Rabu, 29 Mei 2013
Ehem-ehem, kita dah berempat la ;)
Next week kita berbloging balik ye. ;)
Penat oooo tahan nafsu x buka laptop tengok blog sebab tak nak tambah rabun time berpantang.
Haha.
Isnin, 6 Mei 2013
Iman Reezqy: Pengalaman bersalin.
26 April 2013
Petang tu lepas kerja dan lepas cari hadiah harijadi untuk Iman Raneeya, I ajak Azreen pergi makan stimboat. Plan asal nak makan kat Jonis Seremban tapi last minit tukar makan kat Nilai je sebab tak larat nak jalan jauh-jauh. Sambil makan tu tiba-tiba rasa sakit semacam je. So, sambil makan puas-puas sambil tu kira contraction jugak. Hambik kau, lepas makan siap berpapah nak pergi ke tempat parking kereta. Dalam kereta, i cakap kat Azreen, mungkin I akan bersalin malam ni kot ;p Berjagalah mamat tu sepanjang malam dengan mode standby tapi harammmm bukan masanya lagi keluar malam tu. Kesian husband jadi burung hantu. Haha.
27 April 2013
Lepas kemas rumah segala dan husband pun dah qada' tidur, weols gerak balik ke Melaka. 27 April adalah hari lahir Iman Raneeya yang kedua tahun.
28 April 2013
Pagi tu dah janji dengan Banglong nak shoot gambar pre wedding dia. So lepak kat pantai Pengkalan Balak. While husband shoot gambo, I melayan Iman Raneeya main pasir. Tengaharinya lak, weols celebrate birthday Iman Raneeya. Then petang balik semula ke Mantin sebab besok husband kerja. Sebelum balik Mantin, I sempat melantak tapai pulut dua bungkus.
On the way balik Mantin, husband buat sesi luahan perasaan. Dia sedih sebab dah dua minggu tinggal anak kat kampung, tapi i tak beranak-beranak lagi. Terus akakkk hangen ok. Ingat boleh main paksa-paksa beranak agaknya.
Sampai rumah dalam pukul 8 macam tu, masak nasi sebab husband lapar. Hangin-hangin pun nasi tetap kena masak ooo sebab tamo buat dosa ;p
Sebelum husband makan, i suggest something kat husband. Kakak ofis suruh bersama kalau nak cepat bersalin. Then kami cuba. Lepas habis projek kahkahkah, husband mandi dan pergi makan nasi sebab dah pukul 11 malam dan game MU pun nak start dah. Dia nak makan sambil tengok game. I yang masih kat katil tiba-tiba rasa sakit contraction datang. I cuba kira, ia datang 10 minit sekali. Gulp! Terus cemas dah time ni dan terfikir takkan dah sampai masa bersalin kot.
I cuba tenangkan diri dan bangun pergi mandi semua, pastu duduk dekat husband sambil cakap perlahan-lahan. B, awak makan slow-slow sampai kenyang, then kita pergi hospital. Haha. Terus husband tak jadi makan dan kami bergerak ke hospital. Dalam perjalanan I dah minta ampun sesiap dah sebab sedor diri petang tadi dah menghangen kan diri kennnn. Dalam 11.30 camtu sampai kat bahagian kecemasan hospital. Nasib I baik malam tu sebab ada attendan hospital yang tolak I ke bahagian bersalin.
Then time register, bila nurse suruh pi kencing, I cakap, tak boleh nak kencing dah ni sebab I sekarang rasa nak berak. Terus diorang cemas dan suruh baring nak cek bukaan. Bila check, dah buka 8cm ko ;p Tak lengah-lengah suruh I tukar baju then tolak I ke labour room.
29 April 2013 @ 12.01 a.m
Sampai labour room, nurse datang check bukaan lagi, dah 9 dah time tu dan i memang dah ulang banyak kali dah i nak berak. Tak tahan sangat dah ni. Since i masuk labour room tanpa dokumen bersalin yang lengkap, Doktor suruh i tahan dulu dalam setengah jam. Bila i perasan yang doktor nak sambut tu lelaki terus i cakap kat nurse boleh tak suruh husband saya masuk since doktor lelaki yang akan sambut baby saya. Saya nak suami saya ada sekali.
Nurse cuba cari husband kat luar tapi xde. Doktor lak siap bagi telefon dia suruh I call tapi call tak berjawab. Time ni dalam kepala i dah terfikir mesti mamat ni pi cari tv sebab ada game MU pagi tu. Baru rasa nak hangennn, tiba-tiba husband muncul dan explain dia pi settlekan registration.
Lepas husband sampai, Doktor suruh ready untuk push sebab bukaan dah complete 10. Disebabkan baby besar, kaki i terpaksa dipakai alat untuk letak kaki tu. Push kali pertama, i dah cuba sebaik mungkin tapi tak berjaya. Kali kedua pun macam tu. Kali ketiga nurse siap pesan suruh baca doa nabi yunus dan teran sekuat hati. Suami pula sambil lap peluh i, berkali-kali dia cakap awak boleh yang, awak kuat tapi cubaan push kali ketiga tetap tak berjaya.
Sebelum push kali keempat, Doktor datang kat sisi I sambil cakap apatah i tak berapa nak dengar. Tapi ayat dia yang sempat i tangkap, puan kami minta maaf, kami terpaksa potong sebab bahu baby sangkut. i angguk je lah sebab i rasa elok potong tang bawah sikit daripada kena operate perut. Haha.
Push kali keempat, I cuba sekuat hati sambil push sambil curi tambah nafas sambil cakap dalam hati boleh ain boleh kalo tak bole kang ko kena operate perut. Alhamdulillah, bila husband cakap kepala baby dah keluar terus i push lagi untuk keluarkan badan pula. Keluar-keluar je terus terdengar nurse cakap, baby puan memang besar.
Keluar-keluar je dari perut baby nangis dan baby diletak kat dada I. Lepas husband azan, Doktor tanya i jantina baby dan nombor ic. Bila i kata baby boy, doktor jawab eh pink la puan. Sempat lagi ko nak bergurau- gurau ea doktor.
Lepas dah confirm jantina semua, coktor suruh husband keluar sebab nurse nak teruskan jahit pula. Maka proses bersalin I ditamatlah dengan 20 jahitan yang kan main best lagi. ;p
Pada pukul 12.37 pagi, 29 April 2013, maka lahirlah Iman Reezqy dengan berat rasmi 3.8 kg. =)
Alhamdulillah, proses bersalin i dipermudahkan Allah, tapi ada bahagian lain yang Dia sedang uji. Tentang 'itu', next time i cerita k.
Ok, dah. Tata uols.
Langgan:
Catatan (Atom)