25 September 2011

Buat jahat di balas jahat.

Dari dulu lagi, ai memang dah biasa dengar stetmen macam ni,

"Si polan tu tak suka kau lah."
"Si polan tu anti dengan kau.
"Si polan tu jeles dengan kau."
Alah, normallah dalam kehidupan ni, tak semua suka kita! Tak semua benda kita suka.
Kita ni kan harrtis kat pentas dunia Allah s.w.t. Setiap perbuatan diperhatikan. Mana yang cantikmolek dicemburui, mana yang kurang jadi bahan kutukan. Itu fitrah harrtis ciptaan Allah s.w.t.

Pada ai, ai berpegang pada satu benda ni je, tak baik tak suka orang, sebab kita tak tau berapa ramai pulak orang yang tak suka pada kita.
Betul tak?
Kalau kita tak suka orang, beribu kali pulak nanti orang tak suka kita. Hidup ni mudah. Kau buat baik, baiklah balasannya dan begitulah juga sebaliknya.

Kita ni tiada yang sempurna. Ada masa baik, ada masa buat salah gak. Dan dari kesalahan itu kita belajar untuk membentuk kehidupan.

Pernah dulu, ai juga ada tak suka pada seseorang. Siap cakap benci sampai mati siap doakan sampai kena gilis lori. Tapi bila fikir balik, ai minta ampun pada Tuhan sebab mendoakan dia yang bukan-bukan disebabkan marah terlampau.

Lalu ai biarkan Tuhan sajalah yang balas nanti. Balasan Tuhan ni bukan dalam satu dua hari. Tak Tuhan balas pada pelaku, mungkin akan kena pada anak cucunya pula nanti.

Ada tengok Kasih Alia?
Kisah Mak Tiri yang meninggalkan anak tirinya di pasar sebab tak suka pada anak tiri tu? Kalau ada tengok, pasti dapat pengajarannya. Buat jahat dibalas jahat. Di akhir cerita, Mak Tiri tu kehilangan anaknya sorang demi sorang dengan cara yang trajis. Akibat kesalahan mak, anak-anak yang ditimpa kecelakaan, dan meranalah si mak tiri tu akibat kesalahannya.
Ewah-ewah, siap bagi contoh cerita lagi tu. Kan main lagi.

Apepun, yang nak dikongsi, nampak tak pengajaran cerita tu?

Balasan Tuhan tu, tak kena pada kita, mungkin kena pada anak cucu seperti yang ai cakap tadi.
Oleh itu, renung-renungkan lah dan selamat suka-suka pada semua benda. Haha.


2 ulasan:

  1. HAHAHA. ape org kampung kate, what u give u get back?

    rindu nak taip entry!
    im back kak!

    BalasPadam
  2. setujusss. kita pun tak sempurna dan ada juga org yg tak sukakan kita. apa yg pasti kita buat yg terbaik dan doakan moga2 Allah permudahkan semuanya. lagi baik tau kalau kita doakan org yang tak suka kita ^_^

    BalasPadam