Jumaat, 25 Ogos 2017

Sambutan kemerdekaan di sekolah.

Bila cikgu bagi makluman yang akan adakan sambutan kemerdekaan di sekolah, haha, emak-emak ni biasalah, macam-macam dah future plan dia.

Kahkahkah.

Kita kan support cikgu. Kalau kita yang tak bersungguh, siapa lagi kan?

Kakak dengan kawan twins nya.

The boys at Abang's school. Tengok yang depan pakai spec tu, comel macam Profesor.

Awat marah tu abang? Haha.

Before go to school. Si kenit tu, pandai dah buat perangai kalau nak snap gambo dia.

The girls. Senior adik kat taska ni. Adik tak perlu pakai pun ikut tema, tapi Mami tetap gigih jahit skirnya. Haha.

Lil' Rayeesa!

Mini me sungguh ni. Haha. Perangai pun sama. :p


Jadilah ya anak-anak. Mak tak suka fashion yang complicated. Serabut nanti tengok. So, memang pilih tema, less is more. Mak kau pun bukan tukang jahit profesional. Maka, mendapatlah semua hasil-hasil jahit jelujur lurus, transform jadi ikut apa yang mak suka.

Selamat Hari Merdeka semua!
Semoga Allah s.w.t sentiasa lindungi nasib negara dan anak bangsa kita.
Semoga Malaysia terus aman dan makmur, dijauhkan dari segala bencana dan perkara yang tidak baik, Insha Allah.

Isnin, 7 Ogos 2017

Meh lipat kain!




Weekend kali ni memang dah plan nak buka kelas lipat kain pada Raneeya dan Reezqy. Dah tak larat dah nak hadap kain baju bertimbun. Maka, meh la kita ajar lipat kain supaya anak pandai berdikari.

Iman Raneeya ok je, cepat je dia hadam dan tak banyak bunyi pun. Perempuan kot, dia dah faham tugas perempuan.

Iman Reezqy berdrama sikit. Agak hangin juga nak melayan, tapi kita buat hati kering je lah.

Abang kecil lagi mami, tak boleh lipat kain.
Abang tak reti.
Abang penat.
Abang nak tidur.
Abang lapar.
Grrrrrrr!
Sabar je lah dengar dia punya alasan.

Layankan aje lah dia punya drama, sambil tolong tunjukkan juga mana yang dia tak reti lipat.

Alhamdulillah, ni lah hasilnya untuk cubaan kali pertama.


Iman Raneeya =)

Iman Reezqy =)


Good job abang dan kakak.
Usaha lagi untuk lipatan bertambah kemas ye.

Jumaat, 4 Ogos 2017

#day4: Moga terus istiqomah Ain!



Baru 4 hari, konsisten tak makan nasi. Kahkahkah.
4 hari dah berani guna perkataan konsisten ye Ain!
Baru 4 hari tak miss buat workout (WO), Alhamdulillah.

Ikutkan perlu turunkan 5-6 kilo je lagi, dapat dah berat ideal,
tapi kita target nombor besar je terus, 10 kilo.

Semoga tak hangat-hangat taik ayam lah.
Semoga si "MALAS" tak kacau den.
Semoga tak rasa penat, tak rasa give up tak rasa semua yang negatif.
Semoga Ain terus istiqomah dan capai target untuk tahun ini, Insha Allah.
#fitusim #fitain #targetrackandfield
Amin!

Rabu, 2 Ogos 2017

Happy 1st birthday Miss Rayeesa!


Birthday girl mood tak berapa ok, nak capture moment setahun pun tak bagi kerjasama.
Takpolah dik, nak besar memang macam-macam dugaannya. Dapat capture momen ni pun dah kira ok dah.

Selamat hari lahir Rayeesa.
Semoga Rayeesa menjadi anak solehah kepada Mami dan Dedi.
Jangan buat perangai banyak sangat dik, Mami kau ni tak penyabar sangat orangnya.
Haha!
Mami, Dedi, Kak Iman dan Abang Reezqy sayang Rayeesa sangat-sangat.