31 Mac 2013

Jom tonton TV.

I layan TV ni bila  masa rancangan I jelah. Kalau takde, I lagi suka tidur or main masak-masak. Haha. Antara rancangan TV yang dapat ditonton kalau tak berebut dengan suami or Iman Raneeya:


America's Next Top Model: College Edition. Haha. Paling suka, dari first season lagi hingga sekarang tak pernah miss tengok.  Sekadar tengok je lah, tapi  nak bergambar or dressup apatah makeup feeling feeling model nan hado lah. La, judges dah lain dah penilaian untuk mengekalkan model pun dah lain. Siap guna media sosial lagi untuk menentukan siapa Top Model ok.  So, far, I masih belum ada peserta fav lagi sebab rasa yang terpilih kali ni semua macam tak cantik je. Haha. Faktor anak lelaki kot, tu  yang terasa semua tak cantik camtu kot. ;p

Next, kat channel Bella, drama Beauty Queen yang menggantikan drama Magika sebelum ini. Masih lagi cerita pasal cantik-cantik juga. Azreen bengang je  sebab terpaksa kena tengok. Memula  haritu macam best best jugalah lah layan sebab ada pertandingan ratu cantik semua tu. Tapi sekarang, drama ni dah jadi complicated lah sebab ada Donald yang psycho tu. Lepas tu, I lagi suka tengok Rebecca daripada heroin, si Maita sebab I rasa Maita tu macam dah tua je and tak sesuai pegang watak heroin ;p

Selain rancangan kat atas, I suka juga layan movie. Paling suka cerita thriller, penyiasatan dan romance romance. Haha.


Ni haritu, mata tak boleh tidur, so terlayan lah cerita Trespass ni. Lakonan Nicole Kidman & Nicolas Cage (NC). Kisah pasal orang kaya yang rumah dia dimasukki orang dan mereka ni nak merompak. Orang tu dah lama aim rumah NC ni. Time tengok ni, I siap boleh terfikir, cemanalah kalau orang masuk rumah I pulak dan benda tu jadi kat family I. Haha. Emosi terlebih. Azreen siap tidur bangun tidur bangun tengok cerita ni. Tah apa apa tah. Ending cerita, diorang selamat dengan  bantuan si anak yang mula-mula dalam cerita ni suka melawan, jiwa muda kennnn, tapi dia juga lah  yang selamatkan makpak dia.

Next, movie what's your number lakonan Chris Evans (CE) yang handsomeeeee dan Anna Faris yang bersuara sexy tu. Hehe. Suke suke suke cerita ni sebab suka tengok CE. Tengok berulang kali pun takpe. Conclusion yang I buat tentang cerita ni, kadang-kadang kita tak sedar, bersusah payah kita mencari cinta, cinta yang kita cari tu sebenarnya ada dekat je dengan kita, DEPAN MATA *kelip-kelip mata kat Azreen. Haha.


Lastly, cerita  yang kami laki bini terpaksa kena tengok. Sekarang I dah faham dah bagaimana rasanya hati makpak yang ada anak yang suka tengok cerita kartun pastu terpaksa juga tengok cerita kartun bersama-sama si anak. Bagai dihiris-hiris pilu gitu sebab tak rela, tapi kalau tak tengok, si anak akan meraung sebab tak layan dia. Siap suruh nyanyi sekali ok lagu Wonderpet wonderpet kami datanggggggg. I kalau kena nyanyi, I  bantai je letak wording ikut suka hati. Ko hengat, Mummy ko nak ingat lagu Wonderpet tu!

Telefonnnnnn, telefon berbunyi.... *huh, terus seram!

Ok dah. Itu je nak cerita.

Notalipscumel:

31 Mac 2013, 
Happy birthday to my first love, my handsome man, ABAH. Semoga Tuhan sentiasa merahmatimu Abah dan dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan boleh pergi haji nanti. Amin.

Lagi dua hari lak, birthday Mr. Pornstar I. Haha. Terus garu kepala, taktahu nak bagi apa. Nak buat surprise cam tahun lepas dah tak larat dah. Nak beli hadiah, mamat tu sentiasa mengekor pula ke mana sahaja. Adoiiiii, nantilah fikir-fikirkan lah. Dan, harapnye, I tak lupa ;p

2 ulasan:

  1. ko sama mcm aku...suka tgk cerita thriller dan penyiasatan...

    hepi beday pakcik!!

    BalasPadam
  2. salam, wah best kalau tak berebut channel, bole enjoy tv dgn tenang :)

    BalasPadam