Selasa, 31 Disember 2024

Alhamdulillah 2024, Bismillah 2025

Salam semua, 
Alhamdulillah, dipertemukan kita semua ke penghujung tahun 2024. 
Insha Allah esok pula, bermula tahun 2025.

Compilation antara kegembiraan sepanjang tahun 2024. 

Allahu akhbar, begitu banyak kegembiraan yang Allah dah pinjamkan namun kadang tu, masih lagi berduka untuk setiap ujian kecil yang kadang-kadang Allah uji =(
Nikmat mana lagi yang nak didustakan wahai Ain Syajelinnn!


Insha Allah, semoga tahun 2025 nanti akan terus diisi dengan perkara  yang gembira dan bahagia, rasa kecukupan untuk setiap rezekiNya, kesihatan yang lebih  baik untuk beramal ibadah yang berterusan sebagai bekalan di 'sana'.  

2025, sila baik-baik sahaja ya!
Aminnn!

Khamis, 26 Disember 2024

USR @ Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Melaka

 Salam semua,

Last week, I join team Infra di office I buat Universiti Social Responsibility (USR) di Bukit Batu Putih (BBP), Port Dickson (I baru tahu, BBP tu letakknya kat Melaka, haha). Asik dok office je kan sampai kulit kering sejuk dek aircond, moh la kita ambil udara segar, ambil vitamin-sea dan melihat keindahan alam.




Lama dah tak pi PD, walaupun ia terletak dalam Negeri Sembilan je. BBP pula lama dah tak naik sebab busy menyelamatkan dunia. =p


Minta izin kat AJK program bawa kakak sama sebab sekolah dia buat cuti giliran untuk pelajar SPM. Dulu, kenit je kakak naik BBP ni. Now, dah besar panjang.

Tujuan program ni diadakan ialah untuk mengeluarkan peluh, menyihatkan badan, sambil mengutip sampah yang ada di sepanjang perjalanan. Semua staf dibekalkan dengan plastik sampah dan sarung tangan.


Nasib bawa kakak, dia la yang tolong kutipkan. Haha.

Now, BBP dah ada pelantar ni. Hikers akan jumpa ni sebelum sampai ke puncak.

Cantik view kat sini.


Since I kan baru join jabatan ni, I ajak juga Hajar, staf admin kat situ join. Dia pun dalam minggu-minggu akhir kat situ sebab dapat offer jawatan tetap kat tempat lain, moh la kita sama-sama beriadah.


Jalan menujuk puncak ni agak mencabar sikit. Kena daki batu-batu. Pose tetap pose walaupun jalan di hadapan penuh cabaran.

Antara yang berjaya sampai di puncak. Program ni dibuat time hari bekerja so takda lah ramai sangat kat atas ni. 


Acik menunggu sampah yang dikutip oleh anaknya. Haha. 
Seronok I ada staf snap gambo macam-macam gaya. Lama dah tak rasa happy gini sebab suami I jenis malas nak ambil gambo isterinya.


Kami berhenti lunch di tepi pantai sebelum turun semula. Sambil-sambil tu juga kutip sampai area tepi pantai ni.

Ni first time I sampai area pantai ni. Bila pergi dengan husband, kami ambil jalan shortcut je sebab malas nak layan 'drama swasta' anak yang penat.


Happy tummy, happy me!


Sebelum pulang moh bergambar kenangan.


Throwback tahun 2020. Time Covid tapi dah boleh beriadah. 


Bye bye BBP. 


Selasa, 17 Disember 2024

Giveaway by Ejulz 2024

 Salam,

Blog walking tadi tengok Kak SA share giveaway ni. So, saje la join for the first time untuk tahun 2024. 

Time zaman menulis blog tengah hot doluuuuu, ramai bloger buat giveaway gini. Ada la join rasanya sesekali. 

Now, dah berbelas tahun berlalu, kita join lagi, saja memeriahkan majlis. Lagipun, tengok cara, mudah je nak join. Tak payah mengarang panjang-panjang pun. Moh kita!


Kepada sesiapa yang nak join, sila follow syarat berikut:

Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz 2024

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by Ejulz 2024". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz;
4. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen post ini;
5. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 atau hadiah random untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat : 31 DISEMBER 2024

Jumaat, 13 Disember 2024

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPKK

Salam, 
Semalam rasa produktif sangat sebab ada macam-macam program. Haha! Siap turun sekilo berat ya sebab ke sana sini.


 

Penutup segala program semalam adalah hadir ke majlis solat hajat dan bacaan yasin di sekolah Abang sempena UPKK. Dah la bos tiba-tiba nak buat meeting 4.30 petang. Dengan baju tak ready apa untuk ke sekolah si Abang, kita doa je la agar meeting tak banyak hal dan habis cepat. Dah tua-tua ni tak payah stress, just follow the flow. Kita rancang, Allah pun rancang, rancangan Allah adalah yang terbaik.


Alhamdulillah, almost 7pm, berjaya juga sampai ke sekolah. Hangkut semua untuk support Abang yang akan menduduki peperiksaan UPKK bermula 6 Januari 2025. Dapat join solat Maghrib berjemaah, baca yasin, dengar ceramah motivasi, solat isyak dan solat hajat.


Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan Abang dan kawan-kawan yang akan menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk menjawab soalan, diberi kefahaman untuk semua yang ilmu Ustaz dan Ustazah telah ajarkan dan beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Tahun ni untuk ujian UPKK, kertas Adab ada format baru, so jumlah mata pelajaran yang akan dinilai adalah 9A.

I selalu cakap kat Abang.
Abang, UPKKKKKKK???
Dia akan jawab: 9A mami.
Haha. Saja suka mengusik dia.



Terjumpa pula mantan big bos di majlis ini sebab dia pun hadir juga sebab cucu sulungnya sebaya si Abang. I pun kenal anak big bos ni. Kenal anak dia dari zaman anak dia sekolah lagi, now dah beranak-pinak.


My heroes =)

Ada slot bersama Penceramah tentang peranan Ibu Bapa ketika anak peperiksaan. Penceramah tanya anak-anak, siapa yang nak duduk asrama, dia suruh bangun. Lepas tu dia tanya lagi, siapa yang nak sekolah harian, pun suruh anak bangun.

I perhati je abang, dua-dua soalan Penceramah tu dia tak bangun. Balik tu I tanya dia, kenapa abang tak bangun bila Penceramah tanya tu? 

Dia kata, dua-dua sekolah dia tak nak.
Dia nak pergi Tahfiz yang TAKDA ASRAMA, atau,
sekolah sukan yang TAKDA ASRAMA.

Tergelak I dengar.
Memang takdooo la bang sekolah gitu!




Isnin, 9 Disember 2024

Majlis Kahwin Anak Penolong Ketua Kelas


Salam dan Selamat Hari Isnin!
Selamat memulakan hari kerja dengan mood yang ceria walaupun cuaca gloomy je memanggil-manggil rasa nak tidur.

Mood I pagi ni happy sangat sebab semalam baru lepas jumpa kawan-kawan sekolah. Kami berkumpul di Majlis Perkahwinan Anak Penolong Ketua Kelas Kami, Emiliana (baju pink dalam gambar) atau nama glamour dia kat asrama ialah Ichom. Thanks Ichom jemput kami semua, dapatlah reunion sekejap.

Gambar dengan pengantin langsung takda. Cuma ini je la bukti yang kami hadi majlis Perkahwinan mereka. Haha.

Dah berjanji dalam group Whats App nak berkumpul pukul berapa, tapi tu lah, tak semua sampai tepat pada masanya. Weekend kan, keadaan trafik pun kita faham-faham je lah.

I datang tumpang Hajar (yang duduk). Kami sampai dulu, sambil makan, muncul Piya, yang depan, kemudian Adi (tudung kelabu). Terus semua masuk frame.


Time sampai tu tengok Mak Pak Pengantin sibuk melayan tetamu, kami terus cari meja je duduk dan makan. Lepas tu Mak Pengantin terkejut tanya bila kami sampai haha.


Ummi pula sampai, masuk frame lagi. 


Kecoh bergambar, Emma (tudung biru) dan Atie yang hujung tudung pink pula sampai. Meh bergambar dulu. 

Maulud, wakil budak lelaki yang hadir join the frame sekali  dengan kami tarik Mak Pengantin yang lalu.  

Kami semua bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, tahun 1999-2000. Ada yang 20 tahun lebih dah tak jumpa.


Sebelum nak balik bergambar lagi dengan Shilin (tudung oren). Tak sempat nak tunggu Ekorn sampai sebab I pun tumpang orang. Hajar nak kena gerak cepat sebab nak hantar barang anak dia di asrama sebelum 5.30 petang.

Last frame sebelum semua balik ke sarang masing-masing. Yang baju hijau tu kelas lain, tapi dia selalu lepak dengan kami di dorm, so kena masuk gambar juga. Haha.

Kami tak sempat tunggu Ekorn yang sampai lambat. Dia pun sedih sebab tak masuk frame. Nak buat cemane, masing-masing ada hal yang perlu diuruskan. Dapat bersua sekejap je pun semua dan tak  dapat berborak lama.

Kepada Emak Pengantin, terima kasih jemput kami datang. Maaflah acik-acik 41in denials ni buat kecoh buat macam majlis sendiri. Kami dah lama tak jumpa, tu yang jadi gitu.