Khamis, 21 Ogos 2025

Alhamdulillah, layak ke Final!



Salam semua,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izinNya, kami layak ke Pertandingan Akhir Koir Peringkat Negeri Sembilan. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. All hard work paid off! Bestnya dapat perform lagi kat stage! Haha, i suka!

Throwback awal nak join dulu, dengan dah nak tarikh tutupnya, dengan kalut cari orang, dengan yang bersuara sedap tak boleh nak commit lah, down juga awal dulu, tapi tetaplah kami redah semua. 

Yang best lagi, bila cabut undi, dapat giliran pertama buat persembahan.
Ya Allah, dah lah first time nak join koir, bertanding dengan agensi luar, ambik kau, terus jadi orang yang pertama.
Haha, kami redho dan pasrah je lah. Tak kan nak tarikh diri lak!

Sesi sound check di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, Negeri Sembilan. Hangkut semua! Sebab dah diorang ikut ke sini, mula cari alasan ya nak ikut time pertandingan.


Dapat team yang best, mix Millenials dan Gen Z, memang meriah je lah group Whats App tu. Cikgu dan Manager pun dok melayan je. Siap ada tshirt tau kami! Nama kumpulan, USIMIAN Rhapsody.

Ingat senang-senang Pusat Kebudayaan kami nak bagi join pertandingan luar. Siap ada sesi Preview. Siap kena kritik. Gaya tudung pun diorang komen.

Sesi preview boleh tengok kat SINI

Yang si Adik pun siap komen, Mami why Aunty tak happy menyanyi? 
Haha!
Semua nervous dik!

Dah kena kritik, kenalah buat penambahbaikan.

Ada satu komen cikgu yang melekat kat kepala I:

Muka tu jangan Makcik Kerajaan sangat ya! 
Enjoy menyanyi. You nak hiburkan orang.


Baik cikgu! 😛

Hari pertandingan peringkat saringan pun tiba! Yes, depa berjaya tak pergi sekolah.

Reezqy dapat MC, kakak ada masalah transport.
Dan adik mula bertanya, kenapa adik sorang je yang sekolah?
Haiii lah, cuti je lah semua.


Naik bas je semua. Senang nak jaga, kata Manager. 
With my sulung, Kakak!


My officemate, Adilah. Bagus dia ni, volunteer nak masuk. Sonang kojo den cari orang.


Dah ikut tu, pandai-pandai lah bawa diri ya. 
Ada team Polis Negeri Sembilan juga join. Takutkan si adik, Polis, tengok budak ni tak sekolah!
Haha.


with my sleeping partner =p
Sebab dia ada, I join juga. Kalo tak, memang tak la. Dialah tukang betulkan suara, betulkan nyanyian.


Soprano Ladies 💓


Make it rounded Soprano!!!! Haha.


Backstage


Dengan Adilah lagi. 


Lepas habis persembahan, kebetulan ada staf yang rebah. Kami pula ada seorang team medic, cuba la bantu apa yang patut sebelum ambulan tiba. Tiga hari lepas tu, kami menerima perkhabaran, puan yang dibantu telah kembali ke rahmatullah.


Ayuh!


Esoknya, baru juri announce kumpulan yang berjaya ke Final. Mana yang tak dapat join, tunggu keputusan secara online je la.


Lepas sesi saringan haritu, terus buat postmortem. Haha. Lebih  pada membahan sebenarnya pada yang buat mistake.

USIMIAN Rhapsody!
Persembahan Saringan boleh tengok DI SINI



Alhamdulillah, Tahniah korang! We did it! 
Dari introvert, keras, kayu makcik kerajaan turn out to beautiful, elegance Merak Kayangan!

Syukran Cikgu Haqim, Komposer Adika dan Manager Mat yang banyak bersabar dengan kami. Terima kasih juga pada para Juri USIM yang kritik kami, haha, terus sedar diri buat betul-betul.

Now menunggu, pertandingan akhir pula. Insha Allah moga ada rezeki kami bergelar juara, aminnnn! #roadtofinal #doakanUSIM

1 ulasan: