19 Mac 2011

Oh Merong Mahawangsa!



17 Mac 2011

Yes, dapat juga gie tengok filim yang ditunggu2 ni! Tupun tgok dalam penat selepas proses pembasuhan dan pembersihan rumah selesai.

So, pendapat ai sebagai penonton filim ni adalah seperti berikut:

1. Syabas Yusry dan bradiksnye. Sekurang-kurangnya menyahut jugalah seruan kerajaan bahawa Filem Kita Wajah Kita. (Walaupun dialog banyak dalam English). Eh, dulu-dulu, orang dah tahu cakap English ea? =p
Adalah juga wajah “kita” tu kan sikit-sikit. Ni tak, asyik-asyik kalau filim MALAYSIA, mesti orang akan kaitkan dengan HANTU SOKMO. Kan?

2. Beriya nak tengok sebab ado lagu Abg Nuar. Tapi, hampes, hanya muzik je yg sesiket kedengaran dalam filim. Sedih mami nak. Baru nak feeling2 tengok filim sambil dengar lagu tu.

3. Bahasa yang tersurat dalam filim tu membawa makna yang tersirat. Barulah Bahasa Melayu bahasa kita. =) Tinjau di bawah tudung saji yeeee. Haha.

4. Setengah jam yang pertama, cerita selow. Dah tu sebok cerita kisah Prince Rom and Princess Cina tu. Kenpius ai sekejap. Ni kisah Merong ke kisah depa?

5. Kesian Rahim Razali. Asek kena gelak je disebabkan rambut pelesu dia tu. Halahai, xde rambut pelesu tu pun xpe kot. Kan dah kena gelak. Hilang kosentrasi ai nak hayati cerita sebab encik suami lah yang gelak paling kuat.

6. Ai tak puas hati sebab tatau ape jadi pada Yiying, inang si Princess Cina yang kelakau tu.

7. Kisah cinta Merong dan apetah nama pompuan tu (aku lupaaaa) sedikit bebenau. Tak dapat nak feeling2 centa. Kalau dipanjangkan mungkin boleh buat penonton dibuai feeling laf2 sambil selit lagu abg nuar tu. *haha. Nak juga tu masuk lagu abg nuar =p Mebi sebab banyak nau yang nak diceritakan kot, tu yg sume scene kene buat sikit-sikit je.

8. Kemawas tu memang jahat abes lahhhhhhh!

9. Banyak benda yang tak logik dalam muvee ni. Tapi, tu tanak komen lah. Sebab filim omputih pun banyak je yang ditokok tambah, tapi orang layannn jugak. Tak lojik tak filim lah namanye kan.

Kesimpulannya, cerita ni taklah bagus sangat dan taklah teruk sangat. Ai boleh tahan kencing sebab tanak bangun nak tgok filim sampai abes, maknanya, filim ini berada di tahap atas 5 bintang lah. Teknik pembikinan filem bagus dan boleh maju lagi kalau mempunyai bajet yang besar. Apapun, tak menyesal tengok cerita ni. Moga lepas ni, ada pulak cerita-cerita sejarah tentang kemasukan India dan Cina ke Tanah Melayu lak supaya boleh buka mata sikit pada mereka-mereka yang buta sejarah tu.

Itu sahajalah komen dari ai. Nak komen lebih-lebih pun, ai bukan sasterawan, sejarahwan mahupun filewan negara. So, itu sahajalah komen tulus ikhlas dari ai. Laf ur sedetik lebih song's abg nuar =p

2 ulasan:

  1. ai tengok citer ni 2 kali :-) dah jatuh centa dgn sora abg nuar ai tu ke?

    BalasPadam
  2. babyblue:
    tgok sekali je cukup la. kang tgok dua kali, mesti kena tgok dgn AJ. pastu mesti dia akan gelak.

    psst: dari dulu lagi mmg suka abg nuar. =p

    BalasPadam