01 Oktober 2014

Kakak pun nak pakai tudung.


Seminggu dua ni, pagi I memang bertambah-tambah chaos dengan raungan Iman Raneeya yang nak pakai tudung.  Kalau dulu menangis bila tak pakai uniform taska sebab ada hari I pakaikan dia baju biasa je, sekarang melalak pula bila tak dipakaikan tudung nak pergi taska.


Mungkin ni disebabkan pengaruh kawan-kawan dia juga ni sebab haritu, ada sekali I terjenguk dalam taska, memang ada dua tiga orang kawan-kawan dia yang bertudung even seluar three quarter. Haha.

Ada belikan dia tudung kanak-kanak yang jenis main sarung je. Tudung tu kena pakaikan keronsang bagi kecik ikut muka Iman.  Lepas tu labuh dia kan main lahai.  Sakit mata memandang bila tengok Iman Raneey pakai. Lagi tambah sakit mata bila tudung yang dipakai jadi tak semenggah. Yelah, budak ni bukan tahu betulkan tudung sangat jadi elok terletak. Dia buat cukup syarat je janji kepala ada tudung. Bengkok ke awning, senget benget ke tudung tu, takde dia kisah pun.

So, semalam, bila tengah cari tudung nak dimatch dengan baju, I terpandang inner tudung yang tak digunakan tu. Inner kan pendek je. Bila I cuba kat Iman, nampak elok je lak tak serabut. Terus I kutip inner lama-lama yang ada, then I jahit kat leher inner bagi ngam ikut muka Iman. Sekarang, Iman pergi taska pakai inner tudung lama I je lah. Senang, cepat dan Iman pun boleh sarung sendiri je.

Selain dari faktor kawan-kawan pakai tudung tu, faktor lain yang I rasa mendorong dia nak pakai tudung adalah mungkin juga disebab viral video tudung liplaplap di hari raya tu. Ada sekali time I lipat kain, I terdengar Iman bercakap depan cermin siap buat gaya betul-betulkan tudung, dengan mimik muka semua sambil cakap cantik takkkk, cantik takkkk, niru gaya perempuan tu.

Hmmm, macam-macam lah hai anak oi.

3 ulasan:

  1. kakakakakaaaa syendahhh
    mcm mummy die. hahaha

    *lama tak sebut syendahh

    BalasPadam
  2. hahahaha perangai mummy sangat kan raneeya?

    BalasPadam
  3. comelnya anak akak...bagus, kecik2 dah nak pakai tudung... :D salam perkenalan yer... :D

    BalasPadam