27 Januari 2014

Movie: The Help

Azreen dia selalu cakap kat mak dia, Ain tak suka tengok movie mak. Dia asyik tengok Bella, Model-model, Masterchep je. Bola lagilah dia tak tengok Mak. Chik tengok dengan Reezqy je. *Reezqy jenis suka bangun tengah malam kan, I nak tidur, so, hadaplah kau tengok bolah sambil jaga Reezqy. :p

Lepas tu, mak mentua I lak, lepas Azreen cerita kat dia, mesti dia akan cerita balik kat I. Kira kalau Azreen mengadu kat Mak dia, mak dia  mesti mengadu balik kat I gitteew. So apa je yang kira Azreen nak share dengan Mak dia, even tak nak I tahu, tapi  lastly, I akan ter tahu juga. Haha.

Bercakap tentang tengok Movie ni, bukan lah I tak suka tengok movie. Tapi, I rasa mak Azreen atau perempuan lain faham kenapa kita perempuan ni jarang nak tengok movie panjang-panjang kat tv. Balik kerja, nak ngejar memasak, nak mengejar mandi, nak mengejar masa dengan anak, nak mengejar sediakan bag anak pakaian kerja suami, ada masa kau nak duduk depan tv nak menonton movie.

I pula jenis kalau tengok dah tengah-tengah atau hujung-hujung ni, takdenye I nak hadap. Bukan I lah tu. I kena tengok dari mula, faham cerita dan tunggu endingnya. Mahu hangus lauk oi, kalau ikut nafsu I hari-hari layan cerita kat tv. Haha. Lagi satu, I memilih juga kalau tengok movie kat TV ni, selain dari true story, I lagi prefer cerita yang ada memberi impak pada kita bila kita tengok, lepas tu lebih kepada cerita family matters, love story, yang mana semua Azreen bosan nak tengok. Azreen pulak layan cerita yang buat I menjerit kalau tengok, cerita yang I banyak nyorok bawah bantal dari tengok movie dan cerita perang-perang yang I rasa, elok I berperang dengan dapur dan anak-anak dari tengok cerita tu. So, sebab tu I tak boleh tengok movie/cerita dengan Azreen tapi Azreen boleh je tengok dan layan apa yang I tengok.  We are totally DIFFERENT, but we perfectly LOVE each other. :p

So, last two days kot, I tertengok lah cerita The Help ni. Time tu semua kerja dah siap dan mata pulak tak nak lelap, so cerita ni ngam-ngam je start bila I tertukar channel.

Cerita ni pasal isu racist antara kulit putih dan kulit hitam pada tahun 1960's. Through cerita ni kita akan nampak sangat sikap prejudis orang kulit putih dalam cerita ni terhadap orang kulit hitam. Siap tak boleh share toilet ok sebab jijik dan macam-macam lagi lah. Kita juga akan jadi annoying tentang sikap orang kulit putih ni yang nampak macam best tapi realitinya dalam filem tu, hampeh kedaung.


Sinopsis:
The Help (2011) stars Emma Stone as Skeeter, Viola Davis as Aibileen and Octavia Spencer as Minny-three very different, extraordinary women in Mississippi during the 1960s, who build an unlikely friendship around a secret writing project that breaks societal rules and puts them all at risk. From their improbable alliance a remarkable sisterhood emerges, instilling all of them with the courage to transcend the lines that define them, and the realization that sometimes those lines are made to be crossed-even if it means bringing everyone in town face-to-face with the changing times.

The Help ni sebenarnya tajuk buku yang ditulis oleh Skeeter tu. Disebabkan isu racist yang timbul dengan pelbagai akta yang tak membolehkan orang kulit putih bergaul dengan orang kulit hitam, Skeeter menghadapi kesukaran nak dapatkan sumber dari maid untuk isi bukunya iaitu kisah hidup seorang maid. Tapi tanpa jemu Skeeter pujuk, dan dengan bantuan Aibileen dan Minny, dapatlah Skeeter isi yang diperlukan dan menerbitkan buku the Help. Through buku tu juga ia membuka mata  tentang cara layanan orang kulit putih terhadap maid di Missippsi. Cerita ni nampak macam serius tapi banyak lawaknya. Ada juga part yang menyetuh perasaan. So, bagi I cerita ni memang best untuk ditonton.

Ni antara karektor yang korang tak boleh lupa kalau tengok cerita ni. Minny and her chocolate cake. Haha. Minny ni outspoken tapi dia baik hati. Sebab sakit hati sangat dengan majikan dia, Minny ni balas dendam buat kek dari taik dia dan bagi majikan dia makan. Haha. Padan muka Hilly.

Nasib Minny lepas tu berubah lepas dapat bos baik. Perempuan skirt pink tu dipulaukan  oleh orang kulit putih di kawasan tu sebab dia cantik dan body mantop so, dia ambil Minny bekerja. Bos yang kali ni memang best dan sempoi gila. Siap boleh makan semeja.


Tonggak Utama, Skeeter, Aibileen dan Minny. I paling suka watak Minny tu.

1 ulasan:

  1. Salam, sya ada tertengok movie ni tapi tak abis. Thanks for sharing..

    BalasPadam