Berehat dari segala aktiviti lasak, berehat dari segala jawatankuasa di tempat kerja, berehat dari membuat segala perkara yang digemari, dan juga dapur berehat sekejap sehingga hujung bulan Februari.
Alhamdulillah, perancangan Dia yang terbaik, so, kita gunakan tahun ini untuk berehat dengan sebaik-baiknya. Moga terus diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan mengandung dan bersalin, dimurahkan rezeki sekeluarga dan sentiasa dirahmatiNya selalu, Amin.
Dalam berehat-berehat ni juga, moga segala amalan dan segala yang dikerjakan akan berdasarkan tiga perkara ini untuk mencapai apa yang dicita, Insha Allah.
- Kalau kita buat sesuatu dengan IKHLAS, Insha Allah, kita tidak akan merungut dan jalan sentiasa dipermudahkan.
- ISTIQOMAH – Apa saja yang dilakukan secara rutin dan tertib, Insha Allah, pasti akan tercapai.
- Berada di PERSEKITARAN YANG BAIK akan sentiasa membawa kita ke arah kebaikan, Insha Allah.