13 Julai 2012

Peringatan untuk orang yang suka berkongsi segalanya di FB / laman sosial.

Mungkin orang lain dah lama tahu pasal email di bawah ni, tapi i baru baca tadi dan rasa ianya bagus untuk dikongsi. So, sharing is caring right?

Jom baca!

***

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat divdalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan di dalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriman. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada di dalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samaada ianya akan mengamcam keselamatan atau tidak.

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target. *deng, terkena batang hidung sendiri nih!

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patut tu delete je.

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.


Notalipscumel:

Hmm, lepas baca ni, dan-dan tu takut pulak nak share gambar segala kat blog & fb.

9 ulasan:

  1. rasa macam dah tak selamat je kat mana-mana pun kan..

    BalasPadam
  2. tulah bahaya kan sbnrnya tak kisahla buat disable right click ke apa dorg msti dpt gak

    -gajahputih

    BalasPadam
  3. terima kasih ain sebab ingatkan kami... bahaya dah sekarang kan.. jangan sangka kat malaysia ni kita selamat dari kekejaman dan kejahatan..

    BalasPadam
  4. wah3.. mst berhati2 dah lepas ni.. thanx for sharing ^^

    BalasPadam
  5. bahaya la. thanks 4 the info. :)

    BalasPadam
  6. btul2..tu lah gunanya sharing is caring kan.
    trs rs mcm nk buang suma pic2 dlm Fb,zmn skrg mmg mcm2 bleh jd..

    BalasPadam
  7. adoi la...mcm2 dah sekarang ni...

    BalasPadam
  8. eee mencikkk...mcm2 hal sekarang ni..manusia makin hilang pertimbangan

    BalasPadam
  9. Privatekan FB...hanya org yg kita percaya jer kat dlm tu..salam kenal

    BalasPadam