Khamis, 24 Februari 2022

Hello Langkawi 2022!

Salam,

Excited nak menulis walaupun pergi Langkawi dan berkali-kali. Haha! This time pergi lagi Langkawi tapi dengan Makcik dan Adik je. Lebih kepada Girls Trip. Pakcik siap merajuk sebab wife dia pergi tak bawa dia. Come on la Pakcik. Nanti Pakcik pergi  je lah berdua.  Nak mengedeng kat trip kami kang jadi serba tak kena lak. I pun tak bawa Azreen =p

So, kita share story Day 1 dan Day 2 la dulu, then next post pasal Pulau Tuba, Langkawi lak.

Actually, Mama (Makcik di Penang) selalu bercuti bertiga dengan dua kakaknya tapi this year Ibu dah meninggal, dia ajak I. I pula tak nak kena drive, ajak Amy, adik ketiga. Adik kedua tak boleh ajak sebab dia tak vaksin lagi time plan ni dibuat.

Banyak juga dugaan time nak pergi haritu.

First, mentang-mentang beli tiket murah, suka hati AA je pergi tukar masa. Dah la kita ni susun itinerari beria, terpaksalah tambah duit untuk nak dapatkan masa yang ikut itinerari. Tiket terus jadi harga asal. Bila check dengan kawan, dia yang tak beli tiket promo pun sama ja, AA buat gitu. Nakal AA!

Dua hari sebelum nak pergi, kelas anak ada kes C19. Kena tutup dan anak kena kuarantin. Time buat saliva test ada pula keluar line samar. Jadi serba tak kena semua. Makcik dah risau sebab I yang tukang arrange semua. Bawa la pi klinik buat full PCR. Alhamdulllah, negatif.

Pada masa yang sama juga, Paklong warded sebab C19. Serba salah antara nak pergi dan tidak. Makcik yang di Penang terus keluar ayat sedih kata, kalau tak nak pergi, dia pi sorang je lah. Tak sampai hati pula nak biar dia pi sorang, so kita tawakal ajalah. On juga program ni.

Day 1 @ Langkawi

Since kami (I, Adik dan Makcik), sampai awal, kami breakfast dulu kat Airport sementara menunggu Mama yang sampai 30 minit selepas tu.

Thanks Amy belanja =p

Dalam pukul 11, Mama sampai, terus ambil kereta sewa yang dah dibooking awal. Dapat sewa VIOS dengan harga RM200 untuk 3 hari 2 malam. 

Ikut aturcara, patutnya nak pi check in hotel dulu kat Cenang, petang ke Cable Car, tapi rasa malas pula nak patah balik dari Cenang ke Cable Car, so I call je hotel cakap nak setelkan payment then masuk petang.

Di Cable Car pun tak payah beratur panjang sebab tiket nak dah beli online. Pergi waktu tengahari, tak seramai waktu pagi. Smooth aja naik cable car. Sampai atas tambah RM6 untuk lalu kat Sky Bridge ni.


Sebelum-sebelum ni naik Cable Car tak pernah nak singgah Sky Bridge. So, kali  ni kita try. Gayat juga rasa bila berjalan atas ni sebab terasa jambatan ni bergoyang ditiup angin. Apapun view kat atas ni Ya Allah, cantik betul. Time tengahari, memang lighting natural clear aja nampak semua.


Sempat menyinggah kat Harbour Park ambil gambar sebelum ke Cable Car. Beriya ajelah bergambar, padalah esoknya naik cruise kena datang sini juga.


Balik dari cable car, Amy nak makan laksa. So, kita berhenti la dekat tepi jalan lepas Harbour Park tu. I order rojak buah. Sedap. Pasemboq tu pun, kuah dia sedap. Licin semua makan dek kelaparan sebab tak lunch lagi.


Dalam pukul 4 macam tu kami check in di Malibest Pantai Cenang.  Resort ni best, mengadap pantai, tapi kami tak diberitahu yang Resort ni tengah renovate, so rasa terganggu betul dengan kerja-kerja renovation yang sedang dijalankan. Takpolah, fikir untuk tidur je, so mana yang tak best tu kami buat tak nampak.

Rehat sekejap, solat semua, then kami meneruskan misi untuk merealisasikan tujuan I datang sini. Haha! Jom.

Are you ready?

Yes, I'm readyyy ;)

Inilah misson Cheq! Ya Allah, happynya dapat naik parasailing ni. Kalau dengan Azreen ni memang dia tak bagi naik sebab dia ada height fright. Naik kereta cabel pun dia bebel-bebel, inikan pula nak naik ni. Memang dia tak bagi. Nanti jatuh la, takut putus la. Ada aje alasan dia tak bagi naik.

Happy gila! Tercapai hasrat melihat ciptaan Allah dari atas melalui parasailing. Subhanallah, Alhamdullillah, Allahu Akhbar! Indah betul tengok gunung menghijau, laut yang luas, manusia nampak macam semut dari atas tu. Rasa enjoy sangat asik ulang tengok video adik ambik. Siap nyanyi kat atas tu satu lagi.


Dinner malam tu, ikut plan patutnya pergi Kuah nak makan seafood sebab review orang, seafood kat Cenang mahal. Tapi sebab semua dah letih, dan malas nak keluar takut takda parking lak nanti, I cakap kat diorang kita dinner kat Cenang je la ye. I try cari kedai yang ok sikit harga. 

Alhamdulillah terjumpa satu kedai ni. Kedai biasa-biasa je. Sekali dia tanya, akak nak duduk depan atau belakang. Belakang sea view, harga food sama je. Haruslah kita pilih sea view. 

Pergi ke belakang, Ya Allah terkejut, lawa decor yang di belakang berbanding di hadapan.  Siap boleh pilih nak duduk tingkat bawah atau  atas. Depa pun ada buat offer deco-deco if ada nak sambut birthday or anniversarry.  Since esok birthday Mama, try juga nak book tapi dah full sebab esoknya tu malam Valentine. Overall, harga food kat sini ok dan rasa sedap. Sebab bawa warga emas kot, Allah pun bantu permudahkan ursan cari kedai sea food murah dan sedap.

Day 2 @ Langkawi

Hari kedua ikut jadual semua program atas air iaitu Mangrove Tour dan Sunset Cruise.

Makcik  nak makan Nasi Dagang Pak Malau. Moh kita! I bawakan je. Sampai awal, dapat port best. Dapat lah makan pulut panggang yang sedap ada kat sini. 

Tersalah port menunggu untuk Mangrove Tour. Dah puas bergambar, baru perasan kenapa takda orang. Haha. Laju-laju cari tempat menunggu yang betul. Bot kita sewa sebiji, so lewat pun, depa tetap kena tunggu.

Ha, ini tempat menunggu yang betul. Marilah kita teruskan bergambar. Sebab tu I bawa adik. Selain sebagai Driver, dia juga merangkap jurugambar tetap =p Gurau je ye Mi. Thank you tolong ambil kan gambar kita.

Include dalam pakej Mangrove dia akan bawa ke restoran terapung. So silalah order, makan dan bayar sendiri. Ikan tu kalau pilih jangan sampai beribu-ribu ye ;) I order mee sotong sebab bukan penggemar udang.

Trip ni juga kami join dengan kawan Amy yang kebetulan pergi pada tarikh yang sama. Bot Mangrove kami share bayar. Thanks Dut, my strategic partner!

Order, order, Mama bayar! Dengan Dut punya sekali Mama bayar. Thanks Ma =)

Nyinggah bergambar di Kilim Geoforest. Time ni I rasa mual dah. Kena cari air coke turun bot  nanti nak buang angin mual tu. Ni petua I reka sendiri.

Petangnya pi Sunset Cruise lak. Kena berkumpul di Harbour Park. Mama set tema siap sponsor dress ni. Nak tak nak kena la pakai.

Struggle betul I rasa pakai dress kembang ni. Naik cruise kan berangin, kembang-kembung jadinya skirt tu.  Penat nak handle walaupun dalam pakai seluar panjang, tapi rasa rimas sebab skirt tu tetap terbang-terbang. 

Time cruise juga kami surprise kan Amy dan Mama sebab birthday mereka 15 dan 18 February. Satu kapal menyanyi untuk depa. 

Demi beratus keping gambar. Haha. Strike a pose! Boh kat blog sekeping ni je lah.
 
Selesai sesi bergambar laju-laju tukar baju pi mandi. 

Ikutkan sunset cruise ni tujuan utama adalah untuk melihat matahari terbenam tapi takda rezeki kami, nak hujan pula time tu. Patutnya cruise habis pukul 8, tapi 7.30 dah mendarat di port sebab Captain risau kami basah dek hujan nanti.

Balik dari cruise, mandi solat semua, kami keluar area Cenang untuk cari coklat. Sebab dah survey, rasa kat Cenang murah lagi coklat. Cuma tak semua coklat ada. Mana coklat yang takda kat Cenang, esoknya kami topap kat Rams.

Next, posting pasal Pulau Tuba lak.

Till then semua. 
Wassalam.

1 ulasan:

  1. lamanya tak jejak langkawi bercuti2.. 14 thn rasanya 😅😅

    BalasPadam