Khamis, 23 Mei 2019

Jakarta destinasi bersama Qatar Airways

Baca tajuk je dah macam berangan nak naik kapal terbang nak ke negara jiran kita Indonesia. So apa lagi guys, jom la plan pergi sana betul-betul. Sekarang ni senang sebab dah boleh book Qatar Airways Malaysia flights online dan buat payment pun boleh online guna bank local kita macam Maybank or CIMB.

Tak payah duk kira-kira berapa kita kena bayar lepas convert ke rupiah. Senang kan? So korang boleh travel dan bercuti ke Jakarta. Siapa kata Jakarta tu tempat jammed je? Haha! Ada juga tempat yang menarik dan tenang tau kat sana ;)



Salah satunya adalah Pulau Bidadari. Terletak tak begitu jauh dari kawasan daratan, untuk menuju ke Pulau Bidadari ini hanya memakan masa 30 minit menggunakan bot laju. Kalau korang nak tahu, dahulunya pulau ini digelar sebagai Pulau Sakit kerana pada sekitar abad ke-17, pihak Belanda telah membina sebuah hospital untuk menempatkan pesakit-pesakit kusta. Namun, setelah berabad berlalu, yang tinggal hanyalah keindahan pulau ini untuk dinikmati dan juga peninggalan benteng-benteng yang pernah didirikan Belanda pada ketika dahulu untuk diamati.



Next, Samudra Dolphin Park! Ingat kanak-kanak je suka tengok dolphin. Try pergi sini, dan lihat persembahan yang diadakan oleh dolphin-dolphin comel ni, bukan sahaja anak je yang terhibur, dengan mak bapak sekali akan rasa seronok melihat keletah haiwan yang bijak dan melucukan ini. Selain ikan lumba-lumba, burung kakak tua dan singa laut juga ada kat sini. Yang bestnya lagi, pihak Samudra Dolphin Park juga akan sering bertanya soalan kuiz dan sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah yang cool! Jadi, duduklah dekat sikit dengan penghibur itu ya, barulah senang nak dapat peluang menjawab.


Taman Suropati juga perlu dimasukkan dalam itinerari korang! Sebuah taman yang sudah wujud agak lama dan boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang antik kat sekitar Jakarta ini, namun persekitaran dan lanskapnya terjaga dengan penuh kesempurnaan. Dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar sebagai bumbung meneduhi para pengunjung, taman ini juga meriah dengan burung merpati yang berterbangan kat awan. Yang menarik lagi, sambil korang bersantai atau berekreasi kat sini, korang mungkin dapat melihat persembahan muzik klasik ataupun latihan muzik diadakan di sini. Sebuah taman yang mendamaikan jiwa. Suasana yang paling indah Taman Suropati ini adalah dalam sekitar 4.00pm atau pagi, sekitar pukul 7.00am. Tak percaya? Sila singgah la kat taman ini bila berkunjung ke Jakarta nanti.



Pada yang sukakan sejarah Islam, boleh pergi melawat Bayt Al Quran dan Istiqlal Museum. Dibina di kawasan berkeluasan 20,013 meter persegi, di sini terkumpulnya karya terkenal yang dihasilkan di Nusantara oleh ulama-ulama dan cendekiawan islam dari abad ke -17 hinggalah abad ke-20. Antara yang dapat korang lihat dipamerkan di sini adalah Mushaf Sundawi, Mushaf Istiqlal, Mushaf Wonosobo, Mushaf Malaysia, sistem Al-Quran interaktif, Al-Quran braille antik dan banyak lagi. Sambil berjalan, sambil kutip sejarah Al-Quran gitu! Dunia dapat, akhirat pun dapat ;)


Last but not least, kalau kat Jakarta, janga lupa singgah Taman Margasatawa Ragunan. Ala-ala zoo la ni. Anak-anak mesti suka. Terletak di kawasan berkeluasan 147 hektar, agak lenguh juga untuk menjejaki seluruh tapak Ragunan Zoo ini dengan berjalan kaki, oleh itu digalakkan korang untuk menyewa basikal yang disediakan kat zoo ini. Taman ni juga ditumbuhi lebih daripada 50,000 batang pokok, bayangkanlah kesegaran udara kat sini. Kat sini ada lebih daripada 2000 ekor haiwan yang terdiri lebih daripada 400 spesies haiwan yang bukan sahaja datang dari Indoneia, malahan juga dari Amerika Utara, tanah Arab dan juga benua Afrika. Kawasan yang menjadi tarikan utama kat sini adalah Kid’s Park, kat sini kanak-kanak dapat bermain kat taman permainan, mendekati burung kakak tua yang boleh berkata-kata dan juga seekor ikan gergasi arapaima yang didatangkan daripada Amazon. Aktiviti lain yang boleh dilakukan sekitar Ragunan Zoo adalah menonton persembahan haiwan, menunggang kuda, menaiki trem dan banyak lagi yang pastinya menceriakan hari korang sekeluarga.

Sekarang ni merata ada cheap flights to Jakarta but for today cuba korang check it out kat Traveloka sebab kemungkinan besar nanti korang boleh dapat promotion yang best so dah boleh save budget korang nanti. Jangan lupa try tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan