Selasa, 9 Ogos 2016
Third Baby: Pengalaman bersalin
Ehem-ehem..
Testing 1 2 3
Haha!
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, i telah selamat bersalin pada 31 Julai 2016, pukul 4.10 petang di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Pengalaman bersalin paling best setakat ini rasanya.
Lagi cepat dari kakak dan abangnya.
Walaupun senang bersalin, Tuhan jadikan sesuatu kan sentiasa seimbang, dipermudahkan bersalin, didatangkan pula ujian lain.
Apapun tetap i tetap bersyukur atas semuanya sebab semua yang dijadikanNya kan bersebab!
:)
So, jom kita coretkan memori indah itu di sini.
29 Julai 2016
Last day kerja sebab I tukar cuti ambil dua minggu awal.
Balik dari kerja, malamnya, i dah start panas badan.
Mungkin badan dah penat jaga dua-dua anak yang demam, terus terjangkit sama.
Dah demam, tapi tak makan apa-apa ubat sebab pregnant kan, i takut nak makan ubat.
30 Julai 2016
Balik Melaka sebab saudara kahwin.
Malas nak balik pada mulanya, tapi badan dah tak larat, gagahkan juga sebab nak ibu ada time tak sihat.
Lepas Asar, tengok saudara akad nikah, I balik rumah rasa penat lain macam.
Malam tu lepas tanya cousin-cousin yang nurse, I telan juga panadol dua biji sebab dah tak tahan sangat.
Kawan-kawan pun pesan pergi hospital je sebab takut jangkitan kuman, tapi sebab dah malam i hold je la dulu.
Malam tu tidur badan dah menggigil-gigil. Azreen dah risau ajak pergi hospital, tapi i suruh tunggu pagi je.
31 Julai 2016
8.30 pagi
Sampai Hospital Tuanku Jaafar, gerak dari Melaka.
Bahagian kecemasan suruh refer Bahagian Bersalin je sebab i dah cukup bulan, 37minggu 4 hari.
Di Bahagian bersalin, lepas register, buat UPT, check suhu, i ditahan sekejap sebab nak masuk air dua botol, suhu tinggi 38 lebih darjah celcius, nadi baby laju dari biasa dan tekanan darah pun tinggi. Darah juga diambil untuk tengok kalau terkena jangkitan kuman.
Sambil tunggu masuk air, i menyaksikan je la drama orang check in nak bersalin.
Haha.
Stress jadinya bila dengar orang mengerang menahan contraction.
Lagi satu, bunyi mesin CTG pun buat i stress gak. Cuba lelapkan mata sambil tunggu masuk air selesai tapi tak boleh.
Time menunggu tu juga ada 3 kes, datang check in, bukaan dah 10cm. Kelam kabut Doktor dan Nurse mengurus. I siap terdetik dalam hati, senangnya lahai korang ni bersalin!
Langgan:
Ulasan (Atom)
