10 Julai 2014

Menu sebelas Ramadhon.

I kalau nak hilangkan stress or whatever jiwa kacau segala, satu cara, nyanyi. Segala mak nenek lagu I nyanyi. Lipat kain nyanyi, buai anak nyanyi. Potong sayur nyanyi. Sambil tengok tv pun nyanyi, tu maknanya, I memang memikir masalah lah tu. 


Satu lagi cara, dengan ambil gambar makanan. Haha.

Ni macam tak berkenaan je kan bunyinya, tapi tulah penghilang stress I.
Rasa macam hilang segala masalah bila tengok gambar makanan yang diambil. Lepas tu time puasa-puasa lak, tengah mikir masalah, kau tatap pulak gambar makanan yang kau ambil, memang melayang lah masalah kau, tapi yang datang, ehhh, balik ni nak kena masak, nak kena makan ni, haishh, kena repeat menu ni! Gituuuu.

So, semalam, I stress mikirkan, malam ni ada training, si Reezqy tu dah lah tak sihat. Bila dah tak sihat, memang melekat kat Mummynye aja. So, cemanalah I nak tinggalkan dia dengan Daddynya nanti. I takut tengah I training kang, Azreen ngamuk call suruh balik. For sure, I tak boleh concentrate nak training nanti. Haishhhh, stress I!

Maka, dalam pada-pada stress tu, teruslah ter masak dan ter ambil gambar dan, terus ter pergi training sambil hilang segala benda yang distresskan. Haha. Menu yang I masak:



Karipap frozen. Haishh, sedap. Ni beli kat Pensyarah kat sini je. I suka inti ayam. Sedaplah inti dia. 

Sambal sotong merah berdarah tajuk menunya.

Masak air is a must hari-hari. Tak kisah lah sayur apa pun. Kang kesian pulak si Imans nak makan, takde lauk.

Sotong udang goreng tepung magik. Ni terpaling senang nak buat dan hasilnya terpalinglah sedap. 

Ok dah. Bye korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan