27 Januari 2015

Short escape: Cameron Highland

Percutian yang tak dirancang pun sebenarnya. I hanya taip kat Whats App Group family I pagi Selasa tu,

jom Cameron jom Sabtu ni. Bosanlah kerja!

Then reply yang diterima,

Ikin - jom jom bestnya
Amy - aku kerjaaaaa!
Dikwan - krik krik krik
Ibu - abah tak nak. ayam itik nanti takda orang nak bagi makan.

T____T
Jawapan ibu yang memang I dah agak dah.
Teruslah I senyap dan sentap dengan jawapan ibu. Haha.


Sebelum ke CH, kami bfast kat R&R Rawang.

Sampai lah membawa ke hari Jumaat I senyap kat WA group, petang tu I tanya lagi.
Tak jadi kan p CH?

Terus ibu laju-laju reply:
Jadi, nanti lepas Isyak ibu datang rumah dengan abah. 

Ibu fahamlah tu bila anak dia senyap lelama.
Senyap tanda sentap. Haha.



Gerak dalam pukul lapan, campur tolak berhenti sarapan dan pergi toilet, dalam pukul 12.30 sampai. 

Pasangan sedang ingin  bercinta. Haha. My husband yang dan botak dan kurus banyak sebab tak makan  malam. 

Request by Azreen, boleh tak you masak nasi lemak Yang. Nanti kita boleh piknik kat atas tu. Ada rendang itik ibu pun best. Ha, yolah, kita layankan aje permintaan Encik Driver.

Kami pergi Cameron satu hari je, so hanya tiga tempat yang kami singgah. Lepas lunch dengan bekal yang di bawa, terus kami ke destinasi pertama.


1.  Bharat Tea Plantation, Cameron Valley.

Even gerimis turun bila kami sampai kat sini, kami tetap redah juga untuk turun bergambar. Alang-alang dah sampai kan. Ibu lagilah excited. Siap tarik tangan abah ajak turun juga. See, I know my mum very well. Dia memang nak berjalan, tapi tulah, banyak sangat kekangan dan bebanan yang menghalang. 

Tea break. Elok sangatlah kan, lepas lunch terus minum teh. 

Menantu vs Mentua. Tah apalah retiss tu borak dengan Pak Mentuanya.

One happy family at CH! Dulu datang dengan FIL, Iman Raneeya setahun lebih. Sekarang, datang lagi, Iman Raneeya dah ada adik lak =)

Gambar wajib dengan pokok teh.

Gigih I dokong Reezqy nak bawa turun semata nak bergambor.

Captured dari cafe. Tengok orang belakang tu, busy bebeno selfie nya!

Tak lengkap pergi CH kalau tak pergi petik Strawberry kan, maka destinasi kedua adalah Big Red Strawberry Farm.  Tapi sebelum sampai, kami singgah dulu solat kat sebuah masjid atas bukit area pekan.

Gambar lengkap keluarga. Semua ada. Cuma mak jelah, kami tinggalkan, tak dapat nak dibawa. Mesti lagi seronok kalau bawa mak sebab mak suka pokok bunga, kehijauan. Kalau ada mak ni, semua benda dia nak beli bawa balik. Nak tanam. Oh mak, rindunya lah nak tengok mak sihat!

Strawberry man & the kiddos! 

Memang tak lepaskan peluang yang ado. Even macam malas tapi sebab ibu dah kata jom lah, maka kita layannnn. Kaum lelaki, sila jaga anak-anak ye.
Ingatkan untuk masuk petik strawberry ni boleh ikut suka hati je. Rupanya, untuk setiap bakul hanya boleh masuk dua orang. Setengah kilo strawberry yang dipetik, bayaran RM25 akan dikenakan.


Selain strawberry, kiri kanan jalan penuh dengan sayuran je kat tempat ni.

The Sistas.

Dah penat petik strawberry, moh kita makan strawberry lak.

Sedapnya lahaiiii, Macam nak repeat lagi pergi CH. Tapi berdua je dengan Azreen sebab bila bawa anak, penat mengejor dan melayan anak je haha. 

Pokok anggur pun ado ha!

Selesai buat apa-apa yang patut di Big Red Strawberry, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Lavender pula. Dalam perjalanan, sempat aja menyinggah di Pasar Malam Brinchang. Bershoping lah kat situ dalam hujan.

3. Cameron Lavender.

Tempat ni memang cantik sangat. Peminat lavender dan warna purple, sila terjah sini. Bayaran masuk RM5 dikenakan untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Bunga-bunga ni boleh dipetik. RM2 sekuntum. Kot tengah bercinta ni, memang I rasa nak petik je sebab lawa-lawa semua. Tapi kembali ke dunia nyata, baik tak payah. Buat kena ramas dengan Reezqy je kang kalau I petik bawa balik :p

Budak tiga orang yang cergas je berlari ke sana sini. Memang double penatlah sambil berjalan sambil kejar diorang.

Oh Ibu!

Payah bebeno nak ngambil gambar sekeluarga. Sorang tak pandang lah, sorang tunjuk montot lah. Alahaiiiii anak.

Nak bagi diam, Atuk upah ais krim sorang satu. Nasib dah nak balik kan, kita bagi jelah diorang comot-comot.

My soul, my heart my everything. Jatuh bangun mereka sentiasa ada =,)

Terima kasih ibu abah. Paksa diri ikut kami ke sini. 

Kat Cameron Lavender ni pun ada love lock!

Favorite cartoon diorang bertiga!

Emak-emak dan anak-anak.

The sistas lagi! Kaklong, kakngah, kaklang.

Ibu dan anaknya yang dulu sebesar tapak tangan, kini dah selebor dulang, malah lebih lagi lebornya. Haha.


Dalam pukul 6.30 macam tu kami gerak turun. Berhenti solat, mandikan budak-budak kat R&R, makan malam, dalam pukul 12.30 baru kami sampai rumah.

Kepada Ibu, maafkanlah anakmu ini sebab paksa ibu ikut sama. Bukan apa, I nak bagi ibu rehat, nak tengok Ibu gembira. Ibu juga patut  bergembira  bersama anak-anak. Ya, jaga emak tu penting, tapi bukan ibu seorang je anak emak. Berilah peluang pada yang lain juga untuk jaga sama. Sesekali kita kena luangkan masa sekeluarga ibu. Bukan senang nak berjalan sama-sama. Paksa untuk kebaikan takpa kan ibu kan?
;)

Alhamdulillah,
dapat jugalah bawa ibu abah berjalan dan ahli keluarga pun lengkap semua ada.
Best!

Last but not least,
Meh  layan gambar pasangan sedang ingin bercinta di Cameron Highland,











Haha.
Gambar terpaksa disetengahkan sebab ada yang tengah peluk kaki Mummynya.
;)

7 ulasan:

  1. Alaaaa bestnyaaa CH. Rasa nak pergi jugaaaaaa lagi. Hish.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi je lagi. Dalam Malaysia je pun, takde blacklist haha

      Padam
  2. Wowww..encik husband dah botak..nampak lbih maskulin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Lagi botak, lagi nampak kurusnya

      Padam
  3. Happy-happy cerita akak kat atas samapi bawah cam sedih lak..betul tu mak kita ni kekadang die penat nak berjalan tapi ditahan dengan pelbagai alasan..

    Preloved Baby Item

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah, emak-emak ni banyak simpan dari luah.

      Padam