12 Februari 2014

Oh ibu!


Ibu,
Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu 
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Ibu,
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Emak,
Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Emak,
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu


Ibu ~ Hadad Alwi feat Farhan


Notalipscumel:

1. Lagu ni memang akan diulang berkali-kali time nak pergi office bersama adalah dua tiga lagu lain yang dapat membantu membuat Iman Reezqy under control dalam kereta dan Iman Raneeya tak buat benda lain selain menyanyi.

2. Tiap kali lagu ni dimainkan, perasaan dalam hati tu, Tuhan je yang tahu. Yang pasti, pagi tadi mata dah bergenang-genang dah. Ingat mak dan ibu. Hohoho. 

4. Dah nak empat tahun kahwin pun hoi, perasaan rindu nak mak dan ibu kat depan mata selalu tak pernah hilang ooo. Jelous dengan Azreen sebab dia dapat jumpa mak dia hari-hari.


2 ulasan:

  1. seronok dia kan, hari2 jumpa mak dia. kami ni 2 bulan sekali. itu yang kalau dah nak cukup 2 bulan usaha jugak nak balik kampung. rinduuuuu.....

    BalasPadam