30 Mei 2014

12 Mei 2014: Part 3, Korean Food.

Salah satu wishlist I for this year adalah nak makan Korean Food. Tapi bila cakap kat Azreen, dia cakap, kalau nak Korean Food pi makan sendiri dengan kawan-kawan. Korean food is not his taste. Haha.

Maka dengan itu, bersempena meraikan birthday I dan Kak Alina, kami telah plan untuk mengambil cuti dan pergi menikmati Korean Food. Tempat pilihan adalah di Dubu Dubu Midvalley.

Sebelum menikmati makanan, kami telah pergi tonton wayang terlebih dahulu. Cerita Spiderman yang sampai ke harini I malas nak cerita bila Azreen tanya best ke tak. Heroin mati oi, perempuan mana yang suka tengok movie gitu. Takde ending they live happily ever after =( So, tak payah tanya I cerita tu best ke tak sebab I tak kuasa nak cerita deh.

Ni je lah tekak yang I boleh lalu telan. Korean Pancake. Sedap ni. Rasa macam kuih udang. Kak Muna yang order benda ni, tapi I yang habiskan.

I ambil set chicken bibimbap. Ni memang I teringin sangat-sangat nak makan. Lagi-lagi bila bloger post pasal benda ni, nampak menarik sangat bibimbap ni. Tapikan, tulah, kalau dah tekak orang kampung, haha, empat kali suap je yang I mampu. Lepas tu tolak tepi dah. I is cannot go sebab rasa muak.

Bibimbap Ayam yang indah di mata I tapi tidak lah rasanya. 

Makan ni I tak ingat namanya. Yang pasti, I salah order. Sebab kalau tak silap, I order chicken wing, tapi yang sampai benda ni. Dia kata, I tunjuk gambar ni tadi. Ok, kita terima je lah. Rasa dia macam yong taufu dengan sos masam manis pedas.

Hero cerita untuk haritu. Nasib I order air aloevera ni. Dapatlah coverline tekak yang tak tentu arah rasa makan makanan korea tu.

Dengan rakan seperkorean, Kak Alina. Time bujang dulu, I selalu juga numpang tidur rumah Kak Alina ni kalau ada program office yang habis lambat atau nak pergi dating. Haha.

Love is in the air gitu. 

Giyomi!

Pose bebas.

Candid.

Pose serius tapi I gelak. Kak Alina order bibimbap juga tapi ada cheese. Lagilah, dua kali suap je dia dah tak boleh telan. Kalau yang biasa pun muak, tambah cheese lagi nangis kot kalau suruh I makan. Haha.

Rakan seperkorean: Kak Alina, Kak Muna, Kak Ain. 

Kami ke Midvalley  naik train je on that day. 

Kak Muna ni officemate I, merangkap rakan persukanan.

Kak Muna marah asyik ambil gambar. 

Alah kak, rilex lah. Bukan selalu dapat ambil gambar tanpa 'handbag' macam ni tau. Peace kak, no marah-marah!

Program haritu diakhiri dengan penyerahan 'surprise' i tok kak Alina. Kami share bulan birthday tapi tarikh lain-lain.

As conclusion, Alhamdulillah wishlist I tercapai nak merasa makanan korea. Even muka I ada mix Korea haha, tapi I memang tak boleh masuk dengan makanan diorang ;p

1 ulasan:

  1. sama la kita hari p try makan dengn cik wida...dua2 orng bt muka bluerr..makan tp x da perasaan..gagah makan sbb mahal..last2 p makan kfc lak kikiki,,,xpa x cuba x tahu :)

    BalasPadam