Hannah Cookies Exclusive (HCE). Ex-student tempat kerja I ni. Dari dia start buka kedai pastry ni nak datang, lepas dah 10 tahun lebih, kedainya pun dah banyak branch, baru ada masa dan rezeki nak datang Perlis.

Sedap semua foodnya. Desserts tu pun, terkenang-kenang sedapnya especially Pavlova tu! Kalau korang pergi Perlis, sila la singgah ya.

Patutnya singgah Day 1 @ Perlis sebab semua pakai pink, barulah sesuai pergi kedai ni. Tapi I punya itinerary, susun atur tempat tu jauh-jauh, kita skip HCE hari kedua je la.

Minum Kopi di Bukit Tau. Plan asal nak ke Gua Kelam. Kita skip sebab haha, susun atur itinerary tu lahhh. Takpelah, kat Bukit Tau ni pun best juga. Dapat juga explore gua sambil tengok kelawar dan minum kopi.


Tiga ketul yang sentiasa berantakan tapi sayang-menyanyang antara satu sama lain. Kejap mak kau mode mak kau hijau, kejap mode sejuk perut ibu mengandung melayan ragam diorang ni.

Bunga kenaf.

Singgah Ladang Kenaf. Kena berjalan ke dalam sikit baru dapat buat video macam yang orang share di Tik Tok. Kenaf ni tanaman jangka pendek. Lepas 4 bulan dia tuai. So memang ada tempat yang kosong sebab dah dituai, dah ada part tengah tanam semula. Rajinkan lah berjalan dan explore.

Nak lunch ke kedai viral, tapi tu lah. Masalah jarak lagi. Anak-nak pula dah kelaparan, so kita singgah kedai yang ada je la. Amazingly, walaupun kedai tak viral, sedap makan kat sini. Best dapat  makan gulai rebung. Bayar pun tak mahal tapi lauk semua sedap. 

Yang warna merah tu, adik kedai tu kata pucuk kedondong. Bila makan rasa macam pucuk gajus. Sedap je makan dengan nasi.

Highlight ke Perlis adalah Boat Ride di Tasik Timah Tasoh ni. Pada I, terpaling best kat sini. Bayar RM50 untuk satu bot, then dia bawa explore kawasan tasik. Dapat lak yang tukang bawa suka bercerita, seronok la kami borak. Dia siap bagi Azreen try bawa bot dan offer ambilkan gambar kami.



Azreen kata, pakcik bot ni mesti pergi kursus fotografer. Haha. Pandai dia ambil gambar setiap angle. Dia siap buatkan video lagi.

Day 2 at Perlis, paginya kami ke Wang Kelian tengok Sunrise. Plan asal nak keluar awal, tapi tu lah. Haha. Kita leha-leha je lah bila dengan anak-anak ni.

Di sebalik sekeping gambar yang elok, kena berantakan dulu.  Haha.

Day 1 di Perlis, ke Kampung Pelangi. Jalan-jalan di kampung orang sambil tegur-tegur penduduk yang ramah. Warna-warni semua rumah kat sini.

Day 1 lagi, ke Pasar Terapung. Try makanan yang ada dijual dalam bot. Syok juga la ke sini. Ada tempat bagi makan ikan, tengok binatang peliharaan, jualan makanan dalam bot dan kat gerai juga. Anak-anak dok repeat beli jelly ball yang dok viral.

Gambar ni adik kedai belakang tu offer tolong ambilkan. Dia siap buatkan video lagi. Sebab dia ramah-tamah, sebelum balik kita lepak makan kat kedai dia. Sedap laksa dan mee karinya.

Sanggup berhenti kat tapi sawah padi demi nak bergambar. Jakun tengok sawah padi, ginilah. Jalan dari Tasik Gelugor ke Perlis ni pemandangan kiri kanan memang dihiasi sawah padi menghijau je. 

Patah balik ke Bukit Merah. Join kakak di Bukit Merah di hari kedua Kakak di sana. Join mandi kat Water Park.

Kakak and her besties di Majlis Graduasi. Yang lelaki baju biru tu bakal menantu agaknya. Haha.

Kenangan Majlis Graduasi Kakak.

NekMa and Adik di Bukit Merah.

Di Kampung Pelangi. Bila tanya kenapa nak bergambar di rumah Johor, kakak senyum-senyum je. 

Lunch at Nipah Klasik pada hari pertama di Perlis. 

Permintaan mama nak makan kat sini. Jommm kita bawa. Food biasa-biasa je pada I, tapi tempat makan menarik la. Meja makan di celah-celah pokok nipah. Mama try air nira nipah. Mama kata sedap. 

Kami bermalam di Perlis dan book Aziqa Homestay. Ingatkan tepi jalan ja lokasi homestay, rupanya kena masuk ke dalam lalu kiri kanan bendang. Gigil nak drive lalu jalan kecil kiri kanan bendang.

What a small world, owner homestay ni sekampung dengan I, orang Melaka. Dia area Pengkalan Balak. 

Plan asal nak bonding time berdua dengan Mama ke Balbuk Haus ni tengok sun set, chit-chat dan makan-makan. Sekali bila sampai di homtestay, tengok jalan yang sempit tu, terfikir pula nanti malam takut nak drive. Mau masuk bendang nanti so, I cakap kat mama, kita bungkus je la ya ma. Ain seram nak drive jalan sempit tu. Haha. Gitu pun boleh.

So kami bergambar dan tapau makanan. Semua food kat sini sedap. Terpaling sedap, pisang talemmak tu. 

Tempat ni cantik, tenang dan estetik tapi dah nak tutup dah sebab kerajaan nak ambil untuk buat jalan. Sayangnya lahaiiii.  Mama pun suka tempat ni siap minta bunga benih bunga talang lagi.


Family portrait di Cameron Valley 💓

Dah kena bayar ya nak masuk ke sini. RM4 ringgit untuk dewasa. Dulu, pergi dengan arwah Abah dan Ibu, jalan je terus masuk, tak perlu bayar. Ada perkhidmatan pusing ladang teh dengan buggy juga. RM15 per person.


Alhamdulillah, selesai juga coretkan kenangan berjalan ke Utara dalam blog. Best pergi Perlis, ala-ala Langkawi juga, tapi tulah. Bila naik kereta, rasa jauhhhhnyaaaa Perlis! Haha.

Till then semua!
=)

Khamis, 4 Januari 2024

Syukran 2023!

 Salam 2024 untuk semua!


Wrap up 2023.

Alhamdulillah, 2023 telah melabuhkan tirainya beberapa hari lepas. 
Dalam jatuh bangun, suka, duka dan berendam air mata 2023, haha, tetap bersyukur masih dipinjamkan umur dan hidup oleh Dia, dapat bersama-sama dengan insan tersayang menempuhi tahun baru 2024.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

First family picture 2024! Rutin tetap berjalan seperti biasa, tiada yang berubah. Tetap chaos di pagi hari.  Dan apabila masuk kereta, menghela nafas lega bila dapat meletakkan montot dalam kereta sambil lega pagi itu berlalu dan dapat menguruskan keluarga dengan jayanya (kadang jaya kadang tak!).


Malam new year, sambil menonton percikan bunga api, sambil terbayang saudara kita  di P 'sana'.  Kita tenang tengok percikan bunga api, tetapi mereka di sana bertempiaran lari menyelamatkan diri dari bedilan bom. Hanya mampu doa supaya mereka merdeka dan mampu hidup gembira macam kita.

Semoga baik-baik sahaja untuk 2024!
Amin =)