06 Disember 2012

Bukit Gambang Resort City, Pahang

Program: Bengkel Halatuju dan Perancangan Strategik Rumah Kira-kira. Haha, ;p
Tarikh: 30 November hingga 2 Disember 2012
Tempat: Bukit Gambang Resort City (BGRC), Pahang

Ok, dah hujung-hujung tahun ni kan, mood segala mak nenek dah down to the earth kan, so untuk entri orang pemalas down to the earth ni, meh kita banyakkan gambar, kurangkan menaip.

Kahkahkah.

Last week, my department menganjurkan bengkel ni. Atas undian ramai, BGRC menjadi lokasi pilihan.  Hmmm, I kalau tempat berair-air ni nak buat bengkel, memang macam malas-malas sikit lah. Tapi disebabkan saya yang menurut perintah, kita layannnn kan je lah. Kang kalau tak habis bajet, kena cut down pula kan tok next year's  budget. Haha.
At the same time juga, program pelajar berjalan di tempat yang sama. So, sambil menyelam, sambil minum air lah ye kawan-kawan. ;p   Iman Raneeya kan main macam di syurga betul dia bila tengok belon yang kan main banyak tu. Eh, ni gambar sebelum Majlis Makan Malam.



Ikut hati, malas nak jejak water park. Tapi, ada anak kecil kan, ni adalah sorga dia. So, mummy terpakasalah korbankan kemalasan mummy demi melayan karenah anakanda tercinta. Lagipun, kampeni dah bayar tiket kan, takkan nak membazir macam tu je. Apalagi, jom lah kita mandi!

Hari kedua, paginya ada team building. Since aktiviti nye ada yang kena melompat apa semua tu, so jadi pemerhati je lah. 








Malam tu  pula ada dinner, so beriya-iya lah siap nak pergi join the dinner. Tapi, boleh pulak macam-macam hal malam tu. Dengan Iman Raneeya buat perangainya sebab dah letih main air kan,  dengan si Daddy sibuk nak tengok bolanya, haishhh, terus tak tunggu majlis habis I dah balik bilik. T____T

Kat BGRC ni selain ko kena sediakan kudrat tenaga bebanyak sebab dari satu tempat ke satu tempat kan main punya jauh, ko juga kena sediakan duit bebanyak sebab mendalah kat atas ni ada di merata-rata tempat. Kering duit Mummy Iman oi sebab ko pantang betul jumpa benda ni. Siap meraung-raung kalau tak dapat naik.
Kat sini banyak kolam mandi. I lagi rela bawa anak mandi kat kolam biasa je sebab kat water theme park, orang kan main ramai macam semut weh. Mungkin sebab cuti sekolah, tu yang kain main lah punya ramai orang time tu.

3 hari kat sini, 3 hari pompuan kecik ni mandi kolam sambil Daddy tukang melayan. Nak harap Mummy mandi sama, minta ampun je lah. Tak kuasa hakak! Kang dah basah-basah terbonjol-bonjol lak segala yang tak patutnya. Haha.

Orang paling happy sepanjang berada di sana. Peace uols!
Since I pergi dengan kenderaan kampeni, so kalau nak pergi ke water theme park, kita kenalah naik tram dengan bayaran RM1 tok dewasa. Tak larat weh nak jalan kaki, kang ado yang terberanak kang

Baru i perasan, since kat sana, gambar Iman Raneeya banyak dengan Daddy nye je lah pun.
Ni jelah gambar dengan Mummynye.
Last but not least, gambo penutup bagi berdarah air mata. Haha. Sulamselamcinta di BGRC. Eh, eh, gambo tu tak buat papepun, berdua-duan menonton tv kat lantai je sebab si Iman Raneeya dok conquer katil. ;)

Time kat BGRC ni juga I ada beli kek dekat Na tau. Masya Allah, sedap nye kek dia. Na, kalau you bagi kek tu awal Na, tentu tak kelaparan I time kat sana sebab even BGRC ni cantik dan tempat yang sesuai untuk  bercuti bersama keluarga, tapi tang makanan dia agak kureng sikit la. Apapun, terima kasih banyak-banyak ye Na sebab sudi melayan karenah mak buyung ni. Next time kalau pi Pahang, i order lagi.


8 ulasan:

  1. pool kat hotel gambang tu tak pernah le takde orang... hehehe

    BalasPadam
  2. wooooowwww best nya... Iman Raneeya puas la kan dapat jalan2... best sangat tgk korang... last pic tu alahai romantiknya

    BalasPadam
  3. syoknya g gambang..bw plak si tecik tu kan..
    apalagi,dunia ana yg empunya lah kan ;p

    eh comel je muka Ain ms pregnant nih,beseri2 la plak..tp xtahu la kot2 sbb make over lebih.hahahaha eh seyes lah,nmpk comell :)

    BalasPadam
  4. wak X penah sampai gambang waterpark nii, tapi penah kena saman speedtrap dulu2 yee kt hiway gambang.. ehHHHee

    BalasPadam
  5. ye sgt lah malas nak menaip...aku tgk byk je hasil menaip ko ni...heheh...

    BalasPadam