Moh la kita take 5 seperti mana yang disarankan dalam Tazkirah Jabatan pagi tadi untuk menghilangkan stress kerja. Pentazkirah menyarankan buat apa yang kita suka time take 5 tu. Ni, salah satu daripada 7 cara yang dikongsi.
So, sambil take 5 ni, meh la I share kegembiraan I semalam sebab masak menu yang simple tapi sedap, makan sambil terlelap mata, tersenyum-senyum gembira. Begitu sekali menikmati makanannya. So sedapppp lah!
Oleh kerana suami dan anak-anak semalam request nak makan spaghetti, I yang pencinta nasi ni dah tak tentu arah dah mikir nak makan apa berbuka nanti. Bukanlah tak makan spaghetti, tapi untuk berbuka tak kot sebab I sahur pun tak makan yang berat.
Kebetulah time balik kerja sambil tunggu husband sampai, terpandang resipi kawan share kat IG, terus laju-laju masak Ayam kukus tu. Taugeh balance masak kueteow goreng haritu pun macam dah nak lebam, so elok kita goreng je dengan tauhu. Amazingly, dua menu ni je dah cukup buat I berselera makan. Siap yang request spaghetti pun join sama makan nasi. Anak siap cakap, sedap ayam ni Mami, macam cikenriceshopp. Haha!
Adik lagi melebih-lebih cakap, Mami ni Chef ke? Mami masak sedap.
Thank you la adik puji Mami gitu. Takdelah Chef mana pun, tiru resipi orang share kat IG ja.
Till then guys!
Tamat dah take 5!
Tata uols =)