Khamis, 15 Oktober 2015

Krabi, kami datang lagi: iECONS 2015

Alhamdulillah, hujung bulan September yang lepas, kampeni I telah berjaya mengadakan seminar yang untuk pertama kalinya diadakan di luar Malaysia. Ini bagi merealisasikan hasrat universiti yang ingin menjadi peneraju integrasi ilmu naqli dan aqli di rantau ini menjelang 2016. #USIM16

Sebab seminar ni jugalah, bulan Mac yang lepas, I telah dipaksa mengikut rombongan kampeni ke Krabi untuk mencari rakan kerjasama. Paksa, paksa pun I rela. Haha!

Bila nak adakan program ni, faham-faham je la kan dia punya cabaran. Kalau dalam negara pun dah haru biru, buat di luar negara, memang lagi double triple lah. Dengan perbezaan bahasanya, culturenya, protokolnya haha, memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi sehingga program selesai.

27 September 2015 (Ahad)

Masa penerbangan kami adalah 28 September 2015, pukul 7.00 pagi. Bas Universiti pula akan ambil kami di Fakulti pukul 3.00 pagi. Oleh kerana banyak lagi barang yang belum siap dibungkus, maka kami telah bersepakat untuk berada di Fakulti pukul 11.30 malam, hari Ahad tu.

Kononnya, kalau siap packing awal, hajat di hati nak la melelapkan mata. Dapat sekejap pun jadi lah. Tapi nan hadonya lahai. Team protokolkan, selagi belum habis majlis, jangan harap kau nak bersenang-lenang ya Ain. Maka, mengeditlah kita tertib aturcara yang asyiklah berubah sini dan sana T_T 

Walaupun pada mulanya, janji bos I, program kita biasa-biasa je takde protokol, tapi janji tinggal janji je lah nampaknya sebab lagi dekat program, eh, lagi macam-macam yang bertambah.


Elok je jam 5 pagi, kami  yang tanpa tidur ni telah berada di KLIA2. Muka tetap kena ceria sebab pergi ditajakan, mana-mana boleh masam muka. Kena senyum, ceria, gembira tanda kita bahagia ditaja. Kahkahkah.


Khamis, 8 Oktober 2015

Terapi kerja paling thorbaik!


Sambil menyelam, sambil minum air. Selesai seminar dengan jayanya, kita berjimba di pulau di Krabi untuk setengah hari. Jadilah kan.


Nampak tak betapa gembiranya I tu bila beban atas kepala selesai?
Haha.

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Adalah juga masalah sikit di sini dan sana, tapi itu semua pengalaman berharga yang dikutip untuk perkembangan kerjaya, Insha Allah.

Terima kasih suami & family kerana beri peluang pada I untuk berterapi bersama kawan-kawan untuk 4 hari.

Alhamdulillah untuk semua yang dikurniakanNya.
=)