Isnin, 10 November 2025

Muar, PAP datanggg!


Salam semua,

Dah lama sebenarnya teringin nak pi Jalan-jalan cari makan kat Muar, so bila Popo ajak,

Kak Ain jom pi Muar pada 24 Oktober?

I  terus on je. Terus invite rakan seperjuangan di kalendar. Haha!

Kalau ikut perancangan, ada 5 orang peserta tapi itulah, kita merancang, Tuhan menentukan, dari berlima, terus tinggal tiga je. Tetap kita teruskan perjuangan Muar, PAP datang!

P.A.P stand for Popo, Ain dan Pijah.

Sebelum  subuh, Cik Pilot dah roger dah. Dan macam biasa, kitonyo kalo nak berjalan, yang di rumah takkan dibiarkan kelaparan. Masak dah lauk tengahari. Sarapan pagi, pandai-pandailah Apaknya cari roti canai nanti.



Bismillah, lepas Subuh, kami pun memulakan perjalanan ke Muar, Johor yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan.


Dah ke Muo, haruslah bersarapan Sate dan Soto! Plan asal nak ke tempat viral, tapi malangnya  hari Jumaat tutup. Teruslah kami menuju ke Mael Satay ni.


Sebelum makan jangan lupa bayar parking sebab kami datang ni hari bekerja. Bangsa Johor kena download apps parking dia sendiri.



Alhamdulillah, sedap semua menu yang diorder walaupun last minit search tempatnya di Tiktok.

Dah isi perut  moh kita berjalan di Muar Street Art. Dua orang rakan seperjuangan dalam Misi ke Muar, Popo dan Pijah. 

Pijah pinjam tripod suaminya lepas tu tak belajar cara guna. Dah kena VC cara nak buka.

Kenyang perut, muka pun happy nak berjalan.




Kebetulan Mael Satay tu terletak dekat dengan Muar Street Art. Berdepannya pula Hentian Bas. Sempat la tumpang toilet dan terlihat ni. Sebarang sana tu Tangkak. Dipisahkan oleh sungai je.



Snap gambo la, buat video la, almost tengahari juga kat sini Muar Street Art ni. 


Perut rasa kenyang lagi, so kami skip tempat lunch dan terus je ke Laman Bakau Parit Kassim di tengahari buta. Layankan permintaan nature's lover, si Popo.




Seronok juga ya masukkan tempat gini dalam itinerari. Tenang dan damai je rasa kat sini. Bergelak ketawa ambil gambar dan video sambil menghayati kehijauan alam.

Dari Parit Kassim, kami patah balik Bandar Muar sebab nak ke Kedai Kopi 434. Tak lengkap kan kalau datang kat sini tak try kopi muar. Parking area hentian bas, kena lalu jejantas untuk melintas. Lamanya lahai tak guna jejantas.

Kat Kopi 434 ni juga, I cadang buat pertukaran hadiah. Tengok kat IG dan Tiktok, trend orang campak hadia atas meja, lepas tu ambil sorang satu, so kita pun nak ikut trend la. Cumanya, dah tak ramai kan, dapat sorang dua hadia je lah. Haha. I tetapkan hadiah minimum RM10, kalau lebih dialu-alukan. So, ini hadi dari I. Lip serum dari Anas, mini kalendar 2026, kerongsang comel dengan box kecil dan purple tu hand wash.


Kami dengan give exchange masing-masing.


Menu minum petang kami di Kopi 434.



Nak makan asam pedas, perut full lagi. So, I ajak diorang tapau Asam Pedas Pakcik Daud di area Parit Jawa. Kedai bapa mertua kawan office juga ni.

On the way balik, Popo ajak singgah Klebang, Melaka sebab dia teringin keria gula Melaka.


Takkan nak cakap tak pula kan sebab dia pilotnya. Kita ikut je lah.


Dalam pukul 5.30 petang kami pun gerak pulang semula ke Nilai.


Esoknya ada balance asam pedas sedapnyaaaa yang ditapau tu, kita buat sarapan lawankan dengan lempeng.








Jumaat, 7 November 2025

Hulu Cafe with Yeppo

Salam semua,

Wei, aku nak tanya ni!
Suka matcha atau suka kopi?
Kalau suka kopi, baik kau pilih ku di sini!

Haha.
Tu lagi si adik selalu nyanyi. Sesuai pula pos kat sini sebab kena dengan temanya.

Ada satu Cafe baru buka di area tempat kerja ni dan kami berdua dapat jemputan for their grand opening. So, jom la kita.

Pernah dengar Hulu Cafe?
I pun first time dengar ni. Jenama tempatan rupanya walaupun menu dia kedengaran agak kejepunan sikit haha.

Cantik kan dekorasi cafe ni?

Ini lah dating partner I Yeppo or Popo.

Fokus minuman kat sini ialah matcha. Even tak berapa suka, I try jugalah order Ichigo Mathca. Kombinasi matcha dengan strawberry, so boleh la telan sikit airnya bila dah mix dengan masam strawberry.

Kek matcha tu sedap sebab dia ada campur-campur kacang. 

Candid by Popo! 
Keluar dengan budak-budak muda ni, auto gambor ko pun nampak muda. =p


Kena queue untuk masuk ni walapun dijemput. So, sambil beratur, sambil staf depa rekod video promosi. Kita tadah je la muka dan ikut apa yang disuruh.

All the best Hulu Cafe!
Moga dapat bertahan lama, Insha Allah.



 

Jumaat, 31 Oktober 2025

Penutup Bulan Kebangsaan 2025

Salam,

Kisah penutup bulan kebangsaan pada tahun ini. Seperti tahun-tahun lepas, ia akan ditutup dengan perbarisan dari setiap jabatan yang ada di kampeni I ni.  This year, since ia jatuh di minggu cuti sekolah, tak berapa nak dapat sambutan sebab ramai bercuti.

Husband siap ajak anak-anak untuk cukupkan korum sebab Fakulti dia tak berapa nak ada orang.
Haha, tak aci!


Upah untuk tolong Dedi.



Si adik nak ikut Mami, tapi Dedi tak bagi.


Yang selalu ada, termasuk juga untuk program office. Haha!


Bos I pun suruh hantar team untuk perbarisan ni.  
Maleh sebenarnya nak cari orang haha. So I post je la dalam group telegram, siapa nak join bagi nama. Pakaian, baju kurung/baju melayu warna bendera Malaysia, lelaki pakai selempang kain pelekat, perempuan pakai selempang kain batik. Akesori kepala tu, tengok dalam stor ada, moh kita guna.

Alhamdulillah, ini lah hasilnya =)


Alhamdulillah juga, jabatan I menang salah satu kategori perbarisan yang dipertandingkan.


The laki-bini yang tetaplah aktif walopun dah umur hmmm, hello 40an!


Hadiah pertandingan puisi juga diberi pada majlis penutup.


My team, menang kategori Budaya dan Warisan.


Terima kasih korang, takda korang, takkan menang kita.

Gambar Ihsan dari kampeni 😀

 

Ahad, 26 Oktober 2025

Majlis Kahwin Dak Tirah

Salam,

 Entri terperam ni, dah upload gambar tapi tak post. Moh kita postkan.

Majlis perkahwinan anak jiran merangkap saudara-mara juga, Dak Tirah dan pasangannya dalam bulan jun lepas. Since makcik-macik asyik ingatkan suruh balik, baiklahhh, moh kita!


Time kenduri-kendara je la dapat jumpa adik beradik dan sepupu. Haha. Nampak, jadual husband I busy! =)


Nak balik kampung kenalah bawa suami. Kang orang kampung asyik tanya, suami mana? 
Anak dah bapak pepandai lah bawa diri ya. Ommak bila dah jumpa sepupu-sepapat, memang tak nampak bayang dah. Kakak, as always, dengan kipas berpisah tiada.


Meriah majlisnya.


My girls! Dari kecik sampai beso, membesar bersama-sama.


Me with Nenek, my sister, Aunties and Uncle.



Ya Allah, rezeki terserempak pula dengan kawan sekolah rendah. Hai Liza!


The perantins. Emaknya saudara arwah Ibu. Kami dedua dah takda mak dah. Yang all white, my kakak saudara dengan anak daronya.



Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.
To Tirah dan husband, selamat melayari bahtera rumah tangga. Moga dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawadah warahmah.




 

Jumaat, 24 Oktober 2025

Perkhemahan Kadet Polis Kakak

Salam,

Dah ada anak ni, baru I faham perasaan kenapa ibu dah abah dulu susah sangat kalau nak bagi pergi ke tempat yang jauh dari pandangan diorang. Nak join pendakian tak boleh, nak pergi camping tak boleh, nak join rombongan tak boleh. Kena pujuk, merayu beriya, baru dapat kebenaran.

Begitulah sekarang ni, turn I pula rasa dengan anak sendiri. 

Semua mak dan ayah sayang anak-anak mereka. Sayang tu kkadang sampai takut nak lepaskan ke mana-mana dan jadi strict tak tentu pasal.

Begitu juga lah dengan kisah si kakak ni. Serba salah nak bagi di join perkhemahan kadet polis ni sebab dia ni nampak keras tapi dalamannya lemah. Kita ni takut, bila dia pergi, nanti akan menyusahkan peserta lain dan cikgu-cikgu pula.

Puas dia merayu, cikgu pun siap hantar personal message dan call I, akhirnya bagi jugalah kebenaran. Kami redho je la apa jadi.




Tak sedap hati seorang emak ni kadang ada betulnya. Memang berdebar je dan asyik tengok phone je I ni time dia kat camping tu.

Seperti yang dijangka, esok paginya, time sampai ke office,  cikgu call suruh ambil dan bawa pulang. Begitulah kak. Bukan mami tak bagi pergi, tapi condition awak tu sendiri yang buat kami serba salah dan sentiasa risau.

Nasib ah acaranya dah habis, walaupun dia menangis sebab tinggal satu hari je lagi, tetaplah kami bawa pulang sebab tak nak menyusahkan orang lain pula.

Dan seorang ayah, dek kerana sayangkan anak, esoknya sanggup, hantar semula anak ke tempat camping untuk terima anugerah.





Insha Allah kak, next year come back stronger ya! Dah kuat rohani, Insha Allah boleh camping berapa hari yang kakak nak ;)

Apapun, tahniah Seremban 1, juara keseluruhan!