Ahad, 31 Mac 2013

Jom tonton TV.

I layan TV ni bila  masa rancangan I jelah. Kalau takde, I lagi suka tidur or main masak-masak. Haha. Antara rancangan TV yang dapat ditonton kalau tak berebut dengan suami or Iman Raneeya:


America's Next Top Model: College Edition. Haha. Paling suka, dari first season lagi hingga sekarang tak pernah miss tengok.  Sekadar tengok je lah, tapi  nak bergambar or dressup apatah makeup feeling feeling model nan hado lah. La, judges dah lain dah penilaian untuk mengekalkan model pun dah lain. Siap guna media sosial lagi untuk menentukan siapa Top Model ok.  So, far, I masih belum ada peserta fav lagi sebab rasa yang terpilih kali ni semua macam tak cantik je. Haha. Faktor anak lelaki kot, tu  yang terasa semua tak cantik camtu kot. ;p

Next, kat channel Bella, drama Beauty Queen yang menggantikan drama Magika sebelum ini. Masih lagi cerita pasal cantik-cantik juga. Azreen bengang je  sebab terpaksa kena tengok. Memula  haritu macam best best jugalah lah layan sebab ada pertandingan ratu cantik semua tu. Tapi sekarang, drama ni dah jadi complicated lah sebab ada Donald yang psycho tu. Lepas tu, I lagi suka tengok Rebecca daripada heroin, si Maita sebab I rasa Maita tu macam dah tua je and tak sesuai pegang watak heroin ;p

Selain rancangan kat atas, I suka juga layan movie. Paling suka cerita thriller, penyiasatan dan romance romance. Haha.


Ni haritu, mata tak boleh tidur, so terlayan lah cerita Trespass ni. Lakonan Nicole Kidman & Nicolas Cage (NC). Kisah pasal orang kaya yang rumah dia dimasukki orang dan mereka ni nak merompak. Orang tu dah lama aim rumah NC ni. Time tengok ni, I siap boleh terfikir, cemanalah kalau orang masuk rumah I pulak dan benda tu jadi kat family I. Haha. Emosi terlebih. Azreen siap tidur bangun tidur bangun tengok cerita ni. Tah apa apa tah. Ending cerita, diorang selamat dengan  bantuan si anak yang mula-mula dalam cerita ni suka melawan, jiwa muda kennnn, tapi dia juga lah  yang selamatkan makpak dia.

Next, movie what's your number lakonan Chris Evans (CE) yang handsomeeeee dan Anna Faris yang bersuara sexy tu. Hehe. Suke suke suke cerita ni sebab suka tengok CE. Tengok berulang kali pun takpe. Conclusion yang I buat tentang cerita ni, kadang-kadang kita tak sedar, bersusah payah kita mencari cinta, cinta yang kita cari tu sebenarnya ada dekat je dengan kita, DEPAN MATA *kelip-kelip mata kat Azreen. Haha.


Lastly, cerita  yang kami laki bini terpaksa kena tengok. Sekarang I dah faham dah bagaimana rasanya hati makpak yang ada anak yang suka tengok cerita kartun pastu terpaksa juga tengok cerita kartun bersama-sama si anak. Bagai dihiris-hiris pilu gitu sebab tak rela, tapi kalau tak tengok, si anak akan meraung sebab tak layan dia. Siap suruh nyanyi sekali ok lagu Wonderpet wonderpet kami datanggggggg. I kalau kena nyanyi, I  bantai je letak wording ikut suka hati. Ko hengat, Mummy ko nak ingat lagu Wonderpet tu!

Telefonnnnnn, telefon berbunyi.... *huh, terus seram!

Ok dah. Itu je nak cerita.

Notalipscumel:

31 Mac 2013, 
Happy birthday to my first love, my handsome man, ABAH. Semoga Tuhan sentiasa merahmatimu Abah dan dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan boleh pergi haji nanti. Amin.

Lagi dua hari lak, birthday Mr. Pornstar I. Haha. Terus garu kepala, taktahu nak bagi apa. Nak buat surprise cam tahun lepas dah tak larat dah. Nak beli hadiah, mamat tu sentiasa mengekor pula ke mana sahaja. Adoiiiii, nantilah fikir-fikirkan lah. Dan, harapnye, I tak lupa ;p

Jumaat, 29 Mac 2013

Kontraksi Braxton Hicks.

Since 32 weeks, I dah terasa dah kontraksi Braxton Hicks ni. Masa first time pregnant dulu memang agak cemas juga la mula-mula bila terasa benda ni. Tapi sekarang, since dah ada pengalaman, I amalkan teknik pernafasan yang betul je lah untuk mengatasinya. =)

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini. Braxton Hicks ini   mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.


Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda duduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.

Kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Copy and paste: Sumber 1.
Rujukan: Sumber 2.

Khamis, 28 Mac 2013

Pink loves mint.

Tiap-tiap tahun kalau tak buat post pasal ni, memang tak sah!
Kahkahkah.
Kan main! Ganti puasa pun baru dua hari je pun tapi dah sibuk nak cari warna tema untuk baju raya ;p ;p ;p

Tahun ni giliran beraya di rumah makpak sendiri. So, warna tema tahun ini adalah hijau. Adik ada bagi cadangan nak emerald green, tapi bila mikirkan kulit suami sendiri yang tak berapa nak cerah tu, I rasa, I kena pilih warna yang pastel dan light-light je lah untuk menyelamatkan kulit dia. Haha.

Eh, tahun ni pun giliran I juga untuk pilih warna bagi keluarga kecil I.

Dalam kepala macam dah fikir nak  pilih mint green je. Warna yang tengah in sekarang kan? Macam cantik sweet and soft je. Sesuai lah untuk keluarga kecil I yang tak berapa nak cerah, plus, warna ni adik beradik hijau juga.

Tapi, weekend lepas, time tengok movie Main in Manhattan *hoi, Maid la, apa taip main lak ni!, lakonan JLO tu, alih-alih suami  bersuara.

Yang, cantik dress JLO ni. Buat warna ni je lah baju raya kita tahun ni.

Mak oi, kan main lunak dan bersahaja je dia bagi cadangan tanpa rasa bersalah. Terus lupa yan tahun ni giliran I pilih warna. Nasib dia suggest warna tu, kalau dia suruh I buat dress macam tu untuk baju raya, ha, mau I kena perah otak nak fikir celah mana pulak nak selit tudung kalau pakai dress gitu. Haha.



Tapi I  buat dunno je lah cadangan suami tu. Tak kuasa nak layan sebab baju I warna pink pun dah banyak melambak. Lagipun, tahun ni kan nak sambut baby pon, haruslah kena pilih warna lain selain pink.

Sekali tadi, blogwalking kat The Perfect Palette, blog warna-warna tu posting pasal pink loves mint pulok. Haha. Macam tahu-tahu jelah I tengah mencari warna. Bila tengok kombinasi pink dan mint pun boleh tahan cantik juga lah.  So, mungkin boleh consider mint ada pink-pink sikit untuk baju raya nanti.

See, cantik kan kombinasi pink dan mint. Manis-manis comel je bila tengok warna ni. Kalau I  buat baju kurung warna mint pastu tabur manik-manik pink ke sikit mesti nampak manis je nanti kan walauuuupun alingmnet badan time tu tak tahu lagi dah kembali ke asal atau sama je macam time prengnant. Kahkahkah.

Apapun, I nak pi cari kain, lepas bersalin nanti. Kalau ada tailor yang masih nak ambil tempahan, I hantar lah. Kalau takde, I beli siap je. Untuk suami, dia dah pesan siap-siap, dia nak  beli baju Melayu yang dan siap. Dia tak suka tempah-tempah. So senang. Dah dekat-dekat nak raya nanti baru cari, so murah sikit  harga baju dia. Balance peruntukan dari baju dia nanti, I boleh pula beli benda lain macam kasut ke, tudung ke, handbag etc. ;)

Eh, eh, eh Ain, ko jangan lupa lak anak ko dah dua tahun ni ye. So make sure, ada juga peruntukan baju Melayu untuk si adik nanti ok. Bajet baju raya untuk anak pun dah bertambah jadi dua ye tahun ni. Harap maklum.

Haha.



Sumber: The Perfect Palette & Mr. Google

Rabu, 27 Mac 2013

Jaga anak sendiri.

Kalau Tuhan bagi aku buat permintaan,
dan dia akan tunaikan,
satu sahaja yang ada dalam kepala diketika ini,
mahu jaga anak dengan tangan sendiri.

Hmmm, kalau lah kan?

Wahai rasa menyampah,
sila pergi jauh-jauh.

Selasa, 26 Mac 2013

Rajin tak rajin sangatlah.

I rasa sejak mengandung kali kedua ni, I tak dapat langsung penuhi kriteria yang disebut-sebut oleh Mak Azreen bila dia tanya mak dia dulu, calon isteri yang macam mana Mak dia nak untuk Azreen buat isteri.

Kalau boleh, biarlah isteri Chik tu dapat jaga Chik macam mana mak jaga Chik.

T______T

Seriously, memang taklah Mak oi. Ampun maaf zahir batin sesangat. Mungkin faktor kemengandungan kot, kriteria tersebut tak dapat nak dipenuhi.

Kalau dulu masa bujang, singlet underwear siap disusun oleh Mak untuk dipakai oleh suami,  tapi sekarang?
Masa mengandung ni, I longgok-longgok je ikut jenis, senang suami nak pilih. Haha. Dasar pemalas sangat!

Kalau dulu masa bujang, baju seluar suami, single line ok wife Mejar Bersara gosok, tapi sekarang?
Ampun lah B, masa mengandung ni seluar you tak tahulah berapa line tah yang ada. Tak larat sungguh lah heh nak iron baju semua.

Kalau dulu, pinggan lepas makan, tak payah suami susah-susah nak basuh,  hanya letak di dalam singki dan terus pergi tengok TV, tapi sekarang?
Ampun sekali lagi sebab dengan periuk kuali sekali semua awak kena tolong basuhkan. 
Awak kena faham B, I insan yang lemah dikala ini. Dengan perut semua, I memang tak larat nak berdiri lama-lama nak basuh pinggan semua. ;p ;p ;p

Ampun sangat-sangat lah suami.
Mesti you tak jangkakan, akan jadi begini lepas kahwin dengan I dan lepas dapat anak sorang? Mesti you menyesal sangat-sangatkan dapat isteri macam I?

Haha.

I jadi malas yang hamatlah oi time mengandung ni. Kalau rumah suami tak kemas, memang I tak tahu lah nak gambarkan macam mana keadaan rumah. Mesti balik kerja akan serabut dengan rumah yang bersepah.

MALAS YANG TAK TERJANGKAN DEK AKAL SENDIRI YANG I AKAN JADI SEMALAS INI.

Tapi dalam malas-malas, tak setiap  hari pun lah I malas.
=)

Ada juga time yang tiba-tiba I rajin sampai suami pun naik cemas.


Macam last weekend, I tiba-tiba rajin lipat baju, siap susun balik dalam semua almari, lepas tu tukar semua cadar katil siap basuh, dan macam-macam kerja lagi I buat, terus Azreen cemas tanya, awak dah nak bersalin ke sebab awak buat semua ni?
Haha.

Lepas tu kan, siap buat kuih dua hari berturut-turut ok!

Pau yang tak berapa nak gebu sebab orang suruh pakai tepung pau, i pakai tepung gandum ;p

Ahadnya pula buat badak berendam kaler biru kan main. Sebab takde pewarna hijau, i letak je pewarna biru, so jadilah bluehippo berendam. Kahkahkah.


=)
Ok dah.
Starting entri dengan ending memang  saja tulis lain-lain.
Lepas tu saja taip panjang berjela, padahal nak cerita, I buat kuih tu je.
Haha.
Tata semua!

P/S: Sindrom susah nak tidur malam sudah datang! Hai la hai.

Isnin, 25 Mac 2013

Bunga durian.

Kalau durian dah berbunga, apakah maknanya?

Hmmmm, lu pikir lah sendiri jawapannya!
Oh kome, doghoyan dah berbunge.
Haha.

Bila tengok bunga durian ni, mesti akan terkenang memori zaman kanak-kanak dan bunga duriannya.
=)

Untuk orang-orang bandar, ni adalah ghope bunga durian nya belum nak kembang ye kawan-kawan ;p

Ni pula ghopenye bila bunga durian dah mekar kembang setaman.

Kalau uols  nak tahu, bau bunga durian ni wangi sangat. Bau dia fresh sweet sweet gitu dan memang sedap sangat dibau.

Ini tatau panggil apa, tapi  benda yang tampung kelopak bunga durian tu lah. Dalam benda ni kan, ada air yang manis rasanya. Dulu time kanak-kanak, kalau pergi kutip bunga durian, I akan minum air dalam benda tu. I panggil air tu madu.


Ni adalah hasil kutipan sepupu I minggu lepas. Dia pergi post kat FB.

Bunga durian yang kat atas ni boleh dimasak dan dijadikan lauk tau. I tak tahulah kat tempat lain, tapi kat kawasan kampung I, benda ni memang dimasak dan dimakan. Ada juga yang dibuat jeruk macam sawi jeruk tu, so, nanti-nanti kalau nak makan, ambil je bunga durian ni dan masukkan dalam masakan. Biasanya, nenek I dulu masak bunga durian ni buat masak lemak cili padi lawan dengan ikan. Sedapppppppp.

Dulu time kanak-kanak, bila weekend, nenek I mesti akan kejut pagi-pagi hadam suruh pergi tolong kutip bunga durian ni banyak-banyak. Dia nak buat jeruk. Senang simpan. Nanti, anak-anak cucu balik boleh buat masak. Bunga durian ni kena kutip pagi-pagi baru dia fresh. Bila kutip dah tengahari, dia jadi layu tak bermaya gitu. Haha.

Ni bunga durian yang telah dibersihkan. Kalau nak masak, kena buang yang hujung-hujung macam debunga tu sebab kalau tak buang nanti lauk atau jeruk jadi berlendir. So,  bila dah bersihkan, boleh lah dimasak dan dimakan.


I dulu kalau kutip, buang siap-siap debunga tu. Sambil kutip sambil buang. So memang lembap sikit kutip dan hasilnya pun sikit. Nenak I pula, dia kutip dulu. Debungan tu buang kat rumah.

Haha.
Terkenang-kenang  betul waktu dulu-dulu bila tengok bunga durian ni. Siap boleh terbau-bau lagi ooo bau bunga durian.

Eh, ada juga yang tanya I rasa bunga ni macam mana bila I post gambar ni kat IG.
Apa yang I boleh describe kan, rasa dia macam ala-ala jantung pisang macam tu lah. Sedap je kalau dilawan masak dengan masak lemak.


Gambar kredit: Encik Google dan Encik Shaha

Khamis, 21 Mac 2013

Oh my 'little' man!

Credit to Google

To our 'little' man,
You are a tiny miracle.

Lying close to my beating heart,
Each and everyday l feel your presence inside of my womb.

Dear Reezqy,
Daddy, Mummy and Kakak Iman can’t wait to meet you sayang.
;)

+-52 days to go.

Macam masa bercinta.



Hubs: Yang, nanti awak wassap gambar ni.
Me: Aiiiiiii, dulu masa bercinta, pandai je ambil sendiri gambar dari hp. Tak suruh pun, pandai je sendiri send gambar kat hp awak. Tau-tau je u post gambar i kat FB. Ni apasal nak kena send-send pulak?

Hubs: Hehe. Alah, send je lah. Tak baik melawan cakap suami.
Me: Tang suruh send gambar melawan takpa. Apasal nak gambar ni pula?

Hubs: Banyak tanya pula. Send je lah.
Me: Cakap dulu kenapa?

Hubs: Sebab awak dah jarang ambil gambar macam ni. Dulu masa belum kahwin selalu je.Kalau ada pun mesti dengan Iman Raneeya. Lagipun, gambar ni nampak macam awak masa kita bercinta dulu.


Kahkahkah.
Pelik-pelik je lah ko ni Suami.
Since ada anak ni, gambar SS memang kurang dah  sebabnya every second every minute, nak capture gambo si anak aje. 
Lagipun kan,
dah domok-domok bam-bam ni, muka penuh screen oooo kalo capture gambo muka.
;p

Rabu, 20 Mac 2013

Ikan keli, the story.



Kehkehkeh.
Saje nyakat laki sendiri kot-kot lah terbeli  nasi untuk fomfuan lain kan, siap ada ikan keli bagai semua tapi
rupa-rupanya dia tertukar nasi dengan I. Yang I punya pergi ke dia.
;p

I bukanlah tak makan ikan keli sejak lahir, tapi since satu peristiwa ni, terus i tak makan ikan keli dah. Tapi kalo takde pilihan, i boleh je tutup mata kunyah-kunyah dan telan. Tapi tekak akak kembang-kembang macam nak keluarkan balik je lah.

Azreen cakap, I orang kampung yang perasan bandar sebab tak makan ikan keli.
Haha. Cakaplah apapun, ado aku kesah?
FYI, abah I pun tak makan ikan keli jugak walaupun kami orang kampung.

Abah tak makan ikan keli atas faktor dia tahu macam mana ikan keli tu hidup, enviroment dia semua tu. So atas faktor tu dia memang tolak ikan keli dalam hidup dia.

I pulak, ada sejarah hitamnya. Haha.
Dulu, masa kecik, takde kisah pun ikan apa yang Nenek I masak, semua belasah je telan. Sampai lah suatu hari, i termengadap hasil tangkapan ikan sepupu I yang tengah disiang oleh Nenek, terus I tak makan ikan keli dah lepas tu.

Nak tahu kenapa?

Sebabnya, time Nenek I belah perut ikan tu, keluar umpan katak yang sepupu I gunakan.

Euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.
Terus ahkakkkkkk x makan ikan keli dah lepas tu.
Tobat!




Selasa, 19 Mac 2013

Resepi dalam pantang.

Nampak sangat malas memang berlipat kali ganda juta juta semua. Asyik buat repost je. Kahkahkah.
+- 4 weeks uols sebelum bersalin, mahu nye malas tak berlemak-lemak. ;p

Meh kita repost resipi sekali lagi. Tapi kali ini kita add pula link mana-mana resipi berpantang yang dijumpai time blogwalking.

1. Fillanie - Resipi Siakap Stim


Kumpul banyak-banyak untuk senang di hari berpantang. =)
Psssttt, nnt akan ditambah dari masa ke semasa ye. Kalau-kalau ada link tu meh la share kat sini juga.


Resepi dalam pantang


Sumber.


Notalipscumel:
Dalam pantang boleh makan cili padi ke ea?

Rabu, 13 Mac 2013

Tahajjud Cinta

Di hujung-hujung kehamilan ni, mood malas tu, Masya Allah, Tuhan je yang tahu cemana! Mikirkan tanggungjawab kerja je, so gagahkan diri juga lah nak ke pejabat walaupun malas tu adalah double triple lagi banyak dari rajin. Dah lah berjalan sikit pun penat sekarang ni. Asyik tercungap mengah je ;p

So, untuk mengembalikan mood kerja pagi ni, meh lah kita repost perkara yang boleh buat diri ini tersenyum lalu terus rasa gembira nak buat kerja.

=)


Kau datang ketika duka. dan bintang bercahaya. tunjukku ke jalan syurga.


Ku sunyi dalam gembira. perih pedih tanggung derita. sungguh aku bukan wali. yang suci dari hina dan benci.


Terlalu lama aku mencuba. terlalu banyak. cinta yang ku damba. tiada yang sempurna. hanyalah fana. Tuhan, ampuni hamba-Mu.


Ya Tuhanku hanya padamu. tempat mengadu segala rindu. limpahi ku rahmat kasihmu. dalam tahajjud cinta bersujud.


Kau datang ketika duka. dan bintang bercahya. tunjukku ke jalan syurga.

notalipscumel: tahajjud cinta oleh Tok ti =)

Isnin, 11 Mac 2013

Majlis Ulangtahun Thaqif dan Aulia

I ada terima beberapa undangan Majlis Ulangtahun anak-anak kawan ni. Tapi hanya dua je yang I sempat hadir. To birthday boy & birthday girl, selamat ulang setahun ye. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah kepada mak ayah. Cepat-cepat minta adik ye sayang semua. ;)

1. Majlis Ulangtahun Thaqif.

Untuk majlis ni ampun dan maaf sangat-sangat sebab takde apa gambar pun sempat disnap. Sampai-sampai rumah orang je terus melantak pulut dan rendang yang sedap tak hingat tu. Terus lupa kamera semua. Almaklumlah tengahari tu tak makan nasi, sempat breakfast je. Tu yang kebulur kan main sampai lupa ambil gambar. ;p To Faruq & Feeqa, thank you so much sebab sudi jemput kami.


2. Majlis Ulangtahun Aulia.

Majlis yang ni dibuat pada waktu malam. Ni lah majlis yang Azreen salah tarikh tu. Or pembetulannya, penganjur (Sara dan Im)  ubah tarikh di saat akhir sebab anak dia demam, tapi Azreen tak notice benda ni. Majlis ni sambut kat KFC.

Iman Raneeya & Daddy yang excited sebab ada ayam  besar.

Peace  yo!

Tu la birthday girlnya, Aulia. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke setahun Aulia!

Chicky si ayam besar yang membuat kanak-kanak kat situ histeria dengan kehadirannya. Dengan Iman Raneeya sekali jadi takut bila ayam ni datang. Haha.

Family potrait. 'Four' of us =)

Khamis, 7 Mac 2013

Nak update malas, tapi malas-malas tetap nak update juga. Haha.

Hoi, tajuk ke hapa kan main panjang!
Haha.

Menunggu suami datang ambil ni, tatau nak buat apa. So, moh le kita menaip sekejap.

Tadi pergi check-up 30 minggu. Alhamdulillah, berat maintain, hb je rendah sikit, dan sekejap je sesi konsultasi dengan Nurse sebab setakat ni tak berapa nak ada masalah lagi. Haha.

Then pergi scan pulak, Alhamdulillah sekali lagi sebab baby ok, placenta ok, air ketuban ok dan Doktor pesan, kalau awak rajin makan vitamin, lepas ni tak payah nak tunggu lama-lama jumpa saya dah.  Yey! ;)  Baiklah doktor, saya akan cuba!

Baby siap tunjuk gender dia lagi kat Azreen. See suami! Confirm ....... Reezqy lah.

Nampak tempat kosong tu sebelah nama Reezqy?

Kosong tu sebab I masih memikirkan nak letak nama apa. Ingat dulu nak letak Iman juga. Tapi dah kakaknye bahasa kan diri sendiri Iman,  haruslah ditukar ke nama lain. Kang berapa banyak Iman pulak dah dalam rumah ni. So, I masih mencari-cari nama yang mula dengan huruf I. Azreen nak Irham. I?

Entah. Nama Azreen cadang tu I macam tak berapa suka dan I  sendiri takde lagi nama yang nak dicadang sebab kalau boleh I nak nama yang arabic sikit.

Iqlab.
Idgham.
Ikhfaq.

Boleh?
Arabic sangatttttt kan?

Haha.

Ok dah. Tata. Nak pulang.
Apapun, 6  7 minggu lagi, I harap I bersalin dah lah.
Amin...

Rabu, 6 Mac 2013

Bismillah Enam dan fadhilatnya.

Bismillah 6

1.Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.

2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.

4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.

5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.

6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.


Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”


Fadhilat dan Fungsi Bismillah Enam (6)

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezekinya.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Dijauhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
  • Aman daripada binatang buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat sebanyak tiga kali boleh memudahkan perempuan bersalin jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara di atas :

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
Tiup tempat tersebut dah urut sedikit.
Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum.
Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, Insyaallah.

Isnin, 4 Mac 2013

Foto rawak #2

Apa?
Takda story nak post kat blog?
Takde idea nak menulis?
Takde?

Nak susah apanye.
Meh I ajar. Copy je gambar kat IG, then post la kat blog. Then tulis caption panjang2 kat gambar. Terus ada post sebijik dah.
Mudah kan?

Haha.

Minggu yang I pi scan 3D haritu, malamnya Iman Raneeya tiba-tiba demam. Seriau mak nakkk. Yelar, budak-budak ni demam bukan boleh buat main-main. Kang panas melampau tiba-tiba tarik sawan, tak ke naya. So, berjaga lah I malam tu memantau suhunya sejam sekali sambil membasahkan badan dia dengan air.  Bila batuk kong-kong lak. I kejut dia, bagi ubat batuk jam jam tu juga. Terus kurang batuknya.

Ala, tahu! Gambar ni I dah post dalam entri sebelum ni. Saje je nak post lagi. Even I dah tahu gender baby ialah lelaki, tapi hati I masih ada curious juga. Haha. Eh, scan 3D selalunye tepat kan? Lagi tambah curious bila haritu time beli barang baby, semua barang I ambil warna  biru dah Azreen siap sound, u're so confidenttt kan Yang!  Heshhh, rasa macam nak hempuk je. My instinct say so lah it's baby boy. Lagi-lagi bila Doktor tunjuk telur (i dah lupa sebutan saintifiknye ;p ) baby haritu kat I dan inform masalah telur  baby sebelah ada air, sebelah takde, confirm lah kan lelaki. Takkan perempuan ada telur lak B oiiii!

Sexy chicken! Kehkehkeh. Tq ibu, masakkan ayam panggang telanjang ni kat I time balik Melaka tuari. Sedap. Nanti I berapantang, masak resipi ni je lah ye. Boh lada hitam banyak sikit, confirm selera I menghadap nasi. =D

Si budak demam tuari. Tidur pun nak berpangku siap bagi arahan. Deddi, pok Iman. Deddi, anyi Hamdulillah (Subahanallah Walhamdulillah). Kan main ko kan. Nasib lah demam, so kita layankan aje. Nasib nak Deddi, kalau Mummy yang kena pangku gaya gitu, mau kremmmm kaki haku! ;p

Mummy with budak demam yang dah sihat. Hmmm, ada peristiwa di sebalik gambar ni. Boleh, malam tu pergi majlis harijadi yang salah tarikh? Majlis sepatutnya next week! Serius hangen I ok sebab dah siap naik kat tempat tu tapi takde siapa pun dan pekerja tengah sibuk kemas majlis lain yang dah selesai sebelum tu. Salah siapa? Ehem-ehem, siapa yang makan cili padi cili-cili mulut dia sampai berapi, dia lah yang terasa pedasnya!

Kehkehkehkehkeh. Terjumpa gambar once upon a time time memula kerja. Bergambar bersama sifu-sifu I. Yang tudung hitam tu garang. Yang tengah tu mulut bising. Tapi dalam bap kerja, mereka superb.  Alhamdulllillah dapat nuntut ilmu dengan mereka ni dulu.  Eh, muka masih natural beauty lagi time ni. Suci murni. Azreen ngekek-ngekek gelak tengok gambar ni sambil cakap kan main kening  bersambung sambil mengata-ngata I.  Hello......!!!! yang kening bersambung ni lah juga yang ko rebut-rebut kan dulu kan! Ha, terus diam bila I cakap camtu. Malu lettewwww.
Alhamdulillah, dapat lah juga shopping barang untuk Reezqy sesikit. Baju 6 pasang, sarung tangan kaki 5 pasang, barut perut 5 pasang, dan lain-lain lagi keperluan asas yang baru. Merasalah dia juga pakai  barang yang  baru. So, fair lah  kan. Apa yang kakak dapat baru dulu, awak pun dapat juga sekarang. Tapi tak semua lah sebab kali ni Mummy nak spend kat BF & set berpantang thingy. =)  Baju-baju semua dah basuh dah pun. Sekarang masa untuk readykan barang untuk diletak dalam kereta dan barang-barang Iman dan adik nak dipack masukkan dalam box je. Senang masuk dalam box je semua. So, lepas bersalin, hangkut je lah box tu semua bawa balik Melaka.

Jumaat, 1 Mac 2013

Baby 29 minggu, kakak baby 22 bulan.

Hello aunties & uncles. It's Reezqy, Insya Allah!  ;)
Dua hari tak masuk office, kerja memang membukitlah. Jangan kata kerja, email pun kan main berderet nak kena baca sampai nak penuh quota mailbox dah. Incoming calls lagi, tanya itu ini, nak suruh buat  itu, nak minta tolong ini. Lepas tu pulak, bos mengejar minit mesyuarat Jumaat lepas,  hai lah, lagi berpeluh lah ahkakkkk dibuatnya sebab nak mikior mana satu nak diselesaikan dahulu sebab semuanya penting, semuanya nak dulu sajo.

Ingat I robot ada 100 tangan?

So sesabar and take turns lah ye semua. Apa pun, I dahulukan bos I dulu lah sebab tanpa dia, tak wujud lah elaun-elaun yang I dapat. Kahkahkahkah.

Berbalik kepada gambar kat atas, last Tuesday, my cousin's fiance offer pergi buat scan 3D kat tempat kerja dia. So, I heret jugalah Azreen pergi dengan alasan nak merasa scan 3D. My plan, kalau lelaki lepas ni nak tutup buku dah, so, ni lah peluang yang I ada untuk tengok. Azreen berkira sikit nak membuat scan 3D sebab katanya baik simpan duit tu untuk  benda lain. Oleh kerana I dapat FOC untuk scan ni, maka tiadalah alasan lagi yang Azreen boleh bagi. =) Iman Raneeya yang sedang demam pun I heret sama.

Alhamdulillah, scan-scan je, baby terus tunjuk gender dia. Haha. Tak malu betul! Gender tunjuk, tapi muka sorok. Penatlah doktor godek-godek, lastly, dia tunjuk juga muka dia seperti dalam gambar kat atas tu. Adik I kata, Reezqy tengah azan bila tengok gambar tu.

Muka baby ada iras macam kakak dia sikit-sikit. Yang penting, hidung masih ikut I lagi. Padan lah muka you suami ku sayang, asyik dok ngutuk hidung penyek I ni, sekali dua-dua anak mengikut hidung i juga. Eh, yang hidung penyek ni jugalah yang you rebut kan dulu kan kan kan? ;p

Doktor scan segalanya, tengok jantung, buah pinggang, semua ok.  Berat pun just nice  1.7kg mengikut minggunya. Cuma, ada sedikit masalah tang anunye itu tapi kata doktor masalah tu normal sebab bila baby dah lahir nanti dan berumur 6 bulan, masalah tu kebiasaannya akan hilang. So, takda apa lah yang perlu dirisaukan. Lega sikitlah bila doktor cakap macam tu. Apapun, semoga Allah s.w.t permudahkan lah segala urusan I bersalin nanti dan kurniakanlah kesihatan yang baik kepada baby. Semoga semuanya kan baik-baik saja.

Beralih kepada si kakak, Iman Raneeya. Semalam, genap umurnya 22 bulan. Lagi dua bulan nak dua tahun dah. Demam panas menyerang time dia beralih bulan. Hmmmm, camtulah ko Iman Raneeya dari dulu lagi. Agak-agak nak kembang je, demam datang, terus kuncup balik. So, balik  Melaka  haritu, basahkan badan dia dengan air kelapa dan daun bunga raya, terus kebah dah harini. Yang tinggal hanya batuk-batuk dan selesema. Mata pun masih nampak kuyu lagi.

This year, tak tahu lagi lah nak sambut atau tidak birthday Iman Raneeya. Kalau buat pun mungkin sesama ahli keluarga je. Yelar,  birthdaynya jatuh time Mummy sedang sarat dan menunggu hari. Entah-entah, I dah dalam pantang pun time tu. Haha. Kita tunggu dan lihat je lah nanti.