15 April 2013

She's not around for a few weeks.

Masuk kereta,
Dah takda orang yang nak memekak sambil tekan-tekan itu ini dalam kereta dah.

Tengah-tengah malam,
Dah takde orang kejut cakap, Mummy Iman nak nenen.

Siap-siap pergi kerja,
Dah takde orang bising-bising cakap, Mummy Iman nak metap! (makeup)

Keluar kereta nak pergi kerja,
Bila tengok daun mangga yang banyak gugur tu, dah takde orang cakap, nanti Iman appu yeee. (nanti Iman sapu ye)

Lalu kat jalan yang bercorner,
Dah takde orang bising-bising, Ready Iman, 1 2 3, wuuuuuuuu, Mummy wuuuuuu, Daddy wuuuuuu!

Lalu kat highway LEKAS tempat yang berbau busuk tu,
Dah takde orang cakap, Mummy ucukkkkkkkkkkkkkk, top idun! (tutup hidung)

Lalu kat masjid Nilai,
Dah takde orang cakap, Mummy majid (masjid),  Iman nak awwah wakbai! (Allahuakhbar = solat)

Lalu kat MPN,
Dah takde orang cakap, yey, ampai umah endma! (Yey, dah sampai rumah grandma)

Adohaiiiii...
Baru sehari je ni tinggalkan Iman Raneeya kat Melaka!
Nak ngadap hari-hari lain cemane lah pulak nanti.

T______T

Bila  ngadu dengan husband sedih Iman Raneeya takde,
Dia cakap,
Alah, dua tiga minggu je lagi. Toksah fikir sangat lah. Fikir awak nak bersalin dan fikirkan B je sudah!

Ok fine. Fikir kan awakk ye???
Ces!

Apapun,
Dear baby dalam perut Mummy,
Awak dah cukup 9 bulan dah,
Cepat-cepat keluar ye.
Nanti kita boleh balik Melaka jumpa kakak Iman Raneeya.
Kita tinggalkan je Daddy 44 hari.
Biar dia rasa pula cemana bila kita semua jauh dari Dia!

;)





4 ulasan:

  1. alahai, sedih pulak aku nok...

    BalasPadam
  2. sweet je baca.. take care, semoga dipermudahkan bersalin.. :)

    BalasPadam
  3. sian neeya. nangis tak dia?

    -gajahputih

    BalasPadam