04 Julai 2014

Bazar Ramadhan: tengok-tengok lah penjual kalau nak membeli.

Forward by officemate:

Mintak tolong sangat-sangat bila kita nak beli makanan yg kita nak makan waktu berbuka nanti kita tengok sama orang yg menjual tu macam mana. Kalau yang jual tu pakai kemas elok, yang lelaki pakai kopiah elok, yg pompuannya tutup aurat elok, cara buat pun cermat elok, time sembahyang dia berhenti sembahyang, kita yg tengok pun tak rasa was-was, maka belilah kat dia. 

Tapi bila yg menjual tu pun kelabu asap ja, dengan yg lelaki pakai gelang rambut kaler2 bercacak2, dgn yg pompuan pakai ketat, dah la ketat baju tu pulak lengan pendek nampak habih lengan dia, dengan tudung tak pakai, nasihat saya tak payah dok beli la, pasal imam Ghazali ada berkata,

"Jika kamu nak tahu puasa kamu diterima Allah atau tidak, lihat siapa yang menyediakan makanan utk kamu ketika berbuka"

Kalau yg buat makanan tu orang yg baik-baik, InsyaAllah puasa kita diterima. Tapi kalau orang yg buat makanan kat kita tu buruk perangai, perintah Allah dia langgar mcm tu je, dikhuatiri puasa kita tak diterima. Puasa kita sah cuma takut tak diterima.

Petikan tazkirah subuh ust Fawwaz Mad Jan.



Bila dapat WA ni haritu, I reply kat kawan, I TAK PERGI PARAM PUN. 
Haha. 

Untuk setakat 6 hari puasa ni, memang I tak jejak lagi pun ke Bazar Ramadhan (BR). Last year pun, hari terakhir baru I pergi. Tu pun gatal sebab berbuka rumah MIL, dah siap masak, takde apa nak buat, so, pergilah menghabiskan masa tawaf Bazar Ramadhan. Beli pun time tu roti john je sebab roti john tak reti nak buat, maka kita beli lah. Nasib baik, dapat roti john sedap.

Tahun ni pun, I ingat, memang tak nak pergi langsung. Kot terasa malas masak, berbuka kat kedai yang dah biasa makan jelah. So tak payah nak susah-susah fikir, orang tu masak, orang tu jual sedap ke tak.

Berbalik kepada info yang kawan I forward kat atas tu tadi, beringat-ingatlah ya orang yang meniaga di BR ni. Kita jual barang makan yang orang makan lepas tu jadi darah daging, so pepandailah fikir sendiri. Lagi satu, jangan nak kejar untung semata tapi rasa tah apa-apa.

2 ulasan:

  1. Kita pun tak sempat ke bazar lagi. Tapi takpe , tak kesah pun. Mama masak kat rumah lagi sodap. :D

    BalasPadam