Isnin, 18 Mei 2015

Eksplorasi Qalbu: Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang

Alhamdulillah, telah berjaya volunteer diri sendiri untuk menggantikan orang hadir ke kursus. Haha.
Alhamdulillah juga, sekiranya kita buat benda yang kita suka, dengan ikhlas hati, maka segala urusan sentiasa juga dipermudahkanNya.

=)

Pada 24-26 April 2015 lepas, I telah sertai program Eksplorasi Qalbu anjuran kampeni  di Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang. Program tiga hari dua malam itu sedikit sebanyak dapat membuka mata I  tentang misi Kampeni Kubah Biru yang mahu mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli untuk kakitangannya  bagi  menghasil dan memberi nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat.

Hari Pertama

Bertolak jam 9 pagi, campur tolak berhenti semua, dalam tengahari baru kami sampai ke Pahang. Sampai je, kami diberi kunci chalet dan aturcara program. Merasa lah kami tinggal di kawasan perkampungan Felda.

Dalam pukul 3 macam tu, sesi pertama bermula iaitu Ice Breaking dan diikuti dengan beberapa game yang disediakan oleh Urusetia. Setiap game ada sebab dan musabab ia diadakan. Yang paling penting tentulah untuk menguji kerjasama kumpulan.


Wefie is a must kalau dah bercampur dengan orang suka snap gambo :p


Hari Kedua

Aktiviti hari kedua adalah aktiviti yang paling I tunggu-tunggu.  Selesai bersolat jemaah,bersarapan dan membuat senaman ringan, kami di bawa meneroka Gua Kota Gelanggi. My first experience masuk gua. Even banyak halangan, siap kena kecil-kecilkan  badan nak bagi celuih, semua berjaya dihadapi dengan panduan ketua kumpulan dan kerjasama berpaskan =)


Eh, ni dah part last dalam gua ni.

Kat sini juga ada hotel yang lengkap dengan kemudahan kolam renang, tapi untuk team building, lagi sesuai kot tinggal di chalet.

Indahnya ciptaan Tuhan kat belakang tu. Semua tu mengambil masa beratus-ratus tahun nak terbentuk sebegitu.

Sila kecilkan  badan bagi muat-muat laluan. Haha.

Gelap dalam ni. Kami berjalan berpandukan lampur suluh.

Tu, kat belakang tu yang kami kena teroka.

Sebelum sampai ke Gua, kami perlu melalui hutan.


Ada tiga halangan pokok tumbang yang perlu diredah. Pokok tumbang ni memang tak dialihkan sebab nak bagi dia reput secara semulajadi.

Selesai aktiviti di gua dan makan tengahari, aktiviti diteruskan dengan berakit pula. Setiap kumpulan perlu membuat rakit sendiri, bekerjasama mendayung ke hujung sungai, then patah balik, dah sampai di tebing, angkat rakit dan buka balik semua ikatan dan kembali kan barang-barang membuat rakit di tempat asal.

Ok, sebelum mula masukkan rakit dalam sungai, memang mampu lagi tersenyum gitu. Haha.
Selesai je aktiviti berakit, masing-masing mengelupur keletihan. I siap lepas solat Maghrib berjemaah, boleh pergi balik bilik dan tidur sekejap. Malamnya pula, program diteruskan dengan ceramah mengenai solat.

Satu perkongsian yang sangat menyetuh hati berkenaan solat ini, I kongsikan dengan semua:

Seorang makcik ni sangat menjaga solatnya. Selalunya dia bersedia awal. Sebelum azan, dia dah berwuduk dan bentang sejadah. Selesai je azan, dia akan terus solat. Memang dia sentiasa solat di awal waktu.  Jarang terlewat solat kecuali kalau keuzuran. Memang dia selalu bersedia untuk solat.

Alhamdulillah, dia kembali kepada penciptaNya dalam keadaan dia bersedia juga. Dia pergi dalam keadaan keluarga dad bersedia di sisi dan segala urusan pengebumiannya mudah sekali.

Tersentuh hati mendengar kisah makcik tu, terus terasa kerdil dengan diri sendiri yang solat selalunya di hujung-hujung waktu. Lagi-lagi kalau waktu Asar. Mana dengan habis kerjanya, mana dengan nak ambil anaknya lagi, mana dengan jem lagi, balik nak masak. Last-last, dekat nak pukul 7 baru dapat solat Asar T__T


Hari Ketiga

Selepas bersarapan, kami ada Majlis Penutup dengan Tuan Pendaftar. Sekali lagi I tersentuh dengan kisah pemergian bapa Tuan Pendaftar. Bak kata Tuan Pendaftar, bapa saya bukan orang alim, ustaz pun apatah lagi bukan. Orang kampung yang biasa-biasa aja. Tetapi Alhamdulillah disebabkan sikap dia suka  membantu orang, urusan pemergiannya dipermudah Tuhan.

Selesai  majlis dengan Tuan Pendaftar dan makan tengahari, kami bergerak pulang ke Nilai.

Syukur sangat I dapat join program ini. Walaupun letih dan memenatkan, Alhamdulillah, pengisian program ini banyak manfaatnya pada I. Pada I sendiri, urusetia telah menyediakan semua pengisian yang baik untuk peserta, kesan dan impaknya terpulang pada sikap peserta sendiri untuk menerimanya.


Sekiranya diri telah dikelilingi dengan benda dan orang yang baik-baik,  pilihan di tangan kita sendiri untuk mencorakknya.

=)

Wallahua'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan