Yes, hari yang I tunggu-tunggu untuk ke sini.
Walau selalu pergi Langkawi, selalu tak dapat pergi Island Hoping. Ada yang pergi time mengandung, suami tak bagi ikut, ada yang pergi dengan geng jenis tak nak aktiviti basah-basah ni, camtulah cerita dia. Maka, kali ini kita buat kasi jadi juga.
Since dari mula, I ada deal dengan contact number yang ada dikongsi oleh seorang Blogger. Sebulan awal I book ok, tapi takde respon pun. Mungkin sebab tarikh lambat lagi. Tu dia senyap.
Petang sebelum esoknya nak pergi pun, I tanya lagi tetap takde respon. So, terpaksa la fikir plan B. Google dan cari pakej Island Hoping dengan orang lain lak. I try dengan Indah Accomodation. Servis bagus, cepat dan pantas. Hilang terus kerisauan I.
Nak jadi cerita, elok dah deal dengan Indah Accomodation tu, company lagi satu respon suruh bayar.
Hmmm, i minta maaf cara baik ajelah cakap, dah deal dengan orang lain. Dia siap marah ok! Cakap tak boleh buat macam ni, boat dia dah book. Malas nak banyak cerita, I printscreen aje WA kami, tunjuk bukti takde confirmation pun between us so kenapa nak marah.
With my girls. Don't worry, be happy. Nak marah-marah, jangan pergi bercuti =p
Walaupun dah ada breakfast kat Homestay, I cakap kat Makcik I nak pi Nasi Dagang Pak Malau. Terus yang lain pun naik ikut juga. Haha!
Pulut panggang gemuk tu sedap tau! Terkenang-kenang kesedapannya sampai sekarang.
Bukan peminat Nasi Dagang, tapi sebab view kat sini cantik, kita layan je. Please Pak Malau, tambah menu lain juga. Nasi lemak pun jadi la ;) I try Nasi Dagang Lauk Daging. Tambah telur rebus sebiji sebab share dengan Azreen.
Pak Malau yang pakai baju melayu tu. Peramah orangnya.
Time nak bayar, sekali Pak Malau berpantun daaaa. Terus cousin gelabah suruh I jawab.
Eh Pak Malau don't worry,
Pantun Pak Malau kami beli.
Daun kelapa daun mengkudu,
Pantun Pak Malau kami beli.
Daun kelapa daun mengkudu,
Wahai Pak Malau kami minta diri dulu.
For Island hopping, kami sewa 1 bot terus, Dewasa 9 orang, Kanak-kanak ada 5 orang, harga RM350. Kena tunggu kat Jeti Teluk Baru.
Let's do this! Muka banyak happy. Akhirnya tercapai impian. Kan main I kepit Rayeesa tu takut tercampak. Dah la takmo pakai life jacket.
Tempat pertama yang dituju adalah Tasik Dayang Bunting. Subhanallah, kagum betul. Dah bertahun pun masih macam tu je lagi bentuk dia.
Sampai kat sini, nak masuk ke tasik, dewasa kena bayar RM3, kanak-kanak RM1. Lepas tu ambil pakej life jacket RM10, dapat life jacket, dan dapat naik boat swan dan kayak.
Malangnya, setelah menapak berjalan naik turun tangga ke tasik tu, Rayeesa buat perangai tak nak kat orang lain. Tak merasa la mak kau nak berendam kat tasik tu untuk menambah adik =p
Sambil menunggu dia bantai lak berak. Maka, I tinggalkan lah Azreen dan family makcik yang memang have fun betul buat macam-macam aktiviti kat situ. Dah pergi toilet tu, jangan haraplah nak patah balik datang tasik ni. Rayeesa tu nak berdukung aje tau sebab takut banyak monyet.
Hai lah Rayeesa! Buat perangai dia di hari ketiga. Badan penat agaknya. Takpelah nak, travel dengan anak-anak gini lah. Tak dapat mandi pun takpa janji dah jejak kaki ke sini.
Selesai di Pulau Dayang Bunting, kami ke Pulau Singa kot. Yang tengok banyak helang tu.
Happy face dapat pi Pulau Dayang Bunting. Paksa dua orang ni bergambar kat hujung bot.
The drama Queen! Ka Pulau Beras Basah ni pun dia tak nak juga mandi. Grrrrrrrrrrr!!! Memang geram aje mak kau ni. Dah nak balik tu, I paksa juga dia basahkan badan. Melalak-melalak. Lantak situuu, mak kau pun nak mandi laut juga.
Lepas Island Hopping, balik rumah bersihkan diri, dalam pukul 3 macam tu bawa diorang pi shopping kat Kompleks HIG. Bawa juga dua tiga tempat lain, kat Rams dan Idaman Suri, tapi tetap patah balik kat HIG sebab diorang lagi suka shopping kat situ.
Settle beli barang, pi lepak kat Pantai Cenang.
Rayeesa, lagi suka main pasir dari berendam dalam air. |
I memang tak ambil order apa pun time pergi sini. Dah tahu dah, bawa tiga ketul ni, memang tak sempat nak cari order orang nanti. Coklat yang I nak pun tak jumpa-jumpa. =(
Esoknya, flight kami awal 755am. Tiket murah kan, tak dapat awal pagi, dapat lewat malam. So, grab ajelah. RM350 lebih untuk 5 orang, naik Malindo. Ok la tu.
Tak kisahlah flight awal ke lambat ke, janji ada kopi, semua ok je. Kopi Costa mahal kat Airport Langkawi!
Naik kat Airport Langkawi, dapat tengok kapal terbang dengan lebih dekat. Suka mamat ni. Siap ada kapal terbang yang parking depan pintu lagi. Haha.
Rayeesa kalau selalu, nampak kapal terbang kat langit tu dia akan cakap, aeroplane mama, aeroplane! Ni dah ada depan mata, dia buat tak tahu aje. Tak nak pula tengok beriya.
My first time naik Malindo. Best. Legroom dia luas. Takyah terkepit-kepit lenguh kaki. Orang-orang tinggi kaki panjang je yang faham masalah I ni kalo naik AA. Haha.
Thank you Langkawi!
Hingga kita berjumpa lagi =)