26 Oktober 2013

Bersabar dengan karenah anak.

Ingatan utk diri sendiri juga ni.
C&P dari FB.

Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2.

Kalau dulu, ayah je, tapi sekarang isteri pun kadang-kadang balik lewat.
Anak-anak redha di tempat orang, belajar, bermain, riang, gembira, kongsi makan dan kongsi penyakit, takpe, KLINIK ADA!!

Sepanjang di tempat kerja, anak-anak di rumah pengasuh/taska rindu kat kita
Rindu ayah, rindu mama, rindu daddy, rindu mummy, rindu abi, rindu ummi
Tapi,
Nak cakap rindu tak reti, nak tulis surat apatah lagi.

Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 petang, diulang, 6:00 petang,
Saat anak nampak mama dan ayah dia,
Si anak tekad,
Dia nak mama tgk dia, nak ayah dukung, peluk dia.

Dia buat perangai:
Nak makan sendiri, nak itu, nak ini, nak dukung, tumpah air.

Kerana melalui bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI sahaja yang anak-anak tahu cara untuk cakap, Mama saya sayang dan rindu dengan mama,
Papa saya sayang papa.

TAPI,
Apa kita buat,
Bila anak bising, kita marah.
Bila anak main, kita herdik.
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!"
Dia suruh ajar, kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah-olah dia sudah cukup matang dan faham.

Sedih hati seorg anak yg rindu mama, yangg rindu abah, yang rindu pelukan ibu yang riindu dukungan abi.

Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak-lambak boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing-masing makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama?

Fikirlah sahabat.
Fikirlah teman-teman.
Fikirlah ayah ibu yg mulia.



notalipscumel:

Serius baca banyak kali pun I sedih.
Kalau mampu, memang ikut hati  nak berhenti kerja. Jaga anak sepenuh masa.
Rindu  masa berpantang 3 bulan haritu.
Even nak keluar anak tekak hadap Iman, even terkejar-kejar nak jaga deduanya, tapi puas hati bila diorang ada depan mata.

2 ulasan:

  1. Hmm , sedihh . sabaa ye kak :)

    BalasPadam
  2. Betul n benar,..ibu yg bekerja tpaksa tinggalkn ank kat taska atau rumah pengasuh. Kesian anak2 ibu. Terpaksa demi tugas dan tanggungjawab.

    BalasPadam