24 Oktober 2012

Iman Raneeya dan kemengandungan Mummynya.

Oh Iman Raneeya, time orang nak raya ni lah, datang segala tok nenek penyakitnye kan. Haishh.

Semuanya bermula last 2 nites, bila IR merengek-rengek pukul 2 pagi sampai 5 pagi sebab tak boleh tidur sampai menyirap-nyirap darah I dibuatnya. Lagi bertambah-tambah menyirap bila mamat kat hujung dinding tu kan main sedap berkeruh-keruh walhal anaknya dah tak tentu arah di sebelah. Erghhhhh. Dah naik-naik suara dah time ni sebab nak suruh dia tidur, siap I tepuk montot dia sekali.*I bukan lah seorang yang penyabar, lagi-lagi jadi tak bertambah sabar bila mengandung ni.  Senyap lah kejap bila dia tahu kita marah. Tapi lepas tu, dia bersuara sambil merengek balik. T_________T

Bila tanya nak susu, dia jawab nanak.
Bila tanya nak air ke, jawapan dia tetap nanak.
Asyik merengek, Mummy, awuuu. Mummy awuuu.
Bahasa budak-budak kan, manalah kita nak faham.

So, i cuba fahamkan as, antu ke Iman? Haha.
Dia geleng, sambil cakap mokmok.

Ooo, mungkin bagi dia hantu = momok.

I tanya lagi, haus?
Tetap dia geleng sambil cakap Mi... awuuu dan dia pegang perut.

Mungkin apa yang dia cuba maksudkan is garu kot. I agak je  sebab sebelum ni dia tak pernah sebut lagi perkataan garu or awuu. Since dia senyap i garu-garu perut dia kami pun tertidur dalam setengah jam camtu, then dia merengek  balik.

Malas nak sambung tidur, I angkat dia dan bawah ke hall. Tukar pampers, sekali tengok badan dia dah naik merah-merah kat perut, tompok-tompok kat muka sikit dan kat belakang pun ada. Terkejut sangat jadi macam tu sebab I rasa, i takde garu badan dia guna kuku pun. Just usap-usap tapak tangan macam tu je.

Then petang tu pula, ingatkan dah surut, tapi merah-merah tu naik balik sampai ke mata terus mata jadi menyepet. Tak tunggu apa, terus bawa doktor je lah. Doktor inform mungkin dia alergik. Tak makanan, sabun ke, lotion ke, or apa-apa je lah yang dia tak biasa guna. Masa Doktor tanya tu takda pula i teringat ada tukar sabun ke apa. Tapi pagi tadi baru teringat, time kat rumah MIL haritu, sabun dia tertinggal. Mungkin sebab I guna sabun biasa je kot kat badan dia, tu yang jadi macam tu. Agaknye lah kot.

Harini, hari kedua, Alhamdulillah, bengkak-bengkak macam dah kurang, tapi merah tetap ada lagi. Tengoklah, kalau dalam 3 hari tak ok, nanti bawa dia  pergi klinik lagi.

Tu je lah nak update harini. Almaklomlah, ofis dah mula menyepi kan, orang dah ramai cuti. Mood nak bekerja pun mulalah ke laut.


Eh, end of this week, Iman Raneeya akan genap 1 tahun 6 bulan = 18 bulan.
Alhamdulillah.

Membesar dengan jayanya walaupun badan masih kekal kurus cutting model. Hahaha.
Semua orang asyik dok tanya, apasal dia kurus, tak bagi makan ke apa ke apakejadahnya?
Penat nak menjawab, macam lah kita ni tak tahu jaga anak kan.
Tapi itu lah realitinya, Iman Raneeya ialah seorang yang makan banyak, lepas makan berak dan sentiasa minta susu setiap masa, akan tetapi dia tetap kurus juga. Ala, baka model kannn, mana boleh gemuk-gemuk. ;p

Banyak dah perkembangan dia dari hari ke hari.
Kadang-kadang rasa teruja dan kagum sebab setiap hari ada saja skill baru yang bertambah. Masya Allah, kagum I melihat ciptaanmu Ya Allah. Dari bayi yang terlentang saja di tilam, kini dia dah boleh berlari memanjat segala dan macam-macam lagilah.

Gigi pun dah ada dua belas batang dah.
Cakap dia banyak yang dah boleh kita faham.
Yang pasti, bangun pagi, celik mata je, Mummy, nak pin.
Kan main, celik mata je kau nak tengok Upin & Ipin ea.

Nyanyi lagu cerita Julia tu pun dia suka juga, da.. da.. cupcup cudd daaaa*version German  Iman Raneeya

Haritu, ada sekali, dia datang dapur, dia cakap, Mummy, nak mammam, hawussh!
Haha. Tergelak dengar sebab dia cakap dengan confident walaupun salah. ;p

Since dah tahu nak ada adik ni, perangai dia kalau tak dapat sesuatu dia akan bergolek-golek atas lantai menangis-nangis. Ada masa nangis betul, ada masa xde keluar air mata pun. Lepas tu, kalau suruh dia tidur kat katil dia sendiri sekarang ni, dia akan geleng-geleng sambil cakap. Nanakkk, kuttt, che chak! Maka, berhimpit-himpit lah kami  bertiga tidur di atas katil sekarang ni.

I selalu tunjuk perut kat IR, cakap kat dia dalam perut Mummy ada baby. Dia akan sengeh-sengeh sambil buat isyarat shuhhh shuhhh shuhhh, baby bambam (tidur). Lepas tu dia akan mmmuah mmuah perut I. Kiyutt je.


Hmmm, dah alang-alang update pasal IR, jom la update pasal Mummy dia sekali. =)

End of this month juga, I akan masuk ke bulan ketiga kemengandungan.
Early of next month dah kena minum air gula yang menjadi igauan ramai tu. Ark ark ark. *fengsan
Masa minggu ke 10 haritu,  I pi Klinik Kesihatan tok buka buku merah dan kena sound dengan nurse, Hai, anak tak sampai dua tahun lagi dan pregnant?

I jawab balik je lah kat nurse tu, Saya bukan merancang pun. Dah rezeki, takkan nak tolak-tolak pulak nurse. 

=)

Mengandung dengan seorang anak yang dah makin melasak, kadang-kadang terasa mencabarnya juga. Tapi tu bila time hari cuti je lah. Kalau hari bekerja, kebiasaannya, siang dia di rumah makcik, balik kerja sampai rumah dalam 6 lebih macam tu, rehat-rehat, dalam pukul 9 ke 10, mata memang tak boleh nak ditahan-tahan lagi dah. Mesti akan tertidur dulu dan Azreen lah yang mengambil alih tugas tidur kan Raneeya.

Morning sickness i  pula dah stabil balik. Tak pernahnya yang tak muntah di pagi hari. Time lain, kalau ada tersalah makan, tu dah memang confirm lah kena keluarkan balik secara muntahan. Haha.

Dapur I juga dah sebulan lebih tak berasap. Kesian Azreen, kesian Iman Raneeya dan kesian tekak I juga yang dah tak berapa nak lalu makan lauk kedai dah. Untuk makan Iman Raneeya, I terpaksa bagi duit kat makcik, minta tolong dia masakkan. Ada juga cuba masak, macam semalam. Teringin sangat nak masak sambal sardin air tangan sendiri. Dah penat beriya menahan bau utk masak, time nak makan, kembang-kembang tekak nak menelan, terus muntah pulak. Hadaoiyaiii. Padahal dulu, sardin lah kegemaran nombor satu!

Hopefully, semua morning sickness dan segala alahan ini akan berakhirlah bila masuk trimester kedua, Insya Allah.

Ok lah semua dah banyak sangat I menaip ni. ;p Pantang dapat peluang kan. Tak lengah-lengah menaip laju.

Kepada semua, I nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H.
Apa pun pengorbanan yang anda semua lakukan, semoga ianya diberikati Allah s.w.t, Insya Allah.
Selamat bercuti panjang.
=)






10 ulasan:

  1. kesian Iman.. harap2 alahan sikit je. get well soon dear. Selamat Menyambut Aidiladha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq dear. Selamat Hari Raya Aidiladha juga.
      =)

      Padam
  2. alahai IR..kulit org kaya nih smp sabun pun alergic..
    sian tgk pic yg mata sepet tu..dah mcm ank korea wehhh..
    nti besar cari org kaya tau Iman.haha ;p

    selamat hari raya aidiladha ye ain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Aini,

      Haha. Kulit org kayaaaa sangatttt *tangan didada mata ke atas.
      ;p
      Anak korea sepet sebelah je tu auntie oi.

      Selamat Hari Raya Aidiladha juga dear. =)

      Padam
  3. ain, siannya nia... haish, amsyar ntah berapa kali dh naik merah2 mcm ni... lotion calamine tu dh mcm bedak dia kena pkai selalu.... tp kt muka, amsyar lg teruk. smpai merah2 menyala muka.... be careful ain, alergic mmg kena hati2...-.-

    BalasPadam
  4. Tu lah Maa, lepas ni kena berhati-hati dah.
    Ingatkan kulit dia jenis tak kisah macam Mummy dia ni ha. Sekali, kulit orang-orang kaya la pulak ;p

    Memang kena berjaga-jaga je lah lepas ni, tok elak jadi macam ni.

    BalasPadam
  5. kak ain,

    memangla kak ain, anak kite pun sama once tukar ap2 mandian ke lotion ke lain cket drpd yang selalu pakai akan jadi ruam merah2..so, dah tau kite tak tukar2 dah tapi bila dah masuk 2 years ni ok cket dah : ) dulu softener baju pun x leh. nyway pic IR yang mata sepet tu kiut banget kak

    BalasPadam
  6. alahai ciannya.. hais merah2 badan dia... naik sampai ke muka ye... dahla kita tak faham maksud dia kan memang la kita akan hilang sabar.. tapi kena gak sabar. sekarang ni bila saya dah jadisurirumah sepenuh masa ni aduhai pening nya nak melayan kerenah anak.. dah la perut dah semakin membesar dengan jayanya, anak lagi perangai manja, nak merengek2 manja, nak minta dukung jer, aduhai patah pinggang... lasak sangat

    BalasPadam
  7. kusyuk i baca ni u...

    salam kenal :)

    BalasPadam
  8. ..nice info.. keep on blogging..

    BalasPadam