13 Januari 2017

Bukit Tinggi, Pahang dengan the Beradiks

Bila the Beradiks ajak  jalan pergi ke Bukit Tinggi, rasa macam malas je  nak pergi sebab I bayangkan jauh Bukit Tinggi tu macam ke Cameron Highlands. Tapi tak jauh pun sebenarnya. 2 jam dari Nilai dah sampai dah. Sekejap je jadi Godzila dalam kereta. Baru nak panas enjin, eh, sampai dah. Rayeesa pun behave je dalam kereta.

So, taknak mengecewakan the Beradiks dan bukan senang kan kita nak kumpul-kumpul keluarga bila masing-masing dah menambah keluarga ni, so moh la kita layan je.

Hello Bukit Tinggi =) 
Kami gerak dari Nilai pukul 7 pagi tajam. Berhenti sarapan Nasi lemak sedap kat R&R Nilai sekejap, plus minus dengan anak memerut, abah pergi toilet semua, then sambung gerak, dalam pukul 11 lebih kami sampai ke Colmar Tropicale - tarikan utama kalau datang ke Bukit Tinggi. Adik kedua I dah tunggu di sana sebab dia bermalam dengan keluarga mertua dia di sana.

Tiket masuk ke sini:
RM16 dewasa
RM8 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Mamat Spiderman yang happy sangat dapat tengok swan dedekat.
Colmar Tropicale ni memang cantik dan sesuai untuk orang suka  bergambar. Patulah adik I nak sangat pergi sini.



Time kami sampai tu hujan renyai-renyai. Siapa ada anak kecik, memang tau lah macam mana rimasnya kalau berjalan time hujan ni, tapi kita layankan je lah. Time kami datang tu, staf kat situ tengah set up untuk sambutan New Year malam tu.

Rayeesa yang behave je sepanjang di sana. Since hujan, so sejuk lah time kami datang tu. Rayeesa pun memang mood mentidur je lah.  Bangun untuk menyusu, lepas tu sambung tidur balik.

Kalau nak capture gambar macam ni, korang kena naik menara. Guna tangga boleh, kalau malas, naik je lah lif. Tak besar mana pun kawasan ni, tu depan sana tu entrace.  Sepanjang jalan-jalan ni, kedai-kedai dan kedai makan.


Maskot macam ni bersepah-sepah je untuk di ajak bergambar. So, sila jangan malu segan ajak diorang bergambar bersama.

The kezens, plus Rayeesa yang tiada dalam gambar.

Family potrait.
Main entrance. Kesian akan menonggeng tu masuk juga dalam gambar. Maaf ye kak. Orang ramai time ni. So, nak bergambar pun kena cepat-cepat je.

Selesai kat Colmar, kami ke Animal Park naik shuttle bas.  Boleh je nak bawa kenderaan ke sini, tapi dah anak-anak excited nak naik bas, kita layan je lah. 

Tiket masuk ke Animal Park: 
Dewasa/Kanak-kanak: RM5



Animal Park ni takdelah besar mana sesuai lah dengan harga tiketnya RM5. Haiwan pun tak banyak mana. Selain rabbit, binatang dalam gambar ni, dan satu lagi deer.

Takut-takut berani je anak-anak I dengan bintang. Kalau jauh kain main jerit lagi, eee rabbit, ee comel, eeee kemain. Bila dekat, arghhhhh tak nak. Tak nak dekat langsung. Lagi-lagi si Spidey tu.

Tu deer belakang tu. Kan? Deer ke bambi ke. Eh, malas nak check. Bila I kata deer, Si Iman kata, deer tu Pak Ngah la. Kan Mak Ngah panggil Pak Ngah Deer.

T____T

Itulah DEAR lah anak oi. Haha.

Mak pak I malas nak beramas-mesra dengan haiwan-haiwan sekalian, maka, kita makan light light je  la kat sini.


Selesai kat Animal Park, kami gerak ke Japanese Village.
Untuk  ke Taman Jepun ni juga ada di sediakan Shuttle Bus tapi disebabkan lepas ke Taman Jepun kami nak terus balik, so kami decide bawa kereta sendiri je. Almaklomlah kan, malam New Year, kena balik awal untuk elak jalan jammed.

Taman Jepun ni memang cantik sangat. Sejuk mata memandang sebab di kelilingi oleh pokok hijau dan mini air terjun serta anak air. Terus berangan dah tetua nanti nak dok berdua dengan Azreen dalam suasana macam ni. Haha. Kan mainnnnn kan, sempat berangan!

Tapi yang azabnya nak ke Kampung Jepun ni, lokasinya  jauh ke dalam dan jauh dari tempat parking. Kau kena daki tangga, panjat bukit sikit, panjat lagi tangga nak naik, dah berpoloh-poloh, maka sampai lah kau ke tempat yang dituju.

Kalau tengah bercinta pergi sini, memang tak terasa kot berjalan. Tapi kalau dengan handbags bersepah, dengan yang tak reti dok diam lagi, haha, memang hazabedah betul. Tapi disebabkan nak sangat sarung kimono tu, kita redah jugalah.

Welcome to Kampung Jepun / Japanese Village!

Ni sebenarnya tujuan naik atas ni. Haha. Nak sarung kimono. Gigih bayar sewa RM20 semata nak feeling Oshin. Tunjuk belakang je dah lah ye. Sebab tang depan I rasa, baju ni macam seksi sikit lak. Haha.

Acececeh, Koniciwa, Arigato gozaimas! Tu tiga patah perkataan je lah yang tahu pun. Nampak macam tenang sweet je kan nak bergambar. Realitinya, orang beratur tunggu turn bersusun. 

Berdiri sebelah mamat ni, terus rasa macam pekerja Sushi King lak bergambar dengan pelanggan. Kahkahkah. Tak kenapa tah rasa gitu.

The Beradiks tak cukup korum. Adik lelaki memang taklah nak join benda-benda gini. Bukan adik lelaki je, Abah, suami, adik ipar, memang tak kuasa nak melayan. So, kami layan diri sendiri je lah.

Sewa untuk kanak-kanak pun RM20 juga untuk seorang. Hangin I  bila budak dua orang ni beriya nak pakai, tapi bila dah pakai sebab rasa susah nak jalan tak sampai 15 minit pakai diorang nak buka. Yang Daniyal, punya nak buka siap meraung tak sabar sambil jerit nak bagi makan ikan. Stress mak nak!

Muka stress bapak-bapak melayan karenah emak-emak. Bersabarlah ye, bukan selalu kena tunggu gini!

Oh my family. Bukan senang nak berkumpul macam ni, so meh kita layan wefie!

Rayeesa, sila belajar-belajar wefie ye. Jangan nak tunjuk sangat muka tak suka tu. Haha.

Overall, ok lah Bukit Tinggi ni. Lagi ok kalau tidur sini, tapi tak tidur pun ok juga. Banyak lagi tempat lain yang boleh dilawati tapi sebab kami ada handbags, so kami aim tiga tempat tu jelah. Selesai pergi tiga tempat tu, balik dinner kat Ana Ikan Bakar Petai Bangi, then semua pun membawa haluan masing-masing dan back to normal routine semula.

Sodokollahul Azim
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan