23 Jun 2015

Oh kome, doghoyan dan gugur!

Haritu, belum musim durian, teringin nak makan durian, berhenti tepi jalan, ambil sebiji timbang, dalam sekilo lebih.

RM30 ringgit kak.

Gulp!
Kan main harga dia tekan.
Kita beli je lah sebab nak makan kan. Tapi, beli sebiji, berebut dengan Iman Raneeya sebab isi durian tu ada 5 ulas je.
Haha.

So, sebelum puasa haritu, ibu bagi tahu, durian kat kampung dah mula gugur. Kalau nak makan durian puas-puas sebelum puasa, sila balik segera.

Maka, laju-laju I paksa Azreen hantar I balik kampung.


 Merasalah I makan durian puas-puas haritu sebelum puasa. Durian kampung kan, setakat makan 3 biji kau seorang je hadap, apa ada hal. Durian kampung best. Ulasnya kecil-kecil, isinya nipis. Makan banyak pun tak muak. Kalau baru-baru jatuh tu, lemak-lemak je rasa isinya.


Ni pula, semalam, adik balik dari kampung, ibu bekalkan lagi durian yang dah siap dikupas dan dimasukkan dalam bekas. Hilang sikit rasa fresh durian tu, tapi sedap je I telan. Haha.

Terima kasih emak, sebab tanam durian banyak-banyak, hasilnya dapat kami semua rasa. Siap ada yang disedekah lagi sebab tak larat nak makan di bulan puasa ni. Semoga banyak lagi hasil buah-buahan lain yang dapat dituai dan disedekahkan nanti, Insha Allah.

8 ulasan:

  1. ya ampunnnnn nok...kampung ko kat mana? bestnya ada dusun duyan...
    weiii, aku nak terjah kampung ko mkn duyan, boleh ka???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung I kat Masjid Tanah.
      Boleh nak datang, tapi ibu I pesan, kalau nak datang time weekdays.
      Weekend penuh sedara mara je
      =)

      Padam
  2. kat kampung kita pun buah tengah jatuh la ni. puas gak le makan masa balik kampung ambik abang hazim hari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. musim durian gugur la ni kak. tak lama lagi rege durian jatuh lah. lama dah kita tak pi mengdoghoyan kan. tunggu cik shikin balik la baru pi buat perangai tu. haha.

      Padam
  3. sedapnya doyan fresh lembut je nampak tu Ain jeles kaknoor siapa ada dusun ni sabo je lah
    doyan dah tkde bunge haha

    BalasPadam
  4. wahhh cantiknya isi. hehe. *kite tak makan doyan :P *

    BalasPadam